Skip to main content

Secara umumnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), Pertubuhan Keselamatan Social (SOCSO) dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) adalah sebahagian daripada caruman wajib yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.

Oleh itu, sejumlah kecil gaji yang anda terima akan dipotong dan dimasukkan ke EPF, SOCSO dan EIS. Namun berapa banyak yang akan dipotong? Adakah setiap caruman ini akan dipotong dalam jumlah yang sama?

Artikel ini akan menerangkan cara mengira kadar potongan EPF, SOCSO dan EIS yang betul berdasarkan jadual caruman yang dikeluarkan sendiri oleh pihak KWSP dan PERKESO.

Apa Itu Caruman KWSP?

EPF merupakan dana persaraan di Malaysia yang membantu ahlinya mencapai persaraan yang selesa. Visi utamanya adalah untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik dan melindungi simpanan ahli.

Bagi pekerja yang bekerja dengan majikan, potongan akan dibuar daripada gaji mereka setiap bulan. Namun, pekerja yang bekerja sendiri masih boleh menyumbang secara sukarela kepada KWSP melalui Caruman Pilihan Sendiri.

Kadar Caruman KWSP

Kadar caruman EPF bagi pekerja adalah 11% sementara bagi majikan pula adalah 13%. Ini membawa jumlah keseluruhan kadar caruman EPF bulanan yang perlu dibuat adalah sebanyak 23%.

Untuk rujukan cara mengira kadar caruman EPF ini anda boleh rujuk pada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 di bawah.

Apa Itu PERKESO dan SIP?

PERKESO merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui skim-skim yang telah ditetapkan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja (1969) dan Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

EIS pula diperkenalkan PERKESO melalui skim bantuan kewangan yang membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga mereka mendapatkan pekerjaan baru. Ia juga menyediakan lanjutan perlindungan kebajikan dan membantu mencari pekerjaan melalui kaunseling karier dan bantuan pencarian pekerjaan.

Kadar Caruman SOCSO dan EIS

Untuk kira caruman SOCSO ini anda boleh rujuknya pada Jadual Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4) di bawah.

Bagi pengiraan kadar caruman EIS pula ia ditentukan kepada peratusan yang ditetapkan pada Akta 800, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 seperti di bawah.

Suka dimaklumkan bahawa syer caruman untuk EIS bagi pihak pekerja dan majikan adalah sama iaitu 0.2%.

Baca juga: Caruman EPF/SOCSO Wajib Ke Untuk Pekerja?

Kesimpulannya, tidak dinafikan caruman EPF, SOCSO dan EIS ini adalah wajib kepada semua pekerja bermajikan. Kegagalan membuat caruman ini boleh dikenakan denda atau dipenjara. Harapnya perkara ini tidak diambil mudah oleh mana-mana pihak!

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply