Skip to main content

Dah biasa mencarum, kemudian diberhentikan kerja?

Anda perlu tahu hak anda dalam menuntut caruman PERKESO sekiranya anda diberhentikan kerja. Di bawah skim PERKESO, terdapat satu skim insurans yang dikenali sebagai Skim Insurans Pekerjaan (SIP) atau EIS untuk memberi perlindungan Insurans Pekerjaan, Perkhidmataan Pekerjaan, serta Maklumat Pasaran Buruh (LMI).

Apa itu SIP/EIS PERKESO?

Artikel sebelum ini pernah membincangkan secara rawak mengenai sistem insurans ini termasuklah cara pengiraan bagi insurans ini. Tuntutan faedah SIP ini boleh diberikan kepada pekerja yang dicarum dan mencarum dengan PERKESO sekiranya diberhentikan kerja oleh majikan.

Penguatkuasaan sistem insuran ini bermula sejak 1 Januari 2018 bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan. Antara faedah yang pencarum akan nikmati melalui Sistem Insurans Pekerjaan ini adalah seperti berikut:

  • Elaun mencari pekerjaan
  • Elaun pendapatan berkurang
  • Yuran latihan
  • Elaun latihan
  • Elaun bekerja semula awal
  • Program Perkhidmatan Pekerjaan

Jadi, kalau anda mencarum skim PERKESO, anda tidak perlu risau sekiranya anda diberhentikan kerja. Buat sahaja tuntutan insurans ini kerana anda layak untuk mendapatkannya. Tetapi, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah sebelum anda membuat tuntutan.

Syarat Kelayakan Tuntutan

Sebagaimana anda perlu memenuhi syarat kelayakan sebelum mencarum, begitu juga jika anda ingin menuntut insurans ini. Mudah sahaja. Sila pastikan anda fahami maksud kehilangan pekerjaan yang telah ditetapkan PERKESO ini:

  • Pembuangan kerja dan pertindihan
  • VSS/MSS (skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat Orang Berinsuran (OB) bekerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja/perniagaan
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan OB berhadapan dengan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan berpunca dari arahan untuk melakukan kerja luar bidang yang mampu menggugat keselamatan diri

Kalau OB Yang Berhenti Kerja Atas Kerelaan Sendiri, Layak Ke Membuat Tuntutan?

Dalam isu di atas, Orang Berinsurans tersebut tidak layak membuat tuntutan Sistem Insurans Pekerjaan ini kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan PERKESO seperti yang dilampirkan di atas. Jika anda salah seorang yang berhadapan dengan situasi di bawah ini, anda TIDAK layak membuat sebarang tuntutan Insurans Pekerjaan.

  • Pembuangan akibat salah laku kerja
  • Perletakan jawatan secara sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

Jadi, sekiranya Orang Berinsurans tersebut berhenti kerja atas kerelaan sendiri bukannya diberhentikan kerja seperti dinyatakan pada syarat kelayakan di atas, OB tersebut tidak boleh dan tidak layak menuntut EIS atau SIP ini.

Amaun Faedah SIP

Untuk pengetahuan anda, SIP PERKESO menyediakan 3 jenis elaun untuk dipohon sekiranya anda diberhentikan kerja.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun ini adalah jenis bentuk gantian pendapatan bagi Orang Berinsurans yang kehilangan pendapatan tunggal
  • Jika OB layak untuk menerima elaun ini, mereka akan menerima elaun untuk tempoh 3-6 bulan mengikut syarat yang telah ditetapkan
  • Tempoh pembayaran faedah ada tertakluk kepada Syarat Kelayakan Caruman

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Elaun jenis ini pula adalah elaun berbentuk gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan salah satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan semuanya sekali
  • Jika OB kehilangan semua pekerjaannya, pemohon layak menerima EMP dan juga EPB
  • Kadar elaun adalah sama seperti EMP
  • Elaun yang diterima akan dibayar secara pukal

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Elaun ini merupakan suatu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula dalam tempoh EMP
  • Kadar bayaran yang akan diterima pemohon adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum diterima
  • Elaun yang diterima akan dibayar secara pukal, sama seperti EPB

Bagaimana Tuntutan SIP Boleh Dibuat?

Bagi pemohon yang ingin menuntut semua faedah Insurans Bekerja ini, anda perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh PERKESO ini:

  • Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Ini bermaksud, pemohon perlu membayar caruman kepada SIP dengan bilangan minimum dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jadual kelayakan tersebut boleh dirujuk di Portal PERKESO.
  • Pemohon mestilah kehilangan pekerjaan di bawah definis hilang pekerjaan seperti yang dinyatakan pada Syarat Kelayakan Tuntutan di atas.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut sebelum membuat permohonan tuntutan:

  • Pastikan permohonan anda lengkap untuk mendapatkan pengesahan pegawai bertugas.
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan surat pemberhentian pekerjaan (termasuk VSS, MSS, atau seumpama dengannya)
  • Salinan penyata gaji 6 bulan (bulan-bulan sebelum pemberhentian kerja)
  • Salinan akaun bank
  • Salinan laporan polis (sekiranya pemohon meletakkan jawatan atas gangguan seksual, ugutan dan sebagainya)
  • Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja bahaya (sekiranya pemohon menerima kerja luar skop yang membahayakan diri)
  • Dokumen yang berkaitan dengan kes (sekiranya ada)

Tuntutan boleh dibuat di kaunter atau melalui atas talian sahaja?

Bagi pemohon yang ingin membuat tuntutan SIP, anda boleh membuat tuntutan secara atas talian di portal Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO. Pembayaran mestilah dibuat secara pemindahan wang secara eletronik dan ke atas bank yang hanya disenaraikan sahaja:

(1) AFFIN BANK
(2) AGRO BANK
(3) AL RAJHI BANK
(4) ALLIANCE BANK
(5) AM BANK
(6) BANK ISLAM
(7) BANK MUAMALAT
(8) BANK OF AMERICA
(9) BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
(10) BANK PERTANIAN MALAYSIA
(11) BANK RAKYAT
(12) BANK SIMPANAN NASIONAL
(13) BNP PARIBAS MALAYSIA
(14) CIMB BANK
(15) CITIBANK
(16) DEUTSCHE BANK (M) BHD
(17) HONG LEONG BANK
(18) HSBC BANK
(19) IND & COM BANK OF CHINA
(20) J.P. MORGAN CHASE
(21) KUWAIT FINANCE HOUSE
(22) MAYBANK
(23) MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
(24) OCBC BANK
(25) PUBLIC BANK
(26) RHB BANK
(27) ROYAL BANK OF SCOTLAND
(28) STANDARD CHARTERED BANK
(29) SUMITOMO MITSUI BANK
(30) UNITED OVERSEAS BANK

Jangan Lupa, Ya!

Sekiranya pemohon sudah membuat permohonan tuntutan, jangan lupa untuk menyemak dan menyimpan slip permohonan setelah permohonan berjaya dihantar. Perlu diingatkan juga bahawa pemohon perlu membawa dokumen asal semasa berjumpa dengan pegawai PERKESO.

Sekiranya anda pemilik perusahaan/perniagaan dan memerlukan sistem untuk merekod aktiviti syarikat secara teratur dan tepat, lawati Sistem MySyarikat dan mula langganan sekarang.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

44 Comments

  • Rohisam Bin Rosli says:

    Jika saya di aniaya oleh company macam mana… Saya ada bukti mengatakan saya buat Semua kerja tapi majikan kata tidak buat kerja.

    • Zahin Byond says:

      Sebarang masalah kerja boleh diajukan ke saluran seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung untuk rujukan lanjut.

  • Anis Sofea says:

    Saya kerja under contract dan contract saya habis bulan 9 tapi syarikat saya awalkan end contract saya pada bulan 8 atas alasan nak kecilkan department. Boleh ke saya membuat aduan di socso?

    • Zahin Byond says:

      Kalau diikutikan majikan tidak boleh mengurangkan tempoh waktu kontrak melainkan sekiranya terdapat masalah seperti untuk retrenchment. Jadi di sini dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan dan rujukan laman rasmi PERKESO untuk sebarang tuntutan yang boleh dibuat.

