Skip to main content

Sistem pembayaran gaji di Malaysia ditadbir dengan jelas oleh Akta Kerja 1955, yang menetapkan tanggungjawab majikan serta hak pekerja. Ia melibatkan pelbagai komponen penting seperti gaji asas, elaun, bayaran kerja lebih masa (OT), potongan wajib, dan kaedah pembayaran yang sah di sisi undang-undang.

Memahami bagaimana sistem pembayaran gaji berfungsi adalah penting bagi kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi bagi majikan untuk memastikan kepatuhan dan pekerja pula agar jelas tentang jumlah pendapatan bersih yang diterima.

Penetapan Struktur Gaji

Struktur gaji adalah asas kepada sistem pembayaran gaji yang adil. Ia merangkumi pecahan bayaran yang diterima pekerja setiap bulan, antaranya:

  • Gaji pokok: jumlah asas yang dipersetujui dalam kontrak pekerjaan.
  • Elaun: contohnya elaun perumahan, pengangkutan, makan.
  • Kerja lebih masa (OT): bayaran tambahan untuk kerja di luar waktu biasa.
  • Bonus dan insentif: bergantung pada prestasi individu atau syarikat.

Kesemua komponen ini mesti didokumentasikan secara jelas dalam kontrak pekerjaan. Tanpa dokumentasi rasmi, risiko salah faham atau pertikaian gaji antara majikan dan pekerja akan meningkat.

Proses Pengiraan Gaji

Selepas struktur ditetapkan, langkah penting seterusnya adalah pengiraan gaji.

  1. Gaji Kasar: jumlah gaji pokok dan elaun sebelum sebarang potongan.
  2. Potongan Wajib:
    • KWSP: potongan caruman pekerja (contoh: 11%).
    • PERKESO: perlindungan keselamatan sosial.
    • Potongan Cukai Berjadual (PCB): cukai pendapatan individu oleh LHDN.
  3. Formula Asas:

Gaji Kasar – (KWSP + SOCSO + PCB) = Gaji Bersih

  1. Contoh Ringkas Pengiraan:
    • Gaji pokok: RM3,000
    • Elaun: RM500
    • Gaji kasar: RM3,500
    • KWSP (11%): RM385
    • SOCSO: RM35
    • PCB: RM80
    • Gaji bersih: RM3,500 – (385 + 35 + 80) = RM3,000

Perbezaan antara gaji kasar dan gaji bersih ini sangat penting untuk difahami oleh pekerja.

Tempoh dan Kaedah Pembayaran Gaji

Mengikut Seksyen 19 Akta Kerja 1955, gaji mesti dibayar tidak lewat daripada 7 hari selepas tarikh akhir tempoh upah. Contohnya, gaji bulan Mei wajib dibayar selewat-lewatnya pada 7 Jun.

Kaedah pembayaran gaji utama adalah pindahan bank terus ke akaun pekerja kerana lebih selamat dan mudah direkodkan.

Namun, Seksyen 25A Akta Kerja 1955 membenarkan pekerja memohon secara bertulis untuk menerima gaji dalam bentuk tunai atau cek, tertakluk kepada persetujuan majikan dan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Pengurusan Rekod dan Kepatuhan Undang-Undang

Majikan mempunyai kewajipan undang-undang untuk menyimpan rekod pembayaran gaji dan slip gaji pekerja sekurang-kurangnya selama tujuh (7) tahun. Rekod ini amat penting sebagai bukti untuk tujuan audit, pertikaian, atau siasatan pematuhan undang-undang.

Kini, semakin banyak syarikat menggunakan sistem berkomputer atau automatik untuk merekodkan pembayaran gaji. Kaedah digital ini lebih praktikal berbanding secara manual kerana mengurangkan risiko kehilangan data, meningkatkan kecekapan, dan memudahkan semakan semula jika diperlukan.

Baca juga: Cara Buat Pembayaran Gaji Dengan Betul

Ringkasnya, sistem pembayaran gaji di Malaysia adalah proses penting yang melibatkan struktur gaji, pengiraan, kaedah pembayaran, dan pengurusan rekod pematuhan.

Sebagai langkah ke arah digitalisasi, penggunaan sistem pengurusan gaji moden disarankan bagi memastikan proses lebih telus, cekap, dan mesra undang-undang untuk semua pihak.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

59 Comments

  • MOHD SAUFFE says:

    skrg dah bulan sep ,sy terlepas lihat gaji staff bulan ogos .. so mcm mne cara sy nk tengok dlm system HR

    • Zahin Byond says:

      Untuk tutorial sistem MySyarikat boleh tekan sini.

