Skip to main content

Antara hak utama yang pekerja perlu tahu adalah berkaitan cuti. Memohon cuti adalah hak setiap pekerja yang perlu dihormati oleh majikan. Cuti adalah masa yang diperlukan oleh pekerja untuk berehat, menguruskan hal peribadi atau untuk masalah kesihatan.

Dalam alam pekerjaan, cuti memainkan peranan penting bagi memastikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Ia bukan sahaja membantu kurangkan tekanan tetapi juga meningkatkan produktiviti dan semangat bekerja.

Namun begitu, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan pekerja dalam memohon cuti sehingga menjejaskan kelulusan permohonan tersebut. Kesilapan-kesilapan ini, walaupun remeh, boleh membawa implikasi besar kepada pengurusan syarikat.

Jadinya, artikel ini akan membincangkan beberapa kesalahan tersebut dan menyatakan panduan untuk menghindari kesilapan ini agar proses permohonan cuti dapat dilakukan dengan lebih efisien dan profesional.

1. Memohon Cuti Tanpa Perancangan

Memohon cuti secara tiba-tiba tanpa perancangan rapi adalah satu kesilapan yang boleh menyusahkan pihak pengurusan dan rakan sekerja. Apabila cuti diminta pada saat-saat akhir, ia boleh mengganggu jadual kerja yang ditetapkan dan membebankan rakan sekerja yang terpaksa mengambil alih tugas yang ditinggalkan.

Dalam persekitaran kerja yang sistematik, setiap tugasan memerlukan perancangan yang teliti. Memohon cuti secara tiba-tiba tanpa memberi notis awal boleh menyebabkan kekeliruan dan menjejaskan produktiviti syarikat. Oleh itu, adalah penting untuk merancang cuti dengan lebih awal dan memberikan notis kepada majikan secepat mungkin.

2. Tidak Mengikut Prosedur Permohonan Cuti

Setiap syarikat mempunyai prosedur tertentu untuk memohon cuti, seperti mengisi borang cuti atau memohon melalui sistem online. Tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan boleh menyebabkan permohonan cuti tidak diproses atau ditolak.

Prosedur permohonan cuti diwujudkan untuk memastikan kelancaran pengurusan HR dan rekod cuti. Dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan, pekerja memastikan permohonan diproses dengan betul dan pada masa yang sama, memudahkan pengurusan untuk merancang agihan tugasan.

3. Tidak Memberi Alasan Yang Jelas

Memberikan alasan yang jelas dan relevan adalah penting dalam proses memohon cuti. Majikan perlu memahami sebab cuti tersebut untuk mempertimbangkan kelulusan. Alasan yang tidak relevan boleh menyebabkan permohonan cuti ditolak.

Alasan yang relevan membantu majikan untuk menilai keperluan cuti tersebut dan membuat keputusan yang adil. Contoh alasan yang dapat meyakinkan pegawai HR untuk meluluskan permohonan cuti adalah seperti “urusan keluarga yang mendesak” atau “masalah kesihatan yang memerlukan rawatan segera”. 

4. Memohon Cuti Pada Waktu Kritikal

Memohon cuti pada waktu kritikal seperti semasa projek penting sedang berjalan atau semasa kekurangan kakitangan boleh menjejaskan operasi syarikat. Pekerja perlu mempertimbangkan keadaan semasa syarikat sebelum memohon cuti.

Waktu kritikal adalah tempoh di mana kehadiran pekerja adalah sangat diperlukan untuk memastikan kelancaran operasi syarikat. Memohon cuti pada waktu-waktu sebegini boleh menyebabkan gangguan kepada workflow kerja dan menjejaskan prestasi syarikat. 

5. Tidak Berkomunikasi Dengan Baik

Komunikasi yang baik antara pekerja dan majikan adalah penting dalam proses permohonan cuti. Tidak memberi notice kepada majikan mengenai permohonan cuti atau memberitahu alasan yang kukuh atas permohonan cuti boleh menjejaskan tugasan pegawai HR. 

Sebaik sahaja permohonan cuti dihantar, pekerja perlu memastikan bahawa majikan telah menerima notis tersebut. Komunikasi yang jelas dan berterusan dapat membantu mengelakkan salah faham dan memastikan semua pihak berada di landasan yang sama.

6. Menggunakan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu

Kesalahan di atas wajar dielak tetapi kesalahan menggunakan MC palsu adalah kesalahan yang sangat berat dan boleh dikenakan tindakan tata tertib kepada pekerja. Perbuatan ini bukan sahaja menyalahi etika profesional tetapi juga menyalahi undang-undang.

MC palsu adalah dokumen yang diperoleh secara tidak sah yang menyatakan bahawa pekerja memerlukan cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat. Menggunakan MC palsu boleh menyebabkan pekerja hilang kepercayaan majikan dan rakan sekerja, serta boleh mengakibatkan tindakan disiplin atau pemecatan. 

Kesimpulannya, kesilapan dalam memohon cuti boleh menjejaskan kelulusan permohonan dan menyebabkan ketegangan di tempat kerja. Oleh itu, adalah penting bagi pekerja untuk merancang cuti dengan baik, mengikuti prosedur yang ditetapkan, memberikan alasan yang jelas dan relevan, mempertimbangkan waktu yang sesuai, dan berkomunikasi dengan baik dengan majikan.

Permohonan Cuti Kini Lebih Lancar Dengan MySyarikat!

Adakah anda mencari HR software terbaik yang boleh bantu pengurusan cuti pekerja yang selaras dengan pematuhan undang-undang kerja di Malaysia? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply