Skip to main content

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel yang akan ditambah bersama dengan 2 akaun sedia ada. Ia dibuat sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula simpanan bagi para ahlinya.

Pada asalnya, ahli KWSP dibekalkan dengan hanya 2 akaun sahaja iaitu Akaun 1 (kini Akaun Persaraan) dan Akaun 2 (kini Akaun Sejahtera). Perubahan ini adalah usaha kerajaan untuk menambah baik kualiti hidup generasi kini, terutamanya dalam hal kewangan semasa dan pada masa depan. 

Kenapa Akaun 3 (Akaun Fleksibel) KWSP Diperkenalkan?

Kenapa Akaun 3 (Akaun Fleksibel KWSP diperkenalkan- hand using phone-KWSP logo

Pada asasnya, Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP diperkenalkan bagi tujuan membantu untuk kegunaan dalam jangka masa pendek ahlinya. Terutamanya untuk kegunaan semasa waktu kecemasan seperti menampung kos sara hidup. 

Mudah katanya Akaun Fleksibel KWSP ini seperti satu akaun simpanan yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa sebelum mereka mencapai usia persaraan yang ditetapkan negara, iaitu semasa umur 55 tahun dan 60 tahun.

Tetapi di sini pihak KWSP juga ada menasihatkan kepada ahlinya untuk mengelakkan diri daripada menggunakan wang dalam Akaun Fleksibel ini di luar waktu kecemasan. Hal ini kerana ia masih merupakan simpanan bertujuan persaraan.

Berapakah Kadar Pecahan Akaun 3 (Akaun Fleksibel)?

Berapakah Kadar Pecahan Akaun 3(Akaun Fleksibel)-human like figure-EPF block

Dalam pada itu, penstrukturan semula akaun-akaun KWSP ini akan dikuatkuasakan bermula 11 Mei 2024 (Sabtu). Maka, ini bermakna setiap ahli KWSP akan memiliki 3 akaun dan caruman yang dibuat dibahagikan kepada kadar seperti berikut: 

  1. Akaun Persaraan: 75% – adalah untuk simpanan hari persaraan
  2. Akaun Sejahtera: 15% – adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan
  3. Akaun Fleksibel: 10% – memberi fleksibiliti pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan jangka pendek

Kemudian, bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024 ini ahli yang mencarum boleh memilih untuk membuat pemindahan sebahagian baki dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel). 

Namun, pihak KWSP ada juga memaklumkan bahawa ahlinya bebas membuat keputusan sama ada untuk memindahkan wang dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel atau tidak. Perlu di ingatkan pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan itu sudah diproses. 

Selain itu juga baki yang dinyatakan di Akaun Fleksibel akan bergantung kepada baki Akaun Sejahtera. KWSP akan menentukan amaun baki dalam Akaun Fleksibel berdasarkan jumlah dalam Akaun Sejahtera melebihi atau kurang daripada RM3000 ketika permohonan itu diproses.

Bagi yang memutuskan untuk tidak memindahkan baki Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel, baki dalam Akaun 3 tersebut akan bermula dengan sifar. Ini bermakna jumlah di dalam akaun akan ditambah semasa caruman pada bulan-bulan berikutnya berdasarkan nisbah 75:15:10.

Bagaimana Pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel) Dibuat?

Bagaimana Pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel) Dibuat?-men with money celebrating-KWSP logo

Untuk tujuan pengeluaran Akaun Fleksibel ini, ia boleh dibuat pada bila-bila masa tetapi tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran iaitu sebanyak RM50. Permohonan untuk pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian pada app i-Akaun KWSP atau mana-mana kaunter cawangan KWSP.

Tetapi perlu diingatkan sekali lagi bahawa pengeluaran ini hanya boleh dibuat pada Akaun Fleksibel sahaja. Sebarang pengeluaran dari Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masih sama iaitu selepas ahli mencapai usia persaraan 55 tahun dan 60 tahun.

Dalam pada itu juga pengenalan Akaun Fleksibel KWSP ini hanya terpakai kepada mereka yang belum mencapai usia emas dan umur 55 tahun. Bagi ahli KWSP yang sudah mencapai usia tersebut, caruman akan dibuat terus ke dalam Akaun Emas sebagai mencapai usia 55 tahun.

Bagi sebarang rujukan lanjut mengenai Akaun Fleksibel, penstrukturan semula akaun KWSP dan pertanyaan mengenai simpanan persaraan ini boleh dibuat pada laman rasmi KWSP sendiri.

Selaraskan Caruman-Caruman KWSP.PERKESO Dan SIP Pekerja Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan caruman pekerja? Perlukan sistem pengurusan automasi efisien untuk selesaikan masalah gaji dan potongan wajib pekerja? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply