Skip to main content

Bayangkan anda bekerja berpuluh-puluh tahun untuk dapat persaraan yang selesa, tapi tiba waktu mahu keluarkan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda dapati majikan tidak pernah bayar syer caruman majikan mereka.

Siapa sahaja tidak koyak bila tengok slip gaji tercatat potongan KWSP setiap bulan tetapi majikan sebenarnya tidak pernah menjalankan tanggungjawab mereka.

Disebabkan itu, penting untuk anda buat semakan berkala bagi memastikan majikan ada bayar syer caruman atau tidak. Semakan boleh dibuat dengan mudah di i-Akaun KWSP melalui laman sesawang atau pada aplikasi.

Kewajipan Caruman KWSP oleh Majikan

Menurut Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991, majikan diwajibkan untuk buat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah ditetapkan. Kadar caruman boleh dirujuk pada Jadual Ketiga KWSP.

Secara asasnya, jumlah caruman majikan adalah sebanyak 13% dan jumlah caruman pekerja pula adalah sebanyak 11% daripada gaji pokok pekerja. Ia perlu dibayar dalam nilai ringgit sahaja; jika terdapat sen, ia akan digenapkan ke ringgit berikutnya.

Setiap caruman yang dibuat pula akan diagihkan kepada 3 akaun: Akaun 1 (Akaun Persaraan, Akaun 2 (Akaun Sejahtera), dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel) yang masing-masing memiliki peranannya tersendiri.

Cara Buat Aduan Terhadap Majikan Gagal Carum KWSP

Jika anda dapati majikan tidak buat bayaran caruman KWSP, anda boleh memfailkan aduan untuk mendapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya dibuat.

Kegagalan majikan dalam membuat caruman kepada KWSP bukan saja boleh didakwa, malah dikenakan penalti seperti:

  • Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal daftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari selepas ambil pekerja.
  • Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal bayar caruman pada atau sebelum 15 hari bulan.
  • Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika majikan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.
  • Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika majikan potong caruman syer pekerja dan gagal bayar kepada KWSP.
  • Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika majikan cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja.
  • Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal memaklumkan kepada KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja
  • Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal menyediakan dan beri slip gaji kepada pekerja

Selain itu, kegagalan Pengarah Syarikat atau Rakan Kongsi Firma atau Pemegang Jawatan Persatuan untuk bayar caruman KWSP yang tertunggak membolehkan tuntuan difailkan di mahkamah bagi tindakan,

  • Kebankrapan
  • Penyitaan dan penjualan aset
  • Larangan keluar Negara (Seksyen 39 membolehkan lembaga KWSP mohon jabatan Imigresen menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan

Baca juga: Daftar EPF, SOCSO, dan SIP: Panduan Lengkap untuk Pekerja & Majikan

Ternyata perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh majikan. Keperluan caruman KWSP daripada syer majikan adalah perkara wajib dan menjadi hak kepada pekerja yang berada dalam kontrak perkhidmatan.

Segera buat aduan jika anda dapati majikan tidak membayar syer caruman mereka bagi dapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya diperoleh. Jangan tunggu sehingga bersara baru hendak membuat aduan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

14 Comments

Leave a Reply