  • Ani binti mohamed says:

    Salam…saya nk tnya,suami saya seorang pemandu lori,last keja bln 2 2024 atas faktor mata jd kabur tapi suami brenti keja tnpa bg notis..skrang suami tiada pendapatan blnn,tiap2 bln skrng jmpo pakar mata utk operate mata d sbbkn katarak ..boleh tk suami saya mohon sokso..

    • Zahin Byond says:

      PERKESO adalah menawarkan pelbagai skim-skim berkaitan pekerja seperti Skim Bencana Pekerja dan Skim Keilatan. Untuk rujukan lanjut berkaitan sebarang tuntutan adalah dinasihatkan untuk buat semakan pada kelayakan skim PERKESO pada laman rasmi mereka.

  • Mohd Shaufi Ahmad says:

    Due to Covid 19, my contract was not renewed by the employer in 2021. I am 63 years old now and not been working after 2021.

    Is there any compensation by Socso under EIS

  • julia says:

    hi, boleh saya tahu, saya dibuang kerja setelah dua minggu tidak masuk kerja atas faktor kewangan, jarak dan masa. Hal ini demikian, kerana perubahan drastik dalam sebulan perlu masuk ke pejabat setelah sekian lama WFH. Saya boleh dapatkan compensation from socso?

    • Zahin Byond says:

      Jika diikutkan pekerja yang gagal untuk hadir bekerja lebih 2 hari tanpa sebab munasabah, ia membolehkan pekerja dibuang oleh majikan tanpa notis. Untuk sebarang tuntutan berkaitan PERKESO adalah dinasihatkan rujuk ke laman rasmi mereka.

    • Aznan bin saad says:

      Saya berkerja dengan Antara optima sdn bhd selama 13tahun sebagai penyelai tapak. Hujung tahun 2013 saya dimaklumkan oleh majikan diberhentikan kerja atas alasan pejabat tiada projek dan pejabat akan berhenti operasi serta tutup.saya dimaklumkan 10 hari dari tarikh dimaklumkan diberhentikan kerja dan tiada pampasan dari pihak syarikat,sampai sekarang saya masih gagal mendapat kerja yg saya ceburi dulu.adakah kes ini saya akan mendapat pampasan dari socso

  • Saravanan mohan says:

    Hi there…isteri saya berhenti kerja sebab medical isue and admitted di hospital dan perlu dan dia perlu continue for medical treatment..yang mengambil masa….bolehkah di apply for socso?

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk rujuk ke PERKESO berkaitan sebarang tuntutan pemberhentian kerja.

  • Saya berkerja company Oil and Gas. Contract says habis Dec 2023. Sebelum ni company janji nak sambung contract tapi selepas 4 bulan superior bagitau jawatan saya telah delete dan tak boleh sambung lagi.
    Bolehkah saya apply sucso?

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes seperti ini dinasihatkan rujuk ke laman rasmi PERKESO kerana memang ada skim yang boleh membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat pembuangan dan pertindihan.

  • Affendy jimin says:

    Sekiranya pihak syarikat membrhentikan si pekerja atas aduan daripada pekerja lain tanpa memanggil keduabelah pihak serta tidak melakukan pertanyaan ataupun siasatan aduan yang diterima daripada si pengadu…dan terus memberhentikan si pesalah.. adakah di wajibkan penamatan kontrak??…tanpa mengira unsur penipuan.,atau pun unsur rasuah…si pesalah pulak ?bagaimana dengan hakNaya untuk minta kesahihan aduan itu…ini ada berlaku di tempat kerja saya..

    • Zahin Byond says:

      Ia boleh dikira sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap pekerja, dan boleh dibuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja atas pemecatan tidak adil oleh majikan.

  • Afiqah says:

    Hi bole sy tau,suami sy diberhentikan kerja dan diberi notis dua bulan tapi hanya diberi pampasan 1bulan gaji. Adakah itu wajar sebab suami tlh berkidmat selama 2tahun lebih.

