Bagi mengukur kemampuan sesebuah organisasi syarikat dalam mencapai matlamat, prestasi pekerja menjadi instrumen utama yang dilihat. Sesebuah syarikat mungkin memiliki produk yang hebat tetapi jika prestasi pekerja lemah, maka perkembangan akan terbantut.
Disebabkan itu penting untuk majikan dan bahagian sumber manusia (HR) memiliki rancangan yang rapi untuk bantu tingkatkan prestasi pekerja. Formulannya semakin produktif pekerja bekerja, maka semakin cepat berkembang dan tinggi keuntungan yang diraih syarikat.
Prestasi Pekerja Indikator Perkembangan Syarikat
Apabila bercakap tentang prestasi pekerja, ia merangkumi segala aspek termasuk tetapi tidak terhad kepada,
- Kemampuan pekerja penuhi deadline projek
- Kemampuan pekerja meningkatkan penjualan
- Kemampuan pekerja meningkatkan jenama
- Kemampuan pekerja meningkatkan imej
- Kemampuan pekerja meningkatkan kepuasan pelanggan
Oleh itu, dalam mengukur prestasi pekerja majikan dan pegawai HR perlu faham bahawa setiap bahagian dalam syarikat memiliki peranan serta objektif yang berbeza. Dalam menetapakan KPI penting untuk berikan sasaran yang realistik dan sesuai dengan objektif bahagian.
Strategi Tingkat Prestasi Pekerja
Tidak kira sebagai pengurus, supervisor mahupun pegawai HR mengimplementasikan KPI sangat penting dalam memacu prestasi pekerja. Maka, berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan dalam membantu tingkat prestasi pekerja supaya mereka lebih produktif.
- Letakkan Sasaran/ Objektif KPI Yang Realistik
Dalam usaha memacu pekerja untuk mengekalkan prestasi terbaik, penting untuk majikan dan pegawai HR letakkan sasaran atau objektif kerja yang realistik. Maksud realistik di sini adalah sesuatu yang boleh pekerja capai contohnya dalam bentuk data yang mudah dibaca.
Apabila pekerja memiliki matlamat akhir (end-goal) jelas, maka mereka akan berusaha untuk tingkatkan diri bagi mencapainya. Ini secara tidak langsung membantu pekerja tingkat prestasi mereka dan pada masa yang sama perkembangan syarikat.
- Sentiasa Berikan Maklum Balas
Cara paling mudah untuk mengukur sesuatu prestasi, termasuk prestasi pekerja adalah melihat kemajuan (progress) dicapai. Pada dasarnya sukar untuk mengukur prestasi memandang ia berkaitan rapai dengan perkara kualitatif.
Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh diukur secara kuantitatif. Ekoran itu memberi maklum balas selepas menilai kemajuan dicapai dapat bantu pekerja memahami prestasi kerja mereka, dan maklum balas juga dapat berikan mereka peluang untuk penambahbaikkan.
- Tawarkan Insentif Tambahan
Tidak dinafikan pekerja bekerja untuk menerima upah gaji. Boleh dikatakan pekerja bekerja untuk mendapatka ganjaran. Oleh disebabkan itu syarikat dinasihatkan untuk beri insensif tambahan seperti bonus sebagai pemacu peningkatan prestasi pekerja.
Secara teorinya lagi besar insentif ditawarkan, lebih bersemangat seseorang pekerja itu bekerja. Dalam pada itu juga insentif tambahan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk lain seperti kenaikan pangkat atau perbelanjaan makanan.
- Berikan Latihan dan Sokongan Kerja
Bagi memastikan pekerja mampu berikan yang terbaik dan hasil kerja berkualiti, syarikat boleh memberi latihan atau menghantar pekerja hadiri kursus latihan untuk tingkatkan kemahiran mereka.
Semakin tinggi kemahiran seseorang pekerja, maka bertambah baik juga prestasi kerja mereka. Atas faktor itu juga cukai dana pembangunan sumber manusia (HRDF) diperkenalkan bagi membolehkan majikan untuk hantar pekerja hadiri latihan untuk tingkat kemahiran.
- Amalkan Fleksibiliti
Menawarkan jadual kerja fleksibel kepada pekerja dapat memastikan mereka rasa selesa untuk membuat kerja. Ini secara tidak langsung membolehkan pekerja untuk jadi lebih produktif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Oleh itu, majikan dan pegawai HR dinasihatkan untuk menjaga fleksibiliti pekerja seperti cuti dan kesihatan pekerja bagi memastikan prestasi kerja terjamin. Bayangkan pekerja mengalami stress dan menganggu dinamik kerja, seterusnya merencatkan perkembangan syarikat.
- Wujudkan Budaya Kerja Kolaboratif
Apabila pekerja bekerja secara sendirian atau dalam persekitaran kecil, ia boleh menyebabkan penurunan produktiviti dan kreativiti. Hal ini kerana bekerja sendirian boleh mengehadkan perkongsian idea apabila hanya ada satu sahaja kepala yang menyumbang pandangan.
Sebaliknya, amalkan budaya kerja kolaboratif diantara semua bahagian dalam syarikat. Ini bukan sahaja membolehkan pekerja memahami tugasan bahagian lain, tetapi pada masa sama membantu pekerja membuka minta terhadap pandangan serta idea baru.
Prestasi Pekerja Cerminkan Prestasi Syarikat
Kesimpulannya, prestasi pekerja bergantung juga kepada kemampuan syarikat untuk menguruskan pekerja. Lebih cekap syarikat menguruskan pekerja, maka lebih mudah untuk pekerja mencapai prestasi yang dimahukan.
Disebabkan itu penting untuk syarikat mengkaji perlaksanaan KPI yang betul. Apabila majikan berjaya tetapkan KPI dengan betul pekerja juga akan mudah mengetahui tugasan mereka, seterusnya memastikan perkembangan syarikat.
Lancarkan Pengurusan Pekerja Syarikat Anda Dengan MySyarikat
Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana prestasi pekerja turun naik dan berlaku ketidak puasanhati? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk efiseinkan pengurusan pekerja dengan MySyarikat!
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!