Skip to main content

Salah satu masalah paling besar dihadapi oleh mana-mana majikan adalah berkaitan kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pekerja. Jika pengurusan pekerja tidak baik ia boleh memberi kesan kepada produktiviti, seterusnya membantutkan perkembangan syarikat.

Atas faktor itu banyak syarikat mula menitikberatkan penjagaan kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pekerja. Pelbagai teknik, amalan serta strategi yang boleh diadaptasikan bagi meningkatkan morale pekerja dan memastikan syarikat kekal pada landasan perkembangan.

Fahami Kepentingan Menjaga Kesejahteraan dan Kebajikan Pekerja

Kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pekerja, atau turut disebut sebagai employee wellbeing ataupun sesetengah memanggilnya sebagai employee welfare berkaitan rapat dengan cara pengurusan pekerja secara fizikal dan mental.

Secara amnya employee wellbeing merujuk kepada kapasiti pekerja untuk mengatasi tekanan harian, menjadi produktif, mengekalkan kecekapan dan mencapai potensi kerja Ia juga berkaitan rapat dengan kemudahan sehingga faedah yang ditawarkan kepada pekerja.

Topik berkaitan kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan ini merupakan antara yang paling hangat dalam arena sumber manusia (HR) di seluruh dunia termasuk Malaysia. Hal ini kerana setiap pekerja memiliki permintaan dan keperluan berbeza-beza.

Namun satu perkara yang pasti adalah jika kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan ini berjaya dijaga dengan baik ia dapat memastikan pekerja kekal produktif dan secara tidak langsung memastikan syarikat bergerak ke arah perkembangan yang jelas.

5 Cara Tingkatkan Kesejahteraan, Kebajikan dan Kesihatan Pekerja

Sekali lagi diingatkan bahawa setiap permintaan dan keperluan adalah berbeza-beza daripada satu sama lain. Atas faktor ini bahagian HR yang menguruskan pengurusan pekerja perlu rangka strategi yang menyeluruh untuk semua jenis pekerja.

  • Amalkan Keseimbangan Hidup dan Kerja

Teknik paling mudah untuk menjaga kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan adalah dengan mengamalkan kesimbangan hidup dan kerja (work-life balance). Perlaksanaannya boleh dibuat semudah dengan mengadakan aktiviti sosial atau bersukan bersama-sama.

  • Perbaiki Program dan Pakej Faedah

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan adalah wang menjadi pendorong motivasi utama kepada pekerja. Dengan menawarkan program dan pakej faedah yang kompetatif serta menarik dapat memastikan kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pekerja berada di tahap baik.

  • Tekankan Pembangunan Pekerja

Pembangunan pekerja merupakan antara perkara yang sangat penting. Penyebab utama kepada sebab pekerja mudah hilang motivasi adalah kerana melakukan tugasan sama tanpa ada perkembangan kemahiran baru. Dengan menekankan pembangunan pekerja, pekerja akan sentiasa berada di tahap optimum.

  • Maklum Balas dan Penilaian

Pemberian maklum balas berterusan dan melakukan proses penilaian secara berkala sangat penting dalam pembangunan pekerja. Apabila pekerja dapat menyedari kelemahan diri maka mereka boleh menambah baik perkara yang perlu dibuat.

  • Pengurusan Sistematik

Dalam menjaga kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pekerja dengan baik, bahagian akar umbi seperti pengurusan juga perlu berada dalam kondisi terbaik. Amalkan proses pengurusan yang sistematik bagi memastikan segala keperluan dan permintaan pekerja dapat dijaga.

Jadikan Pengurusan Syarikat Anda Sistematik Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, dalam menjaga kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pekerja bahagian pengurusan perlu terlebih dahulu berada dalam kondisi terbaik. Jika bahagian utama sudah tidak mampu bergerak dengan baik, maka bahagian lain pasti akan terkena tempiasnya.

Dalam pada itu adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Sukar untuk selarakan faedah pekerja tetap dan pekerja kontrak? Berita baik kepada anda kerana MySyarikat satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply