Skip to main content

Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955) adalah undang-undang bekerja utama di Malaysia yang melindungi hak pekerja dan majikan. Jika anda mencari maklumat tentang akta kerja, artikel ini akan menjelaskan segala aspek penting termasuk gaji, waktu kerja, hari rehat, cuti umum, dan notis berhenti. 

Sama ada anda seorang pekerja atau majikan, memahami Akta Kerja Malaysia adalah penting untuk memastikan hak dan tanggungjawab anda dipatuhi.

Apa Itu Akta Kerja 1955?

Akta Kerja 1955 adalah undang-undang yang mengawal hubungan antara pekerja dan majikan di Malaysia. Ia meliputi pelbagai aspek seperti:

  • Pembayaran gaji
  • Waktu kerja
  • Hari rehat dan cuti
  • Notis berhenti kerja
  • Perlindungan untuk pekerja wanita

Hak Pekerja di Bawah Akta Kerja

Setiap pekerja di Malaysia mempunyai hak yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. Berikut adalah beberapa hak utama:

  1. Gaji Minimum

Pekerja berhak menerima gaji minimum seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Pada tahun 2025, kadar gaji minimum di Malaysia adalah RM1,700 sebulan. Selain itu, pembayaran gaji mesti dibuat dalam tempoh 7 hari pertama dalam bulan penggajian baru.

  1. Waktu Kerja

Waktu kerja biasa tidak boleh melebihi 8 jam sehari atau 45 jam seminggu. Selain itu, pekerja juga berhak mendapat 30 minit rehat selepas 5 jam bekerja dan layak untuk menerima bayaran jika diminta untuk bekerja lebih masa.

  1. Hari Rehat

Pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari rehat dalam seminggu. Jika pekerja diminta bekerja pada hari rehat tersebut mereka layak untuk menerima bayaran bekerja lebih masa pada kadar 2 kali ganda.

  1. Cuti Umum dan Cuti Tahunan

Pekerja berhak mendapat cuti umum dan cuti tahunan bergantung pada tempoh perkhidmatan. Selain itu, pekerja juga berhak mendapat cuti sakit dan cuti hospitalisasi dengan syarat mendapatkan surat (MC) daripada doktor.

  1. Notis Berhenti Kerja

Tempoh notis berhenti kerja bergantung pada tempoh perkhidmatan, biasanya antara 4 hingga 8 minggu. Untuk pemberhentian segera seperti berhenti 24 jam perlukan ganti rugi notis dan ini terpakai untuk kedua-dua pekerja dan majikan.

Tanggungjawab Majikan

Majikan juga mempunyai tanggungjawab di bawah Akta Kerja 1955, termasuk:

  • Membayar gaji tepat pada masanya.
  • Menyediakan persekitaran kerja yang selamat.
  • Mematuhi peraturan waktu kerja dan cuti.
  • Memberikan notis yang sewajarnya jika ingin memberhentikan pekerja.

Kegagalan majikan untuk mematuhi Akta Kerja boleh dikenakan tindakan kerana ia dianggap telah melanggar undang-undang. Selain itu, pekerja boleh membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) jika didapati majikan tidak mematuhi undang-undang kerja ini.

Baca juga: Wajib Ke Setiap Syarikat Ikut Undang-Undang Akta Kerja?

Kesimpulannya, Akta Kerja 1955 adalah undang-undang penting yang melindungi hak pekerja dan majikan. Dengan memahami peruntukan akta ini, anda boleh memastikan hubungan kerja yang adil dan mematuhi undang-undang.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply