Skip to main content

Setiap pekerja pasti pernah lalui tempoh percubaan (probation period) semasa mula-mula menyertai syarikat. Ia merupakan amalan kebiasaan banyak syarikat di Malaysia dan seluruh dunia setiap kali mengambil pekerja baru.

Namun, mungkin ramai tidak meyedari bahawa pekerja probation boleh ditamatkan perkhidmatannya pada akhir tempoh percubaan oleh majikan jika pekerja didapati gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan dan mencapai sasaran ditetapkan syarikat.

Status Pekerja Probation

Pada asasnya tempoh probation merupakan waktu suai kenal diantara majikan dan pekerja yang baru sahaja menyertai syarikat. Bergantung kepada polisi sesebuah syarikat tempoh waktu untuk probation boleh jadi 3 bulan atau sehingga 6 bulan.

Tetapi standard kebanyakan syarikat di Malaysia akan menetapkan tempoh probation kepada pekerja baru selama 3 bulan, dan boleh dilanjutkan ke 4 bulan jika prestasi pekerja gagal untuk mencapai jangkaan yang ditetapkan.

Jika dilihat di sini sebenarnya majikan memiliki hak untuk melanjutkan ataupun mengurangkan tempoh probation pekerja berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Mudah kata majikan ada hak untuk tentukan status probation pekerja.

Hal ini kerana apabila dilihat dalam Akta Kerja 1955 ia tidak menyatakan sebarang perkara melibatkan tempoh probation. Sebaliknya, buku perundangan kerja negara tersebut hanya menyebut tentang pekerja atau kontrak perantisan sahaja.

Hak Pekerja Probation

Sungguhpun istilah probation tidak dinyatakan pada mana-mana seksyen di dalam Akta Kerja 1955, ini tidak bermakna hak pekerja diabaikan dan majikan boleh membuat sebarang keputusan tanpa merujuk undang-undang begitu sahaja.

Perlu difahamkan bahawa amalan tempoh probation merupakan polisi syarikat semata-mata, tetapi status pekerja yang diambil bekerja kekal sama. Maksudnya di sini pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan tanpa mengira status berhak dapatkan segala faedah ditawarkan oleh Akta Kerja 1955.

Mudah kata pekerja walaupun dalam tempoh probation masih layak untuk,

  • Perlu dibayar gaji penuh sama seperti pekerja lain
  • Layak menerima faedah caruman wajib KWSP/PERKESO/SIP
  • Layak menerima faedah cuti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955
  • Perlu menghantar notis penamatan kerja mengikut tempoh ditetapkan Akta Kerja 1955

Hak Majikan Terminate Pekerja Probation

Seperti dijelaskan di atas tempoh probation diwujudkan bagi membolehkan kedua-dua pihak antara pekerja dan majikan mencari kesesuaian. Ia juga boleh menjadi sebuah tempoh penilaian prestasi oleh majikan terhadap pekerja.

Dalam kes membuang atau memecat atau menamatkan perkhidmatan (terminate) pekerja probation ini, ia sebenarnya bergantung kepada penilaian prestasi pekerja dan peluang penambahbaikan (improvement) yang diberikan majikan.

Hal ini kerana ia merujuk semula kepada status pekerja itu sendiri di mana menurut Akta Kerja 1955, Seksyen 14 ada bahawa majikan tidak boleh membuang pekerja sesuka hati melain atas sebab-sebab khas seperti,

“Salah laku (misconduct) yang berlawanan dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat.”

Maka, jelas di sini bahawa tanpa mengira status probation atau tidak majikan sebenarnya tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja sesuka tanpa ada alasan yang kukuh. Jika tidak pembuang tersebut akan dianggap pemecatan tidak adil.

Antara prosedur yang membolehkan seorang majikan membuang pekerja, terutamanya semasa dalam tempoh probation adalah seperti berikut:

  1. Majikan perlu bagi latihan atau peluang yang mencukupi kepada pekerja menambah baik prestasi kerja mereka
  2. Majikan perlu mendokumentasikan segala peluang termasuk menyimpan surat amaran serta show cause letter pekerja 
  3. Majikan perlu kemukakan bukti prestasi pekerja yang tidak memuaskan melalui proses penilaian (evaluation) sepanjang tempoh probation pekerja
  4. Majikan boleh tamatkan perkhidmatan pekerja jika peluang diberikan gagal untuk dimanfaatkan pekerja

Kesimpulannya, kedua-dua pihak majikan dan pekerja perlu mengambil tahu bahawa penamatan perkhidmatan ini bukan boleh dibuat sesuka hati walaupun semasa dalam tempoh probation.

Oleh itu, majikan perlu ambil maklum bahawa tempoh probation yang singkat itu adalah satu ruang untuk menilai prestasi kerja pekerja, dan pekerja juga perlu faham sebab mengapa majikan berhak untuk lanjutkan tempoh probation jika prestasi tidak mencapai standard.

Tingkatkan Kepuasan Pekerja Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan pengurusan dan tingkatkan pegalaman pekerjaan syarikat? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

Leave a Reply