Skip to main content

Ketika penularan pandemik Covid-19 dulu, kebanyakan syarikat di Malaysia telah mengamalkan bekerja dari rumah atau lebih dikenali sebagai work from home (WFH). Perubahan corak kerja hybrid ini disambut baik oleh pekerja di kebanyakan industri. 

Namun, tidak semua majikan setuju. Ada yang mahu mengekalkan kehadiran fizikal pekerja kerana mereka percaya interaksi bersemuka mampu mengekalkan semangat kerja dan komunikasi pasukan.

Rentetan itu, banyak syarikat kini mula memanggil pekerja untuk memasuki pejabat semula. Jadi bagi pekerja yang kembali ke pejabat, berikut ialah beberapa tip berguna untuk menjadikan tempat kerja selesa seolah-olah anda berada di rumah.

  1. Kemas dan Susun Ruang Kerja Mengikut Keselesaan

Kita menghabiskan sekurang-kurangnya 8 jam sehari di tempat kerja. Maka, persekitaran kerja yang bersih, tersusun dan tenang amat penting untuk memastikan fokus dan produktiviti terjaga.

Mulakan hari dengan mengemas meja, menyusun dokumen, dan membuang barang yang tidak diperlukan. Meja yang kemas bukan sekadar nampak profesional tetapi ia juga membantu anda bekerja dengan lebih tenang dan teratur.

Pendek kata, sama seperti di rumah, tempat kerja selesa bermula daripada kebersihan dan susunan yang rapi. Meja yang berselerak bukan sahaja mencetuskan tekanan, malah boleh menjejaskan semangat kerja positif sepanjang hari.

  1. Hiasi Ruang Kerja Mengikut Cita Rasa

Setiap individu mempunyai gaya dan cita rasa tersendiri, ada yang sukakan perhiasan minimalis dan ada pula yang gemarkan sedikit warna dan personaliti. Apa pun pilihan anda, pastikan hiasan ruang kerja membantu anda berasa tenang dan fokus.

Anda boleh membawa barang peribadi yang memberi ketenangan seperti cawan kegemaran, pasu kecil, lampu meja atau bantal penyokong belakang. Namun, pastikan hiasan yang dibawa tidak mengganggu suasana kerja orang lain.

Langkah kecil ini bukan sahaja memberikan sentuhan peribadi, tetapi juga membantu mewujudkan suasana kerja positif yang menyenangkan sepanjang hari.

  1. Wujudkan ‘Happy Space’ untuk Diri Sendiri

Kesihatan mental memainkan peranan penting dalam memastikan tenaga dan motivasi kerja kekal tinggi. Oleh itu, cuba wujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan menenangkan untuk diri sendiri.

Luangkan masa berbual atau menikmati secawan kopi bersama rakan sekerja ketika waktu rehat. Gelak tawa dan interaksi sosial bukan sekadar hiburan, ia membantu mengurangkan tekanan dan membina hubungan kerja yang sihat.

Ingat, tempat kerja selesa ialah ruang yang bukan sahaja mendorong prestasi kerja, tetapi juga menyokong kesejahteraan emosi dan mental.

  1. Cipta Mood dan Suasana Kerja Positif

Pencahayaan, warna, dan bunyi memainkan peranan besar dalam membentuk suasana kerja. Anda boleh menambah lampu meja yang lembut, memainkan muzik instrumental, atau menyesuaikan kedudukan meja agar lebih ergonomik.

Tidak salah untuk bereksperimen dengan suasana yang membantu anda kekal fokus dan bertenaga, asalkan tidak mengganggu orang lain. Malah, berbincang atau bergelak ringan bersama rakan sekerja pada waktu rehat juga boleh mencipta mood kerja positif yang meningkatkan produktiviti.

Apabila suasana pejabat lebih harmoni, tenaga positif akan tersebar secara semula jadi dan menjadikan pejabat tempat yang menyeronokkan untuk datang setiap hari.

  1. Gunakan Sistem HR untuk Sokong Work-Life Balance

Dalam dunia kerja moden, teknologi memainkan peranan besar dalam memastikan tempat kerja kekal selesa dan efisien. Sistem HR seperti MySyarikat membantu mengurus gaji, cuti, tuntutan, dan kehadiran dengan lebih mudah, tanpa kertas, tanpa stres.

Dengan adanya sistem HR automatik, pekerja tidak lagi terbeban dengan proses manual yang memakan masa. Ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti, tetapi juga membantu mewujudkan work-life balance yang lebih sihat antara urusan kerja dan kehidupan peribadi.

Apabila urusan HR menjadi lebih mudah dan telus, seluruh organisasi dapat menumpukan tenaga kepada perkara yang lebih penting iaitu pertumbuhan, inovasi, dan kesejahteraan pekerja.

Baca juga: Apakah Waktu Kerja Normal Sehari Masih Lagi 8 Jam?

Kesimpulannya, menjadikan pejabat sebagai tempat kerja selesa bukan hanya tanggungjawab majikan, ia bermula dengan diri anda sendiri. Cara anda menyusun meja, berinteraksi dengan rakan sekerja, dan menjaga keseimbangan emosi memainkan peranan besar dalam mencipta suasana kerja yang harmoni.

Dengan bantuan sistem HR moden, pengurusan kerja menjadi lebih tersusun dan teratur. Akhirnya, inilah kunci kepada work-life balance yang sebenar, apabila kerja dan kehidupan saling melengkapi, bukan saling membebankan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Leave a Reply