Skip to main content

Semasa tahun 2020 lalu kebanyakan majikan terpaksa mengambil keputusan sukar untuk mengurangkan pemberian gaji kepada pekerja akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan operasi syarikat.

Keputusan tersebut walaupun sukar terpaksa ditelan oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana ia adalah pilihan lebih baik berbanding sesetengah syarikat yang terpaksa melepaskan pekerja bagi menampung kos perbelanjaan operasi.

Namun, dengan keadaan semasa yang semakin memulih tiada lagi alasan untuk majikan mengurangkan atau memotong gaji pekerja lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di sektor swasta.

Jadi mari selidik peraturan pemotongan gaji yang boleh dibuat majikan serta hak-hak pekerja yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 berkenaan isu pengurangan pemberian nilai upah ini.

Bahagian 4, Akta Kerja 1955

Apabila sentuh berkenaan gaji boleh dikatakan semua menjadi sensitif sehingga ada yang merahsiakan nilai upah yang diterima daripada pasangannya sendiri. Apatah lagi jika majikan membuat keputusan untuk mengurangkan pemberian gaji kepada pekerja.

Oleh itu, Seksyen 24 Akta Kerja 1955 menggariskan perihal tentang potongan-potongan sah yang boleh dibuat oleh majikan. Penting untuk majikan dan pekerja ambil maklum berkenaan perkara ini.

Pada Seksyen 24(1) jelas mengatakan bahawa tiada potongan boleh dibuat majikan daripada gaji seorang pekerja selain daripada yang terkandung dalam Akta. Ini bermakna sebarang potongan yang dibuat seperti potongan caruman perlu mengikut Akta Kerja.

Sungguhpun begitu seorang majikan boleh membuat potongan pada gaji pekerja sekiranya, 

  • Terdapat lebihan bayaran yang dibuat majikan atas kesilapan oleh majikan
  • Potongan indemniti yang perlu dibayar kepada majikan oleh pekerja atas penamatan kontrak tanpa notis
  • Potongan untuk mendapatkan semula wang pendahuluan gaji seperti yang terkandung pada Seskyen 22 berkenaan pendahuluan gaji
  • Potongan yang dibenarkan oleh perundangan bertulis lain (KWSP, PERKESO dan SIP)

Berdasarkan ini jelas bahawa majikan tidak boleh sesuka hati memotong gaji pekerja atas sebab peribadi. Potongan hanya benar dibuat jika terdapat kesalahan pembayaran atau pendahuluan serta potongan wajib lain.

Sebaliknya, potongan gaji oleh majikan boleh dibuat sekirannya pekerja membuat permintaan bertulis untuk

  • Pembayaran pendaftaran kesatuan sekerja (union trade) atau sebarang pinjaman melibatkan kesatuan sekerja
  • Pembayaran mana-mana syer perniagaan majikan yang ditawarkan untuk dijual oleh majikan dan dibeli oleh pekerja

Maka jelas juga di sini bahawa sebarang pemotongan gaji pekerja hanya boleh dibuat jika terdapat permintaan bertulis yang sah. Pekerja juga perlu ambil maklum bahawa potongan gaji hanya boleh dibuat atas sebab kesatuan sekerja atau pembelian perniagaan majikan sahaja.

Dalam pada itu, potongan gaji juga boleh dibuat sekirannya permintaan bertulis pekerja itu mendapat kelulusan Ketua Pengarah. Ini termasuk pembayaran dalam KWSP, PERKESO dan EIS.

Potongan Gaji Yang Dibenarkan

Mengikut penjelasan di atas ternyata majikan tidak boleh memotong gaji pekerja tanpa kerelaan atau permintaan bertulis yang diluluskan Ketua Pengarah. Hanya potongan perundangan (statutori) sahaja yang dibenarkan.

Potongan-potongan tersebut tidak lain tidak bukan adalah untuk tabung persaraan KWSP, dana keselamatan sosial PERKESO dan SIP sahaja. Rujukan untuk sebarang potongan tersebut boleh dibuat pada arkib KWSP/SOCSO/EIS MySyarikat.

Jadi bagaimana jika berlaku kes majikan memotong gaji pekerja secara tanpa pengetahuan?

Tentunya, pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) atau Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah. Cara membuat aduan juga pernah diterbitkan sebelum ini.

Ingatlah bahawa majikan tidak boleh sesuka hati mengurangkan gaji pekerja jika tiada permintaan dibuat. Tidak kira walaubagaimana keadaan operasi syarikat, majikan perlu bincangkan perihal gaji dengan pekerja secara telus.

Kesalahan yang sering dibuat majikan adalah dengan menurunkan jawatan untuk mengurangkan gaji pekerja adalah salah dan tidak beretika. Dan pekerja juga harus cuba memahami keadaan majikan untuk mencipta suasana harmoni di tempat kerja.

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

147 Comments

  • Fadzli says:

    maknanya Syarikat tidak boleh menolak sebarang gaji pekerja tanpa memo dan juga persefahaman antara pekerja dan majikan? bagaimana pula elaun dan juga wang pendahuluan (claim) pekerja pada majikan?

    • Zahin Byond says:

      Syarikat tidak boleh membuat sebarang potongan gaji pekerja kecuali potongan untuk caruman wajib yang dibenarkan.

    • Manis says:

      Adakah boleh majikan memotong gaji pekerja sekiranya lewat hadir kepejabat dan majikan tidak bagi sebarang nota dan pemberitahuan pada pekerja . Tolak gaji mengikut payslip pada elaun bukan basic . Adakah lulus di undang2 kerja? Potongngan sebanyak rm200 , terima kasih atas jawab soalan saya

      • Zahin Byond says:

        Majikan tidak boleh potong gaji pekerja kerana lewat tetapi dibenarkan untuk potong pada elaun kerana pemberian elaun adalah berdasarkan polisi syarikat ya.

        • Wan says:

          Bekerja di sebuah syarikat swasta dan tempoh 6 bulan percubaan ..dalam tempoh percubaan bulan pertama hingga bulan ke 6 majikan menyuruh kerja buruh paksa dan membuat kerja2 pekerja am seperti memasang pagar dan menggaul simen sepanjang tempoh tersebut sedangkan jawatan masa yg dipohon adalah operator kren.bila dipersoalkan tentang job scope majikan sengaja mencari kesalahan dan terbaru memotong habis KPI sebanyak 600 dengan alasan tidak mengikut arahan atasan sebabkan kita persoalkan kerja buruh paksa dan skop kerja yg berbeza dengan jawatan ..serta lewat dtg briefing pagi sedangkan masa bekerja masuk pkul 8 a.m dan briefing pagi adalah 7.45 a.m sebelum jam kerja bermula..adakah majikan berhak membuat amalan buruh paksa yg bukan skop kerja yg dijanjikan dan bolehkah majikan memotong elaun kpi diluar daripada jam kerja bermula?

        • Ashraff says:

          Company bagi allowance seperti performance, cleanliness dan travelling. Bolehkah company tolak gaji pada allowances berikut? Jika boleh, bagaimana mereka menilai berdasarkan pada amount yang ditolak?

  • lily says:

    18 Ogos 2024, JPJ ada buat diskaun pembayaran saman, so majikan nak potong gaji pekerja untuk bayarkan saman pekerja yg telah mengaku disaman ketika menggunakan kenderaan Syarikat, dan pekerja bersetuju secara bertulis, majikan tetap akan didenda?

    • Zahin Byond says:

      Berdasarkan Seksyen 24 Akta Kerja 1955 majikan tidak boleh membuat sebarang potongan kecuali untuk caruman wajib seperti yang dinyatakan undang-undang. Andai saman tersebut di atas nama syarikat maka syarikat perlu selesaikannya dahulu. Tetapi jika terdapat hitam putih yang mengatakan pekerja membenarkan maka perlu dikemukan kepada ketua pengarah.

      • Ermiey says:

        Salam malam tuan.sekadar ingin tau cuti tahunan x ada.senang kata habis lah.
        sebagai pekerja,bagaimana jika elaun kedatangan rm200 dipotong,krb mohon cuti tanpa gaji,dahlah gaji kena potong elaun pun kena potong.sedangkn cuti d mohon seminggu sebelum tarikh cuti.dah lah ot xda,lain elaun xda selain elaun kedatangan.bertahun gaji sama jer bacis dr awal masuk sampai bertahun.tolong bg pencerahan tuan dgn situasi yg sy alami.

        • Zahin Byond says:

          Akta Kerja membenarkan pemotongan gaji untuk cuti tanpa gaji, namun, dari segi pemotongan elaun, ia bergantung kepada terma dan syarat dalam kontrak pekerjaan atau polisi syarikat. Jika elaun kedatangan adalah satu-satunya elaun yang diterima, pekerja sebaiknya memastikan bahawa terma ini dijelaskan dalam kontrak atau dokumen polisi syarikat yang berkaitan.

  • Mus says:

    Bagaimana jika sesebuah company menutup operasi selama seminggu tanpa notis .bos cakap tiada output .jadi kilang akan shutdown seminggu .dan pekerja terpaksa unpaid untuk seminggu tu .boleh ke majikan buat begitu?

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955, majikan perlu memaklumkan kepada pekerja berkaitan sebarang penutupan operasi melalui notis. Di sini juga majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil sebarang cuti tanpa persetujuan bersama.

  • majikan says:

    Kalau pekerja tidak hadir, boleh ker potong gaji mengikut hari ketidakhadiran itu?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa majikan tidak boleh membuat sebarang potongan pada gaji pekerja selain daripada caruman wajib yang ditetapan undang-undang. Sungguhpun begitu bagi kes pekerja yang tidak hadir kerana mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave), maka penolakan pada kadar bayaran gaji adalah dibenarkan.

      • zaf says:

        Tetapi sekiranya pekerja last minute tidak datang kerja (unpaid leave) kerana ada sebab2 yang tertentu adakah majikan dibenarkan tolak double pada bayaran gaji ?

    • Ila says:

      Salam nak tanya, kalau cuti AL kita dah habis tapi kita ada appointment doctor, ada surat bukti adakah company boleh tolak gaji kita?

  • syah says:

    macam mana pula dengan syarikat yang meminta pekerja untuk membayar ganti rugi akibat dari kehilangan barang dan barang yang defect ?

    cth : stock loss bulan 5
    sehelai baju yang berharga rm138
    sehelai seluar rm150
    sepasang kasut rm 340
    jumlah : rm 628

    di bahagikan dengan jumlah pekerja iaitu 5orang . seorang pekerja perlumembayar sebanyak rm 125.60

    perlu di bayar pada akaun syarikat sebelum due date yg di tetapkan .

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes melibatkan ganti rugi barang milik syarikat yang dijaga oleh pekerja adalah sebaiknya untuk melakukan siasatan dalaman atau Domestic inquiry (DI) dahulu. Jika didapati bersalah selepas DI, tindakan yang dirasakan munasabah boleh dikenakan oleh majikan kepada pekerja.

  • alifah says:

    Kalau pekerja tu dapat elaun tambahan sbab buat kerja tambahan dan dapat memo penambahan elaun.. boleh ke company potong elaun tersebut dengan alasan dah ada orang lain buat kerja tersebut? pemotongan elaun tersebut pun tanpa pengetahuan pekerja atau tiada memo yang dikeluarkan utk pemotongan..

    • Zahin Byond says:

      Sepatutnya HR perlu mengeluarkan surat terlebih dahulu untuk makluman. Tetapi boleh rujuk semula polisi syarikat berkaitan elaun tambahan dan untuk pengesahan lanjut.

  • shahira says:

    macam mana pula dengan syarikat yang meminta pekerja untuk membayar ganti rugi? akibat lampu belakang kereta syarikat pecah akibat kecuaian kereta lain langgar ketika itu pekerja tiada waktu kejadian dan kereta yang langar kereta syarikat telah larikan diri ketika itu, bekerja sedang bekerja di tapak.

    • Zahin Byond says:

      Sebarang aset milik syarikat yang diamanahkan kepada pekerja adalah tanggungjawab pekerja itu sendiri. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan dan rujuk semula polisi syarikat berkaitan masalah seperti ini.

  • Sathyananten says:

    Majikan boleh potong gaji saye katenya ponteng kerja ????kalau annual leave tak ada boleh majikan kate apsent potong 1 rm50 ???minta tolong jelaskan ??majikan saye potong gaji saye setiap bulan dan mc kerajaan pun kira tak accept…saye kerja ankat berat kadang keja 20wg saye buat seowg minta owg pun tak kasi kadang badan penat saye tak dapat naek keja……please help me thanks for helping people in trouble….

    • Zahin Byond says:

      Setiap permohonan cuti perlu dimaklumkan kepada majikan dan MC perlu disertakan MC slip yang sah daripada doktor berdaftar. Untuk klinik yang diterima, boleh rujuk dalam polisi syarikat di mana klinik yang diterima/panel syarikat. Ketidakhadiran tanpa sebab boleh dikira absent.

  • Daniel says:

    Bole saya bertanya, saya keje fnb, saya selalu dpt staff meal makanan dan minuman, tpi baru-baru ni staff meal air saya kena cut dri majikan, majikan kata bawa air dari rumah tk pun beli dkt luar, tpi tiada penambahan elaun, bole ke saya buat aduan mcm tu? Sebb kos modal dari gaji tk setimpal

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes seperti ini dinasihatkan untuk rujuk semula kepada HR dan polisi syarikat kerana elaun yang diberikan bergantung kepada polisi yang diamalkan.

      • Security says:

        Tuan.boleh ke majikan memotong gaji double waktu cuti umum.dan jika cuti umum bertindih gaji saya dipotong 4x ganda.senang cerita kalau kerja waktu public gaji double,kalau cuti waktu public gaji kena potong double juga

        • Zahin Byond says:

          Tidak boleh. Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sesuka hati tanpa sebarang sebab melainkan seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja.

          • Nurul says:

            Majikan sy potong gaji double kalau ambil cuti Sabtu, Ahad dn public holiday, alasannya hr itu adalah hr sibuk, berkerja di Spa dan Salon

          • Zahin Byond says:

            Majikan tidak boleh potong gaji pekerja sesuka hati, perkara ini telah ditetapkan dalam Akta Kerja. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan dan HR.

  • Fatihah says:

    Hi, bagaimana jika staff berhenti 24 jam short notice dengan hanya bekerja 7 hari bagi bulan baru. Staff setuju untuk memotong idemniti ganti notis dari bayaran gaji bulan semasa dengan menolak amount commission yang staff layak dapat pada bulan semasa? Adakah syarikat boleh menolak dari komisen tersebut? dan jika terdapat lebihan komisen adakah majikan masih perlu membuat pembayaran lebihan komisen seperti biasa?

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes seperti ini majikan boleh memotong indemniti ganti notis, dan lebih daripada selepas penolakan yang sewajarnya perlu dibayar kepada pekerja pada hari terakhir mereka bekerja.

  • Nantakumar says:

    Adakah majikan ada hak untuk memotong gaji perkerja sebab mendapat saman

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang potongan kepada gaji pekerja selain daripada caruman wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.

  • SYA says:

    bagaimana dengan lewat datang kerja? klu sy faham dari komen2 sedia ada, xdibenarkan tolak. jd apa cara lain selain tolak gaji. majikan dan pekerja sudah setuju untuk tolak gaji kalau lewat/balik awal. polisi syarikat gaji akan ditolak kalau lewat dan pekerja juga tiada masalah untuk ditolak gaji. surat amaran juga bukan tiket untuk majikan buang pekerja kan? jadi apa solution lain? klu boleh en/puan share..mmg pekerja sendiri pilih untuk lewat. klu xtolak gaji, tgh hari la baru dtg kerja

    • Zahin Byond says:

      Benar, majikan tidak boleh menolak gaji atau membuang pekerja sesuka hati. Di sini tindakan disiplin boleh dikenakan kepada pekerja dan sekiranya pekerja masih gagal untuk memperbaiki diri, maka tindakan yang lebih keras boleh diambil atau mengenakan VSS untuk pemberhentian pekerja.

      • Indah says:

        Sekiranya majikan cuma membayar jam kerja yang sepatutnya sahaja, adakah dikira majikan memotong gaji pekerja? Contohnya pekerja sepatutnya bekerja 8 jam tetapi pekerja lewat tiba di tempat kerja selama 30 minit, boleh kah majikan membayar gaji setakat 7jam 30 minit sahaja?

        • Zahin Byond says:

          Tidak boleh. Tetapi perlu difahamkan bahawa jika pekerja bekerja tidak cukup bulan seperti mengambil cuti tanpa gaji maka majikan dibenarkan untuk membayar gaji untuk jumlah hari pekerja bekerja sahaja.

  • Zam says:

    Bolehkah pihak majikan menukarkan daripada sistem O.T kepada komisyen secara paksa tanpa persetujuan daripada pihak pekerja?

    • Zahin Byond says:

      Di sini perlu difahamkan bahawa bayaran OT dan komisen adalah perkara berbeza. Dan sebarang pertukaran polisi yang dibuat mesti mendapat persetujuan dari pihak majikan dan pekerja bersama. Tindakan yang menukar polisi secara paksaan atau tanpa persetujuan boleh dikenakan tindakan.

      • Eddy says:

        Macam mana kalau majikan inform kene buat covid test bila dah ambil mc dan covid test kid pekerja kene beli sendiri adakah majikan layak untuk buat potongan gaji jika staf gagal buat test covid walaupon kita mc bukan sebab demam kene buat covid test

        • Zahin Byond says:

          Tidak boleh. Majikan tidak boleh sama sekali menolak gaji pekerja sesuka hati selain untuk potongan wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.

  • Momo says:

    Selamat malam.
    Jikalau target sale bulanan tak sampai, boleh kah majikan tolak gaji pekerja?
    Majikan minta pekerja tandatangan persetujuan tolak gaji. Kalau tak tandatangan, pilihan kedua mesti resign. Tapi kalau sales target sampai, gaji akan naik asal semula dan jika sales target tidak tercapai gaji akan tolak dan begitulah setiap bulan.

    • Zahin Byond says:

      Tidak boleh. Majikan tidak boleh mengurangkan atau memotong gaji pekerja sesuka hati selain untuk potongan wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja.

  • Aeein says:

    Selamat malam. Bagaimana kalau majikan memotong gaji hanya kerana tersalah order lens (kerja bhgian cermin mata) atau reorder lens. Bukan kecuaian tetapi penukaran power lens sahaja. Adakah majikan dibenarkan memotong gaji pekerja dan meminta pekerja tgung kos trsebut?

    • Zahin Byond says:

      Jika diikutkan pada Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh buat sebarang potongan pada gaji pekerja selain daripada potongan wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Untuk kes seperti ini biasanya ganti rugi yang diambil daripada gaji pekerja mesti mendapatkan persetujuan bersama.

  • Danial says:

    Sekiranya majikan menutup akaun gaji dengan alasan pekerja telah menutupnya. Namun,pekerja masih lagi bekerja dan tidak menutup akaun gaji.

    Pemberian gaji secara manual buat sementara waktu. Sedangkan,pergi ke syarikat bank. Bank berkata masih open dan tak tutup.

    Adakah ini satu kesilapan atau kes kes yang melibatkan seperti penganiayaan. Wajarkah seorang pekerja mengenakan tindakan ke atas syarikat?

    • Zahin Byond says:

      Ia tidak dibolehkan. Menurut Akta Kerja majikan perlu membayar gaji pekerja melalui institusi kewangan yang sah malainkan jika terdapat persetujuan bersama diantara pekerja.

  • Ad says:

    Sekiranya pekerja tidak cukup sebulan bekerja untuk bulan Ogos, hanya 13 hari bekerja sebelum resign, perlukah syarikat mencarum KWSP dan SOCSO untuk gaji bulan itu?

    • Zahin Byond says:

      Perlu. Caruman akan dibuat untuk 13 hari bekerja tersebut pada kadar sama seperti 30% pekerja dan 70% majikan. Untuk sebarang rujukan lanjut dinasihatkan untuk layari laman rasmi KWSP.

      • adydaud says:

        salam.. saya pekerja bergaji bulan, baru² syarikat mengalami masalah sedikt, majikan mahu mengurangkan bebanan kewangan, bolehkan majikan menukar gaji saya dari bulanan kpd gaji harian dan lebih kurang dari gaji saya yang sekarang ini. tq

    • Khairul says:

      Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan taman. Gaji saya dibayar oleh persatuan taman. Sekiranya saya sakit masuk wad hospital boleh ke pihak persatuan membuat pemotongan gaji masa saya masuk wad. Dalam surat kontrak takder tulis pun kene potong gaji kalau cuti sakit. Dalam surat kontrak hanya memberitahu kalau MC mesti besertakan surat. Mohon penjelasan

  • Masleza says:

    Salam. Dakah majikan perlu membayar socso sekiranya Pekerja belum disahkan jawatan

    • Zahin Byond says:

      Perlu. Pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan perlu membayar caruman wajib termasuk KWSP, PERKESO dan SIP.

  • Basyirah says:

    Salam, nak tanya kalau majikan tolak gaji pekerja dan majikan dah bagi memo untuk penolakan gaji jika pekerja datang lambat itu dibenarkan ke?

  • Fakri hakimi says:

    Tumpang tanya,boleh kah majikan potong gaji pekerja tanpa surat / notis akibat gantirugi pada pihak ketiga.. kenderaan yang dipandu terlanggar pintu kedai pelanggan,pelanggan claim gantirugi & gantirugi itu dipotong gaji atas pekerja yang memandu van tersebut.. pihak majikan pula tidak memaklumkan jumlah yang ditolak dari gaji saya setiap bulan apabila ditanya melalui mesej.. pada penyata gaji cuma ditulis gaji pendahuluan… Adakah cara majikan ini mengikut undang2,atau saya yang tertindas dalam kesempitan?

    • Zahin Byond says:

      Sebarang potongan selain daripada potongan sah seperti caruman tidak boleh dibuat oleh majikan tanpa mendapat kebenaran pekerja dan kelulusan Ketua Pengarah.

  • Noor hadijah says:

    Saya mushkil dgn bos sye.dia ckp dia akan tolak lewat datang kita ke annual leave,tp setiap lewat dia tolak gaji kita mngikut jam kita bekerja .ada pencerahan x untuk saya faham..boleh ke bos tolak annual leave kita dgn alasan kita dtng lambat

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh tolak gaji atau faedah yang menjadi hak pekerja seperti cuti sesuka hati. Dinasihatkan untuk membuat aduan ke saluran yang betul.

  • ate says:

    Assalamu’alaikum..

    boleh ke bos mengenakan denda kerana lewat masuk meeting? setiap minit kelewatan dikenakan rm1. Duit denda dikumpul dan tidak digunakan utk jabatan tersebut.

    Adakah dibolehkan mengenakan denda macam tu?

  • Macam mana pula dengan contoh ice cream rosak then dia ckp potong gaji tapi ice cream tu kena return…? And gaji pkerja kena tolak lepas dh bhnti kerja

  • Bibi says:

    Boleh saya tahu jika tahun lepas saya terlebih mengunakan Annual leave tetapi pihak HR tidak memaklumkan kepada saya bahawa saya telah mengunakan AL dan tahun ini saya menghantar surat perletakan jawatan .. Hri ini pihak HR baru memberitahu saya tahun lepas terdapat beberapa hari cuti tak berbayar dan ingin menolak gaji saya pada bulan akhir saya berkerja di syarikat mereka ? Adakah syarikat boleh buat macam tu kat pekerja ?

  • Muhammad says:

    Saya ditawarkan kontrak percubaan selama 3 bulan (Jun-Ogos 2024) dengan 2200MYR bersama 3 orang staf lain dengan jawatan & skop kerja yang sama, apabila tamat kontrak selepas 3 bulan;

    1. Syarikat lewat mengeluarkan Surat Penyambungan Perkhidmatan selama 9 hari, manakala ada staf di cawangan lain yang hanya menerima tawaran baharu selepas 1 bulan. Namun, gaji tetap dibayar oleh pihak syarikat. Adakah ini dibenarkan dalam akta untuk lewat memberikan Surat Penyambungan Perkhidmatan pada waktu yang sama, pekerja masih bekerja tanpa kontrak baharu?

    2. Selepas tempoh percubaan 3 bulan pertama, saya ditawarkan Penyambungan Perkhidmatan selama 6 bulan tetapi dengan gaji yang lebih rendah iaitu 1900MYR atas alasan HR (yang telah berhenti) tersilap memberi kontrak 3 bulan percubaaan dengan gaji 2200MYR kepada saya. Jika saya tidak bersetuju diturunkan gaji, maka saya hanya diberi pilihan untuk tidak menerima tawaran penyambungan kontrak tersebut (walaupun prestasi pasukan kami sangat memberansangkan berbanding cawangan lain. Setakat yang saya tahu, syarikat mahu rendahkan kos cawangan jadi mereka gunakan alasan bahawa saya baru sahaja bergraduasi pada bulan 11, 2023. Walhal, ini juga bukan pekerjaan pertama saya). Apakah tindakan mereka dibenarkan dalam akta & apa tindakan yang sewajarnya saya perlu lakukan bagi memastikan saya kekal menerima gaji yang lama?’

    Terima kasih, MySyarikat.

  • Saiful says:

    Kalau company shutdown selama seminggu, last minit baru bagi tahu, situasinya seperti raya cina 3 hari, tak tolak AL, tiba2 boss nak tutup lagi seminggu. Adakah company berhak tolak cuti tahunan pekerja ?

  • MUHAMMAD IDRIS BIN AZIAN says:

    Assalamualaikum Sya nak tanya..kalau slip gaji dah dapat untuk bulan Ogos dan dah tau gaji berapa total smua dan dibayar pada tarikh setiap 15 haribulan.. dan pada masa yang sama berenti kerja 24 jam pada tarikh 16 September bulan 9 atas alasan masalah yg tidak dapat dielak kn dan majikan pown sudah di beritahu akan masalah tersebut ..tpi majikan xbayar gaji pekerja untuk bulan 8 atas alasan berenti kerja 24 pada tarikh 16 September bulan 9…boleh ke cik…

  • Amarzaim says:

    salam, saya ada pertanyaan, sekiranya majikan menolak/mengurangkan allowance selepas tamat tempoh percubaan (probation) , adakah dibenarkan ? sedangkan semasa hari pertama bekerja majikan telah memberi offer letter yang jelas tertera soal gaji serta allowance. Sekiranya dibenarkan, apakah fungsi offer letter tersebut? adakah hanya digunapakai semasa tempoh probation sahaja?

    • Zahin Byond says:

      Di sini majikan tidak boleh menolak gaji tetapi sebarang pemberian elaun adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata. Ini bermakna pemberian elaun boleh dikurangkan atau ditambag oleh majikan mengikut polisi syarikat. Offer letter pula adalah surat makluman penawaran kerja, sesetangah syarikat mungkin tawarkan offer letter sekali dengan kontrak kerja tetapi sesetengahnya tidak.

  • Nurr says:

    Salam, boleh ke majikan potong gaji pekerja atas alasan “tolak waktu rehat” sedangkan tidak ada kontrak/pemakluman/persetujuan dari awal masuk kerja. Contohnya, kerja fnb, dimaklumkan bekerja 8jam, tiada waktu rehat ditetapkan, tpi 1jam gaji diolak sbb kira rehat??

    • Zahin Byond says:

      Tidak boleh, majikan tidak boleh potong gaji selain daripada yang ditetapkan akta. Sekiranya pekerja bekerja mengikut jam baru gaji boleh dibayar ikut jam.

  • Farhanah says:

    Salam, saya ada pertanyaan. Jika seorang pekerja telah berada dalam tempoh notis berhenti, boleh ke majikan potong gaji sekiranya terdapat tugasan kerja yang diberikan tidak dapat dilengkapkan sebelum tarikh akhir berhenti?

  • Zie says:

    Assalamualaikum, boleh ke majikan tolak gaji.atas perintah mahkamah. dan pekerja tidak setuju atas hal tersebut kerana sukar untuk mengawal kewangan jika terjadi apa-apa hal kecemasan

  • Tika says:

    Salam, beberapa bulan yang lepas saya dapat kenaikan gaji tetapi bos saya tidak mahu tambahan gaji dimasukkan ke basic salary malah di memaksa untuk meletakkan tambahan gaji itu di bawah “travel elaun” tanpa kerelaan saya sebagai pekerja dan tuntutan kerja saya hanya lah berada di office. jadi caruman epf,socso&eis ditolak mengikut basic salary tanpa elaun itu. boleh ke majikan memaksa buat demikian?

    • Zahin Byond says:

      Kenaikan gaji dan jumlah kenaikan adalah berdasarkan budi bicara syarikat. Tiada dalam akta berkaitan dengan kenaikan gaji. Boleh rujuk kepada surat kenaikan terbabit. Jika surat terbabit menyatakan pertambahan gaji dalam bentuk elaun perjalanan, ianya tidak menjadi masalah. Elaun perjalanan tidak perlu dicarum. Dapatkan keterangan lanjut dari HR dan boleh berbincang mengenai isu terbabit.

  • nizam says:

    Hi, bolehkah saya mendapat penjelasan lanjut berkenaan potongan pinjaman bank melalui gaji dan dinyatakan di dalam slip gaji? adakah dibenarkan?

    jika dibenarkan, bolehkah melebihi 50%?

    • Zahin Byond says:

      Ya, potongan gaji untuk pinjaman bank adalah dibenarkan selagi ianya dibuat dengan persetujuan pekerja. Potongan ini haruslah dinamakan dan dijelaskan secara terang dalam slip gaji.

      Mengikut Seksyen 24(8) Akta Kerja 1955, jumlah keseluruhan potongan gaji, termasuk pinjaman bank dan lain-lain potongan (seperti caruman KWSP, SOCSO, cukai pendapatan, dan lain-lain) tidak boleh melebihi 50% daripada gaji bersih pekerja.

  • Dianawilliam says:

    contoh dalam situasi orang terdekat saya, gaji dia dipotong atas dasar petty cash. Adakah pekara itu patut dilakukan atau bagaimana? Kenyataan Petty cash itu sudah dilalui oleh beliau sepanjang 3 bulan ? Adakah perlu beliau dipotong gaji dengan serta merta? dengan ketiadaan gaji beliau selama 3 bulan ini

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh membuat potongan gaji sesuka hati tanpa persetujuan pekerja atau untuk tujuan caruman wajib. Dalam kes khas majikan boleh buat potongan jika terlebih bayar tetapi dengan persetujuan pekerja. Untuk kes ini dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan dan pegawai HR.

  • adam says:

    syarikat kami keluarkan notis shutdown setiap hari khamis..setiap minggu akan ada 1 hari shutdown..dan gaji pekerja akan ditolak pada hari shutdown tersebut..majikan juga mengeluarkan surat dan minta staff tandatangan..
    perkara ini sudah berlanjutan sehingga 1 tahun..
    adakah majikan dibenarkan buat macam tu ?adakah pekerja boleh buat aduan ke pejabat buruh..

  • amir says:

    saya nk brtanye klu pada hari tu kita Bekerja..Dan tiba2 kita dpt pngglan kecemasan..pada esok nye majikan kata kena tolak 1/2hari gaji..boleh ke.?

  • Syikin says:

    resignation notice ikut kontrak 2 bulan, tapi staff bagi notis 2 minggu. company nak tuntut 2 bulan in lieu tersebut. boleh ke company tolak sebulan gaji terakhir staff & tuntut lebihan sebulan tu

    • Zahin Byond says:

      Boleh. Ganti rugi notis perlu dibayar oleh pekerja jika tidak mahu lalui tempoh notis. Sekirannya pekerja tidak membayar maka ia boleh ditolak dari gaji akhir pekerja.

  • Saiful says:

    Jika pekerja ada mengambil advance RM dari majikan, utk kegunaan emergency, boleh di tolak gaji ?

  • Azries says:

    Boleh kah majikan potong gaji kerana tersalah key-in tarikh cuti di dalam sistem?

  • Lydriccia says:

    Bolehkah majikan memotong gaji dan elaun dan unpaid leave tanpa memaklumkan pekerja?

  • Mohamad Faris Bin Yazit says:

    Salam Tuan, sy nak tnya boleh ke majikan letak UL atas sebab sy masuk halfday kerja? Sblm sy msuk kerja sy ada bg reason sy masuk half day…tambahan lg sy masih ada AL…
    Soalan yg kedua boleh ke majikan saman/tolak gaji sewenang” nya atas alasan tak mengikut arahan…

  • Nur Aliah says:

    Seminggu 45jam kerja. Saya kerja kurang 45jam. Boleh ke majikan potong hour OT dan cover dkt minggu yg kurang 45jam ? Saya ada AL dalam minggu tu..Terima kasih

  • ali says:

    Saya baru bermula bekerja, setelah seminggu bekerja saya tidak sihat. Pergi ke klinik utk dapatkan MC & Slip MC untuk dijadikan bukti tidak hadir bekerja. Syarikat telah memotong gaji saya disebabkan MC sebelum diconfirkan menjadi staff tetap. Adakah boleh syarikat berbuat begitu?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja menetapkan cuti sakit adalah hak pekerja tanpa mengira status sama ada pekerja tetap atau percubaan, malah MC merupakan cuti berbayar. Jadi di sini majikan tidak boleh membuat sebarang potongan untuk cuti tersebut. Akta Kerja juga menetapkan bahawa majikan tidak boleh membuat sebarang potongan pada gaji pekerja melainkan untuk caruman wajib yang dibenarkan undang-undang.

      • Rozaifulrizam Bin rozizan says:

        Selamat Petang En,Sy MC 3 hari…gaji pokok sy rm 1500 dan elaun rm 2500,MC 3 hari dipotong dekat elaun…Gaji pokok tidak dipotong…adakah majikan boleh potong elaun sy dan atas sekysen apa….Tq En

        • Zahin Byond says:

          MC merupakan cuti berbayar jadi majikan tidak boleh menolak gaji pekerja yang ambil MC. Bagi elaun pula ia adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata maka majikan boleh menariknya balik sekiranya ada dinyatakan dalam kontrak.

  • Nazira says:

    Adakah last salary of employment dikira secara purata dari gaji basic atau perlu diberi full basic salary untuk bulan akhir bekerja?

  • Hr says:

    Salam. Boleh ke majikan tolak gaji sekiranya kiraan tahunan MC pekeja dah abis.. contoh: setiap pekerja diberi 18hari dlm setahun, tapi belum ckup setahun 18hari itu dah abis. Dan pekeja ada cuti mc. Boleh ka majikan tolak di gaji? Kalau tidak boleh, mengapa ka akta bagi purata tahunan begitu? Kalau tidak boleh tolak gaji, tak usah letak peraturan begitu..

    • Zahin Byond says:

      Berkemungkinan pekerja tidak layak mendapat cuti tahunan lagi jadi apabila MC walaupun sudah habis kouta, majikan anggap ia sebagai cuti tanpa gaji. Dinasihatkan berbincang dengan majikan untuk tentukan sebab sebenar.

  • nazrin says:

    kalau juruwang.bila tiba masa gaji, tiba² ada potongan yang pekerja tak tahu,di payslip cuma tulis “shortnes dan jumlah sahaja.bila tanya pengurusan dorang cakap ada barang jualan yg hilang tapi tak maklum pada hari kehilangan.tiada list brg yang hilang untuk pekerja tengok

  • teguh says:

    salam satu malaysia…

    bolehkah majikan mengenakan denda memotong gaji pekerja disebabkan ketidakpatuhan peraturan syarikat seperti kegagalan memakai PPE, memandu laju dan sebagainya bagi tujuan mendisiplankan pekerja.?

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sesuka hati melainkan untuk potongan wajib seperti dinyatakan dalam Akta Kerja. Bagi mendisiplinkan pekerja, majikan boleh kenakan tindakan disiplin lain seperti memberi surat amaran tetapi tidak boleh memotong gaji.

  • AfiqZukri says:

    Bagaimana kalau majikan memotong gaji pekerja disebabkan lewat. Punca kelewatan adalah disebabkan oleh cuaca hujan. Adakah potongan tersebut dibenarkan ataupun salah dari segi undang-undang?

  • Shalin says:

    company suruh kita sign surat penolakan gaji. dekat situ ada statement dibolehkan menolak gaji untuk sebarang kehilangan barang/kekurangan duit cashier. boleh ke macamtu?

  • sofea says:

    Assalamualaikum maaf tuan saya nak bertanya..kalau dalam tempoh percubaan selama tiga bulan saya ada ambil cuti boleh ka gaji saya dipotong dan tidak mendapat anual leave sehingga hujung tahun?
    mohon jawab soalan saya..

  • Hafiz zainal says:

    Salam tuan sy hendak bertanya sebelum meneruskan aduan ke pihak berwajib.soalan saya :-
    1) gaji sy telah dipotong mengikut hari iaitu setiap hari sabtu disebabkan majikan kata tiada job atau kontrak pada hujung tahun.
    2) majikan telah menyuruh saya mgambil lesen GDL dan telah memotong gaji saya untuk lesen tersebut tanpa persetujuan saya.
    3) majikan juga telah menghantar sy ke program niosh dan juga telah di potong untuk kos ke program itu pada gaji akhir sy.
    4) majikan juga telah memotong gaji sy untuk uniform dan jaket yg telah di sediakan.
    Kesemua potongan ini dr no 2-4 ditolak atas alasan benefit syarikat.
    Situasi sy telah bekerja selama 6 bulan di syarikat ni dan baru di beri potongan kwsp selama dua bulan dan sy telah menghantar notis berhenti kerja…pemotongan ini dilakukan pada semua gaji akhir saya.. maaf kalau terlalu panjang..dan terima kasih pendahuluan di atas sebarang komen atau cadangan dr pihak tuan.

  • Syafiq says:

    Hi, saya nak tanya. Bulan 9 baru ni gaji masuk dua kali. bila minta payslip dekat hr, dia bagi bluetick saja. Baru ni hr kata akan ada penolakan gaji kerana bulan 9 masuk dua kali. Mohon pendapat tuan / puan

  • Mohamad HAKIM says:

    Salam cik
    Majikan saya paksa sign surat tolak gaji boleh ke

  • Afiq says:

    Salam, tumpang tanya sikit. Saya minta payslip dekat hr di whatsapp tapi beliau selalu bagi bluetick saja. 8 bulan dah payslip dia belum bagi, epf pon tidak masuk. Dari gaji yg saya terima seperti sudah tolak epf. Minta pendapat tuan

    • Zahin Byond says:

      Majikan wajib untuk keluarkan slip gaji. Bagi kes potongan epf ini boleh check pada app i-Akaun, dan jika didapati majikan tidak mencarum boleh buat laporan ke JTK ya.

      • Maya says:

        Salam encik. Mohon nasihat.

        Saya telah bekerja di sebuah syarikat selama 18 thn. Dalam tempoh itu saya telah di transfer dlm bbrp department. Gaji saya tiada masalah.

        Baru2 ini syarikat membuat penstrukturan semula dan saya diberi pilihan utk jawatan yg lebih rendah dan gaji yg rendah dari sebelum ni. Adakah tindakan majikan ini betul kerana jawatan ditawarkan adalah skop baru kerja dan disamping itu ada juga yg lama.

        Paras gaji pula menurut HR adalah ceiling rate mengikut market value utk jawatan tersebut.

        Adakah adil? Boleh kah aduan dibuat.

        Saya belum menandatangani surat persetujuan tersebut. Saya percaya mereka tidak mengeluarkan saya dari syarikat kerana perlu membayar wang pampasan yg tinggi jika ia berlaku.

        • Zahin Byond says:

          Jika dirasakan tindakan majikan tersebut adalah satu bentuk pemecatan konstruktif, boleh buat aduan. Tetapi dinasihatkan untuk berbincang dahulu dengan majikan dan mengenal pasti punca atau masalah yang dihadapi syarikat terlebih dulu ya.

  • Khairul says:

    Assalamualaikum..

    Majikan berhajat untuk memeotong gaji pekerja pada tahun 2025 dengan melakukan perkara seperti ini..

    seminggu bekerja 4 hari (isnin – khamis) dan hari jumaat company shutdown dengan memotong haji pekerja 25% (from daily salary).
    bermaksud sebulan, gaji pekerja akan dipotong sebanyak 1 hari gaji (25% x 4 kali jumaat).

    jika majikan mengeluarkan surat untuk mendapatkan persetujuan pekerja, tetapi pekerja tidak bersetuju,

    1)adakah majikan layak juga untuk memotong gaji pekerja?

    2) adakah perkeja yang tidak bersetuju tersebut perlu masuk kerja pada hari jumaat tersebut ?

    Tolong sharekan pendapat tuan berdasarkan law. Terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Tak boleh potong gaji pekerja walau syarikat tutup. Perlu dapatkan surat daripada JTK jika syarikat tak dapat beroperasi dan beri kesan kepada pekerja ya.

      • Khairul says:

        Terima kasih atas reply tuan.

        Surat dari JTK tu bermaksud, pihak majikan perlu mendapatkan surat dari JTK sekiranya masih hendak teruskan pemotongan gaji pekerja?

        dan adakah lawa utk tidak membernarkan potongan gaji ni kepada semua tangga gaji? or hanya mereka yang gaji below dari certain amount ?

  • AIN says:

    SALAM TUAN,

    ADAKAH MAJIKAN BOLEH MEMOTONG GAJI PEKERJA SEKIRANYA PEKERJA TIDAK MENGHADIRKAN DIRI KE ANNUAL DINNER??

  • Alissa says:

    Bekerja di syarikat Sdn Bhd. Selepas tamat probation period, gaji saya dipotong sebanyak RM200 atas alasan perfomance saya tidak memuaskan walhal training yang digembar gemburkan hanya diberi 2 kali. Bolehkah majikan memotong gaji saya selepas probation period walaupun dalam offer letter tidak dinyatakan yang gaji saya akan dipotong jika performance saya tidak memuaskan? Offer letter bertulis “upon confirmation of employment, your salary will be revised to RM4000 per month.”

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sesuka hati walaupun untuk alasan prestasi kerja. Sebaliknya, majikan hanya boleh mengurangkan pemberian seperti elaun atau bonus yang diberikan berdasarkan polisi syarikat sahaja ya.

Leave a Reply