Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KWSP memperkenalkan pembaharuan penting termasuk penstrukturan semula akaun simpanan, di mana ahli kini mula mencari panduan tentang cara keluarkan duit KWSP Akaun 2 ke Akaun 3 serta pemahaman lebih mendalam mengenai pengeluaran bagi tujuan peribadi.
Seperti yang diketahui, umur persaraan rasmi Malaysia ditetapkan pada 60 tahun, dan pada usia inilah pengeluaran penuh dibenarkan. Walaupun KWSP kekal sebagai tabung masa depan untuk persaraan, terdapat beberapa cara yang membolehkan ahli mengakses sebahagian simpanan sebelum mencapai usia 60 tahun.
Namun dalam realiti kehidupan seperti pembelian rumah, pendidikan anak, ataupun rawatan kesihatan, KWSP menyediakan sistem pengeluaran terpilih yang terkawal agar ahli dapat menggunakan simpanan untuk keperluan kritikal.
Pengeluaran-Pengeluaran KWSP
Pengeluaran KWSP terbahagi kepada dua kumpulan besar yang masing-masing hadir dengan syarat ketat:
- Pengeluaran Sebahagian (Akaun 2)
Dibenarkan untuk tujuan tertentu seperti pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengeluaran lain yang diluluskan KWSP.
- Pengeluaran Penuh
Dibenarkan dalam situasi besar seperti persaraan, hilang upaya, meninggalkan negara atau kematian.
Berikut ialah ringkasan rasmi jenis pengeluaran KWSP:
Pengeluaran Sebahagian (Akaun 2)
- Umur 50
- Pendidikan
- Beli Rumah
- Bina Rumah
- Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Perumahan PR1MA
- Haji
- Kesihatan
- Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pengeluaran Penuh
- Umur 55
- Umur 60
- Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan
- Hilang Upaya
- Meninggalkan Negara
- Kematian
Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP (Mengikut Tujuan)
Walaupun terdapat pelbagai bentuk pengeluaran, setiap permohonan tertakluk kepada syarat ketat. Pekerja wajib memenuhi setiap keperluan sebelum permohonan diluluskan.
- Umur 50 (Akaun 2)
- Untuk ahli berusia 50–55 tahun
- Pengeluaran sekali atau keseluruhan Akaun 2
- Pendidikan
- Dari Akaun 2
- Membiayai kos pendidikan diri, pasangan, anak atau ibu bapa
- Layak untuk pengajian bermula dari Sijil Tahap 3
- IPT dalam atau luar negara yang diiktiraf
- Beli Rumah
- Akaun 2
- Minimum RM500
- Untuk membeli rumah kediaman pertama
- Belum pernah membuat pengeluaran perumahan
- Bina Rumah
- Akaun 2
- Minimum RM500
- Untuk membina kediaman di atas tanah sendiri
- Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan
- Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Di bawah 55 tahun
- Minimum RM500
- Pemilik rumah berdaftar
- Rumah telah dibeli atau dibina
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Di bawah 55 tahun
- Minimum RM600
- Pembelian melalui pemberi pinjaman yang diiktiraf
- Ansuran telah bermula
- Perumahan Fleksibel
- Di bawah 54 tahun
- Mempunyai pinjaman rumah dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP
- Perumahan PR1MA
- Di bawah 55 tahun
- Membeli rumah PR1MA
- Mendapat pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA
- Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan, atau rumah sebelumnya telah dijual/dilepaskan
- Haji
- Di bawah 55 tahun
- Dipilih Tabung Haji
- Pengeluaran haji belum pernah dibuat
- Simpanan Tabung Haji tidak mencukupi
- Kesihatan
- Di bawah 55 tahun
- Akaun 2
- Rawatan tidak dibiayai sepenuhnya majikan
- Peralatan perubatan diluluskan KWSP
- Untuk diri sendiri atau keluarga terdekat
- Simpanan Melebihi RM1 Juta
- Di bawah 55 tahun
- Untuk ahli yang mempunyai baki melebihi RM1 juta
Baca juga: Perbezaan Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 KWSP
Kesimpulannya, terdapat beberapa syarat yang membenarkan anda untuk keluarkan duit KWSP Akaun 2 ke Akaun 3 untuk tujuan peribadi. Oleh itu, penting untuk anda mencarum ke dalam KWSP dan minta dicarum jika tiada caruman yang dibuat.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!








kalau saya nak keluarkan duit untuk majlis perkahwinan boleh ke..?sebab dah pay deposit 7k booking catering.. and apply loan but tak lepas even tak ada komitment..gaji saya lebih 2 ribu pun tak lepas…terdesak sangat2..majlis dah nak dekat
Pengeluaran peribadi hanya boleh dibuat daripada Akaun Fleksibel KWSP sahaja.
Slmt Tngahari Kak..Kak NK Tanya..Saya pekeja Singapore Smlm ini..Tpi Bulan Lepas Saya Kemalangan DN Hospital Bri Cuti Sakit MC Slama Sblm..Tpi..Syarikat Yg Saya Kje Dekat Singapore Telah Memberhentikam Saya Sbb MC Saya Trlalu lama..DN Skrng Saya Xda Kje..Blh x Saya BT Pengeluaran ACC 2 Utk Byar Hutang DN Utk Kelangsungan Seharian Saya Sblm Saya Dpt Kerja Yg Baharu
kalau umur 22 nak bawak keluar duit dari akaun 2 untuk tujuan beli rumah boleh ke?
Boleh semak syarat yang ditetapkan KWSP pada laman rasmi mereka.
Saya umur 43 tahun, pernah keluar sekali waktu pkp. Skrg lupa no telefon, Dan tamat tempoh. Jadi saya nak keluarkan semua duit kwsp. Adakah boleh saya lakukan pengeluaran? Untuk bayar hutang dan teruskan kehidupan
Boleh hubungi pihak KWSP untuk mendapatkan penerangan lajut mengenai perkara ini.
Umur saya skrg 48, boleh kah saya keluarkan duit untuk bukak bengkel?
Untuk sebarang pengeluaran peribadi KWSP hanya boleh dibuat daripada Akaun Fleksibel sahaja.
Umur saya 43 tahun, saya nak tanya kalau saya nak buat pengeluaran untuk membantu ayah saya melunaskan pembiayaan rumah..saya nama pendua untuk rumah ayah saya.
Boleh cuba semak kelayakan dengan pihak KWSP mengenai perkara ini.
Boleh ke keluarkan acc 2 ke akaun fleksible sekarang ?
Tidak, pengeluaran Akaun 2 hanya untuk tujuan khas yang dibenarkan sahaja.
Ingin mengeluarkan untuk tujuan selesaikan pinjaman bank yg tertunggak boleh ke…pinjaman personal…urgent…
Tidak.
Saya kerja sektor swasta, boleh kah saya buat pengeluaran akaun 1 utk khidmat melebihi 3 tahun?
Dinasihatkan untuk rujuk pihak EPF berkaitan ini kerana pengeluaran akauan 1 tidak boleh dibuat sesuka hati.
Mengapa persakit kenser yang telah disahkan oleh doktor mengadapi kesukaran untuk membuat pengeluaran pada akaun 1 atas alasan bukan ketegori hilang upaya.
Untuk perkara ini adalah dinasihatkan untuk rujuk pegawai KWSP sendiri.
Assalamualaikum, saya nak keluarkan duit dari akaun 1 nak buat pendaftaran pelajar boleh ke
Secara asas, Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan bila capai umur 55 tahun, atau Skim khas tertentu (i-Saraan, i-Lestari, i-Sinar – tetapi skim khas ini biasanya sementara & sudah tamat). Pendidikan / pendaftaran pelajar hanya dibenarkan guna Akaun 2, bukan Akaun 1.
Bolehkah pengeluaran akaun 1 boleh dikeluarkan jika akaun 2 tidak ada lagi jumlah wang oleh persakit kanser yang telah disahkan oleh doktor kerana permohonan telah dibuat dan tidak diluluskan atas sebab bukan dalam ketegori kurang upaya?
Untuk perkara ini adalah dinasihatkan untuk rujuk pegawai KWSP sendiri.
Assalammualaikum.Saya Mak Bertanya..Saya Pekerja Singapore,Tapi Pada Bulan Lepas Saya Kemalangan DN Mendapat Surat Sakit cutie MC selama Sebulan..Dan Ketika Manager Saya Tahu Yg Saya Dpt Cuti Sakit MC selama Sebulan..Saya Trus Di Berhentikan kerja Serta Merta Sbb Trlalu Lma Cuti Sakit MC,Jadi Skrng Saya Tidak berkerja DN Suit simpanan saya Telah Habis Sbb Hari2 Ulang Alik Hospital Cuci Luka..DLm Skrng saya BLM Ada kerja..Apakah saya Blh Kluarkn Sedikit Wang dri Acc 2 Utk Kelangsungan Diri Saya
Saya umur 30 tahun, saya nak keluarkan sedikit duit kwsp. Adakah boleh saya lakukan pengeluaran? Untuk bayar hutang dan teruskan kehidupan.
Boleh rujuk pegawai KWSP untuk perkara ini.
Saya ada tunggakan rumah sewa Dan perlu mengeluarkan duit dari kwsp untuk menyelesaikan tunggakan ini…harap di pertimbangkan…..
Boleh keluarkan daripada Akaun Fleksibel (Akaun 3) KWSP.
Saya. Nak tanya saya penah kuarkan kwsp semasa penerima skim pencen diagensi lama setelah mendapat surat ptb jpa… Dan sekarang saya telah bertukar agensi kerajaan lain dan diberi ptb baru soalan saya bolehkah sya keluarkan duit kwsp kali kedua utk penjawat awam kali kedua?
Dinasihatkan untuk rujuk pegawai KWSP untuk penerangan lanjut mengenai situasi ini.
Bolehkah saya mengeluarkan acc 2 untuk membayar hutang aeon untuk mengelakkan penarikan motosikal kerana saya baru sahaja dibuang kerja?motosikal ini digunakan saya untuk mencari rezeki tolong ade belas kasihan.
(acc 3 tiada wang)
Pengeluaran Akaun 2 hanya dibenarkan untuk syarat tertentu sahaja seperti pembayaran ansuran perumahan. Dinasihatkan untuk rujuk KWSP untuk lihat pengeluaran yang dibenarkan.
assalamualaikum sya nak keluarkan duit sya dari kwsp untuk kegunaan peribadi saya blh x sya memohon untuk pengeluaran dri kwsp tetapi umur sya br 49 tahun ade ke layak untuk umur sya nie tuan
Apakah tujuan pengeluaran? Jika bukan daripada syarat dibenarkan untuk pengeluaran sebelum 50 tahun maka pekerja hanya dibenarkan untuk buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel sahaja.
Umur saya 52tahun, bole ke klu sy nk buat pengeluaran kwsp dr akaun 1 untuk selesai kan baki pinjaman rumah sy. bakipn tk banyak lg
Boleh buat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi tujuan menyelesaikan hutang tetapi dengan syarat-syarat tertentu.
Saya adalah pesara Tentera status berpencen, umur 46 tahun. Bolehkah saya buat pengeluaran KWSP
Jika aktif membuat caruman ke dalam KWSP dan menjadi ahli berdaftar maka boleh buat pengeluaran dengan syarat-syarat yang digariskan oleh KWSP.
Kalau hilang upaya kekal,dan sepanjang mc tiada pendapatan boleh ke apply pengeluaran akaun 2
Jika hilang keupayaan kekal akibat pekerjaan boleh buat tuntutan pada PERKESO. Bagi pengeluaran KWSP ini ia tertakluk pada syarat-syarat khas pengeluaran yang telah ditetapkan sahaja.
boleh ka kalau saya mau bayar hutang pinjaman wang
Pengeluaran KWSP yang dibenarkan hanya tertakluk pada syarat-syarat yang digariskan oleh pihak KWSP sahaja.
Saya berumur 57 tahun , boleh kah saya keluarkan wang dari akaun 1.
Selepas mencapai umur 55 tahun, ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 55.
Saya umur 28 bolehkah saya nak keluarkan kwsp untuk membayar hutang rumah sewa dan motor yang tertunngak
Akaun 1 & 2 tidak boleh dikeluarkan untuk bayar hutang sewa/motor. Hanya Akaun Sejahtera (Akaun 3) boleh digunakan.
Saya mahu Tanya jika acc 1 Saya ada rm90k Dan Acc 2 Saya ada rm 500 sahaja Boleh ke Saya buat pengeluaran Bina rumah
KWSP hanya benarkan pengeluaran perumahan (beli/bina rumah) daripada Akaun 2, bukan Akaun 1.
Saya mahu membina rumah, bolehkah saya mengeluarkan kwsp acc 2
Perlu semak kelayakan dan permohonan dalam i-Akaun KWSP.