      • zana says:

        hi saya mahu bertanya , sistem d tempat saya bekerja part time sangat berlainan di mana berlaku lonjakkan gaji . cth saya bkerja pada 1 january, gaji january saya dibayar pada hujung february . gaji 1 february-30 saya akan dapat pada hujung march. boleh ke begitu ?

        • Zahin Byond says:

          Ia menjadi kesalahan. Akta Kerja menetapkan pembayaran gaji mesti dibuat dalam tempoh 7 hari pertama pada bulan seterusnya. Ini bermakna gaji Januari mesti dibayar antara 1 Februari – 7 Februari.

      • Tamil selvom says:

        Bulan februari gaji Tahan majikan saya .saya keluar jalan India sembahyang majikan cakap bila masuk kerja baru gaji masuk .
        Pinjaman bank semua dah lambat
        Boleh ke majikan tahan gaji saya

  • Zarinah Ahmad says:

    Salam, maaf boleh saya bertanya. Jika pekerja mengalami kemalangan ketika balik dari kerja, pekerja tersebut boleh claim pada perkeso. Tapi saya nak tanya, majikan perlu bagi gaji pekerja yang kemalangan tu macamner ye, adakah bayaran tu full setiap bulan sepanjang tempoh ada MC, atau ada bulan yang majikan perlu bayar full, bulan seterusnya majikan bayar separuh dari gaji, minta penjelasan

    • Zahin Byond says:

      Jika diikutkan skim PERKESO ada menawarkan bantuan kewangan kepada ahli yang memohon di bawah Skim Bencana Pekerjaan. Bergantung kepada jenis kecederaan, jika pekerja hilang keupayaan bekerja maka PERKESO akan menawarkan bantuan kewangan tetapi jika pekerja masih mampu bekerja maka ia dikira sebagai cuti hospitalisasi dan majikan perlu bayar gaji seperti biasa. Untuk skim-skim PERKESO dinasihatkan rujuk laman rasmi mereka.

  • muiz says:

    saya nak tanya, boleh ke syarikat membayar gaji dalam ikut kiraan 30hari, sedangkan saya cuti sabtu dan ahad. sefaham saya syarikan hanya membayar gaji untuk 5 hari bekerja sahaja iaitu 20 hari sebulan

  • ema says:

    Hi, sekiranya gaji bulan lalu adalah 7hb dn bulan ini, 7hb masih belum terima. Adakah boleh untuk pekerja buat report?

  • Izzati says:

    Saya nak tanya, boleh ke syarikat/majikan tidak membayar gaji pekerja tepat pada masanya(7hb) atas alasan pekerja tidak menjalankan tugas mengikut waktu yang ditetapkan?
    Atau alasan pekerja tidak menjalankan tugas dengan sempurna?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja tetapkan pembayaran gaji mesti dibuat antara 1 haribulan sehingga 7 haribulan pada bulan seterusnya. Kegagalan majikan untuk membuat sedemikian boleh dikenakan tindakan.

  • nabila says:

    Boleh ke pekerja dibayar oleh 2 syarikat yang berbeza? Maksudnya disini, pekerja menerima gaji dari 2 syarikat yang berlainan.

  • Ilya says:

    Saya nak tnya.. saya berkerja tidak sampai sebulan dan saya telah memberikan notis berhenti kerja dan majikan saya menyatakan dia tidak akan membayar gaji saya.. apa saya perlu buat?

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja berhenti dengan memberi notis dan lengkap tempoh notis, maka majikan masih perlu membayar gaji pekerja itu seperti biasa sehingga tamat perkhidmatan. Jika majikan tidak bayar gaji dalam tempoh notis maka pekerja boleh buat aduan ke Jabatan Buruh.

  • Aishah says:

    Bolehkah admin/majikan bagi notis secara last minute setelah tarikh penerimaan gaji? Contohnya gaji biasa diterima 28 haribulan, tetapi bulan ini, gaji belum masuk sehingga 30 haribulan baru diberi notis tentang atas beberapa masalah yang tidak dinyatakan, tarikh penerimaan gaji ditukar ke 1-5 haribulan terpulang dengan prestasi pekerja.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja nyatakan gaji mesti dibayar dalam tempoh 7 hari dalam bulan baru, jadi pemberian gaji lebih awal adalah berdasarkan polisi atau bagi penjawat awam bergantung kepada notis kerajaan ya.

  • Nik says:

    Saya kerja part time, saya ingin gaji di bayar melalui account tapi majikan tidak mahu. Majikan mahu membayar cash sahaja alasan kerana di situ Ramai pekerja foreigners. Apa sepatut nya saya buat? Untuk mengambil gaji cash terlalu susah kerana saya sudah Berpindah tempat

  • Del says:

    Hi, staff prefer gaji melalui kredit ke account staff. Tapi, majikan masih nak gunakan cek. boleh ke macam tu? di cek letak tarikh 29/11/2024. tapi sampai pada tangan staff pada 6/12/2024. banyak bulan lambat masuk gaji ke account sbb guna cek. macam mana ya? susah ke kredit ke account bagi majikan?

    • Zahin Byond says:

      Majikan boleh membayar gaji pekerja dengan cek namun atas permintaan bertulis daripada pekerja dan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengarah. Jika tiada permintaan bertulis atau arahan daripada Ketua Pengarah majikan wajib mengkreditkan gaji pekerja ke dalam akaun bank.

      • woom says:

        Kalau pekerja ada bagi surat bertulis kepada majikan untuk mendapatkan gaji dalam tunai tapi tak ada arahan daripada JTK, ada kesalahan sini?

        • Zahin Byond says:

          Mengikut Akta Kerja 1955, gaji boleh dibayar melalui tunai, cek, atau pindahan bank, tetapi jika pekerja mahu dibayar tunai, majikan perlu mendapat persetujuan bertulis daripada pekerja.

  • Jaja says:

    Pada tahun 2024 gaji basic diberi jumlah sekian²(lebih dri kadar had minimum)…pada tahun 2025 gaji basic “diturunkan” menjadi 1.7k atas sebab mngikut kadar had minimun yg ditetapkan oleh kerajaan. Boleh saya tahu adakah pihak syarikat boleh membuat penurunan gaji basic?

    • Zahin Byond says:

      Kadar gaji minimum ditetapkan untuk menyelaraskan penggajian pekerja di Malaysia. Dalam kes ini majikan tidak boleh menurunkan gaji pekerja melainkan jika terdapat persetujuan dengan pekerja atau prestasi pekerja yang menurun sehingga diturunkan pangkat atau sebagainya.

  • su says:

    Saya nak tanya, jika berhenti kerja dengan memberi notis melalui calling boleh ke?Adakah dikira valid?jika tempoh kontrak kerja kurang daripada 2 bulan iaitu (36 hari sahaja), tempoh pemberian notis adakah 2 minggu juga?

    • Zahin Byond says:

      Untuk menamatkan perkhidmatan adalah dinasihatkan untuk memberi notis berhenti bertulis kepada majikan sebagai bukti. Untuk tempoh notis pula perlu ikut Akta Kerja dan penetapan dalam kontrak kerja sebelum ini.

  • Akim says:

    saya nak tanya cara pembayaran gaji, adakah bila bulan februari gaji akan berkurang kerana 28 hari berkerja sahaja? ataupun bayaranya sama seperti bulan yang lain? dan boleh saya tahu cara pengiraan gaji? sbb majikan saya selalu kira gaji saya jadi kurang dari gaji basic.

  • Nurul Shuhadah says:

    maaf bertanya . boleh ke majikan meletakan syarat (sikiranya pekerja bekerja kurang daro tempuh 1 tahun pekerja akan membayar sebulan gaji penuh kepada pihak majikan) .
    dan berkenan OT, majikan perlu buat bayaran ikut basic betul? jika kurng apa perlu buat?

    • Zahin Byond says:

      Boleh dapatkan penerangan lebih lanjut berkaitan sikiranya ‘pekerja bekerja kurang daro tempuh 1 tahun pekerja akan membayar sebulan gaji penuh kepada pihak majikan’. Pagi pembayaran OT perlu ikut pada kadar OPR dan HRP.

  • bukhori says:

    assalamualaikum, saya nk tanye, contract yang saya dapat adalah dibayar pada 10-15hb pada setiap bulan, boleh ke syarikat menetapkan tempoh bayaran gaji sebegitu? lagi pun saya dibayar gaji empat bulan lepas lewat daripada tempoh tersebut.

  • ron says:

    hi nak tanya.. saya ni baru first masuk kerja tpi lepas gaji, syarikat ckp bulan utk first sya kerja tak bayar full.. boleh ke tolong jelaskan perkara ini…

  • hanim says:

    Waktu bekerja sehari adalah 7jam30m, sekiranya pekerja selalu dtg lambat & pulang spt biasa , bermakna tidak mencukupi waktu bekerja 7.30, adakah majikan boleh kurangkan gaji tersebut

  • Lyana says:

    bolekah majikan bayar gaji 2 kali sebulan? iaitu pada 7hb gaji basic dan pada hujung bulan (tarikh tidak tentu) gaji Ot.. kejadian ini baru berlaku dan menyebabkan ade kelewatan dalam membuat bayaran komitmen bulanan

  • Muhamad hairul shahpik says:

    Hi saya mahu bertanya. Saya baru kerja dalam 3hari. Dan pada hari keempat, motor saya rosak masa ingin pergi kerja. Pada hari kelima, saya di cutikan. Dan pada hari kelima itu. Saya dapat whatsaap dari majikan, yg saya di berhenti kan.

    Dan saya bertanya tentang gaji, majikan cakap pada saya.

    “Wsalam
    Gaji tak dapat Hairul, kerja mana mana kalau bawah 5 hari tak dapat gaji”.

    Betul ke kerja bawah 5 hari, tak akan dapat bayaran gaji walaupun kerja 3hari? Alasan majikan. Awal masa masuk kerja, saya lewat.

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja gagal memenuhi waktu kerja yang ditetapkan maka pengiraan gaji akan dibuat berdasarkan jumlah hari bekerja sahaja. Tetapi walaupun bekerja 5 hari sahaja, pekerja masih layak untuk menerima bayaran gaji 5 hari tersebut.

  • Syah says:

    Selama sy kerja 6 bulan majikan hanya bagi cuti 2 hari pada 16feb dan 2mac hari raya baru baru ini, bole ka sy ambil tindakan? Gaji sy hanya 1.2k selama 6 bulan bekerja dan tiada ot diberikan. Dan pada bulan pertama dan kedua masa kerja sy start dari 6 am sehingga 6pm, mohon pendapat apa yg sy bole lakukan

    • Zahin Byond says:

      Memandangkan pekerja baru bekerja selama 6 bulan maka cuti tahunan akan diproratakan. Bagi cuti umum pula pekerja layak untuk mendapat cuti seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Untuk gaji pula jika syarikat memiliki lebih 5 orang pekerja maka baru terpakai gaji minimum RM1,700.

  • Fauzanyusof says:

    Saya baru menerima 2 minggu notis pemberhentian pekerja kontrak (7/08/2025-20/082025). Saya ingin bertanya tentang pembayaran gaji yg perlu syarikat bayar kepada saya adakah mengikut gaji bulanan? Bagaimana dengan cuti tahunan saya adakah syarikat perlu membayar baki cuti tahunan saya. Sebelum ini saya menerima gaji secara bulanan.

  • Fauzanyusof says:

    Gaji penuh atau gaji dikira setakat 20hb sahaja? Maaf saya lupa beritahu, saya menjadi pekerja kontrak lebih dri 3 tahun

  • Norazman says:

    Boleh ke majikan paksa guna bank dia sahaja untuk bayar gaji? Kalau guna bank lain majikan tak tak bayar gaji..

    • Zahin Byond says:

      Tidak, majikan perlu masukkan gaji pekerja ke dalam akaun pekerja itu. Jika pekerja tiada akaun bank, majikan perlu keluarkan surat pembukaan akaun dan minta pekerja buka akaun bank secepat mungkin.

  • nisa says:

    Hi sya ingin bertanya,

    setelah diserap/ditetapkan pada sebuah syarikat. Adakah kita akan dapat juga AL 8hari even belum sampai setahun?

    Contoh notis sebulan 4/8/2025- 4/9/2025 tetapi kiraan hari bekerja bergaji sebulan= 26hari, dan bayaran gaji bertarikh 4/9/2025, baki dari tarikh 26/8/2025 sehingga 4/9/2025 dikira gaji harian, wajar kah majikan membuat bayaran gaji pada 4/10/2025?

    • Zahin Byond says:

      Pekerja yang belum genap setahun masih boleh mendapat cuti tahunan secara prorata jika polisi syarikat membenarkan. Seksyen 19 Akta Kerja 1955 menetapkan gaji mesti dibayar tidak lewat dari 7 hari selepas tempoh gaji berakhir. Jika tempoh gaji berakhir pada 4/9/2025, majikan wajib bayar selewat-lewatnya 11/9/2025, bukan 4/10/2025.

Leave a Reply