    • Zahin Byond says:

      Pemberian pampasan adalah untuk kes pemberhentian VSS atau MSS. Dinasihatkan untuk tentukan jenis pemberhentian yang berlaku dan jika didapati berlaku pemberhentian tidak adil buat buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

  • Mohd Hafizan says:

    Ditamatkan perkhidmatan atas faktor kesihatan 15/12/2021 Kerana keputusan jemaah doktor 40% untuk Syarikat dan keputusan sama oleh jemaah doktor perkeso 40% HUK. Kini menerima FHUK bulanan dari perkeso. Adakah saya layak untuk memohon SIP/EIS berdasarkan (LOE)?

  • farah says:

    Hi, berapa lama anggaran masa pemperosesan bagi permohonan yang hilang pekerjaan?

    • Zahin Byond says:

      Untuk persoalan ini adalah dinasihatkan untuk rujukan kepada pihak PERKESO sendiri bagi mengelakan kekeliruan.

      • Apiq says:

        Kalau Sya dokumen spt surat VSS sudah tiada (dokumen tidak lengkap) slip gaji ada..4 bulan mencari pekerjaan..tetapi masih tiada..adakah masih bole memohon..krn surat VSS tiada..simpan rsa sakit hati.

        • Zahin Byond says:

          Boleh cuba rujuk pegawai PERKESO untuk mendapatkan kepastian lanjut.

          • Siti Zurinah Binti Abdul Qahar says:

            Kalau saya dah hampir 3 tahun tak bekerja kerana faktor kesihatan & tidak dapat memandu untuk pergi kerja di sebab kan kesukaran atas penyakit saya, boleh kah saya memohon pencen ilat?

          • Zahin Byond says:

            Jika lihat pada PERKESO, syaratnya kelayakan mesti disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Dinasihatkan untuk rujukan laman rasmi PERKESO untuk sebarang persoalan lanjut ya.

  • Ummi says:

    Hi…
    Bagimana sekiranya salah satu dokumen untuk tuntutan pampasan perkeso hilang.
    ( Semua dokumen lain lengkap).cuma offer letter hilang.
    Apa harus dilakukan?

    • Zahin Byond says:

      Untuk sebarang urusan rasmi dengan pihak PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk pegawai mereka bagi mengelakkan kekeliruan.

  • Nk bertanya kalau saya da lama tidak bekerja bolehkah saya mendapatkan faedah daripada pencaruman saya

    • Zahin Byond says:

      Untuk sebarang claim dengan KWSP atau Perkeso adalah dinasihatkan untuk merujuk laman rasmi pihak dinyatakan bagi mengelakan sebarang kekeliruan.

  • Md Roslan Osman says:

    Salam & Selamat sejahtera…saya dimaklumkan, mereka yang bersara pada umur 60 tahun boleh menuntut caruman socso betul ke? Tetapi bila saya baca artikel di atas seperti tidak boleh menuntut. Jadi wang caruman socso selama kita bekerja akan lupus macam itu sahaja ke?

  • sonia says:

    selepas hantar borang ebsa perlu tunggu berapa lama dan dokumen asal yang mana satu jika berjumpa pegawai.

  • Umur 60 tahun boleh tak untuk buat tuntutan persaraan duit socso.

  • Molirijilin jamil says:

    Saya adalah seorang pekerja kilang dan telah diberhentikan kerja .alasan majikan berhentikan saya adalah masalah penyakit dan saya telah meminta surat pemberhentian kerja tapi majikan tidak memberikan kepada saya.apakah yang perlu saya lakukan.

  • Ameliea says:

    Berapa lama kah kita perlu menunggu untuk menerima bayaran selepas membuat permohonan?

  • Slmt ptg syarikat tempat Sy bekerja berhentikan Saya kerja 24jam serta merta tanpa notis amaran apa apa serta tidak membayar baki gaji saya serta tidak memberi kerjasama untuk dptkn semula baki gaji saya boleh ke Sy tuntut sip atas kes ini t.kasih.

Leave a Reply