Sejak dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022, waktu kerja seminggu telah dihadkan kepada 45 jam sahaja, berbanding 48 jam sebelum ini. Walaupun ia bukan perkara baru, masih terdapat majikan yang gagal untuk menyesuaikan waktu kerja seminggu ini dalam operasi syarikat.
Jangan khuatir, artikel ini akan menerangkan cara terbaik untuk syarikat mengamalkan waktu kerja kurang daripada 45 jam seminggu dengan betul, serta memberi contoh situasi bagi syarikat yang mengamalkan waktu kerja 6 hari seminggu dan 5 hari seminggu di Malaysia.
Peraturan Waktu Kerja di Malaysia
Waktu kerja ditakrifkan sebagai tempoh masa di mana pekerja berada di bawah arahan majikan, dan pekerja itu tidak bebas untuk gunakan masa tersebut bagi tujuan peribadi, selain daripada perihal berkaitan tugasan kerja.
Dalam bahasa mudah, sepanjang waktu kerja tersebut, pekerja perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan untuk melakukan sebarang tugasan yang tidak berkaitan dengan tugasan hakiki yang ditetapkan dalam kontrak pekerjaan.
Perkara ini telah ditetapkan sendiri dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60A, yang menerangkan bahawa syarat waktu kerja bagi seseorang pekerja itu mestilah:
- Bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
- Dapat masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja.
- Tidak boleh bekerja melebihi tempoh masa 10 jam sehari.
- Tidak boleh bekerja melebihi tempoh 45 jam seminggu.
Jika majikan meminta pekerja untuk bekerja melebihi mana-mana syarat waktu kerja yang dinyatakan di atas, maka pekerja tersebut layak untuk menerima bayaran kerja lebih masa (OT).
Selain itu, pekerja juga layak mendapat cuti-cuti seperti Cuti Hari Rehat (Seksyen 59), Hari Kelepasan (Seksyen 60D), Cuti Tahunan (Seksyen 60E), Cuti Sakit (Seksyen 60F), Cuti Paterniti Lelaki (Seksyen 60FA) dan Cuti Bersalin Wanita (Seksyen 37).
Sebab Waktu Kerja 45 Seminggu Diperkenalkan
Sebagai makluman, tujuan pengenalan waktu kerja 45 jam seminggu ini diperkenalkan adalah untuk menyelaraskannya dengan cadangan Reduction of Work Recommendation, 1962 (No.116) yang telah dikeluarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa.
Ia merupakan piawaian antarabangsa yang diperkenalkan bagi memastikan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan (work-life balance) pekerja di seluruh dunia terjamin, dan memastikan tenaga kerja mendapat waktu rehat yang mencukupi.
Cara Melaksanakan Waktu Kerja 45 Jam Seminggu
Sebenarnya, melaksanakan waktu kerja 45 jam seminggu ini sangat mudah. Sama ada syarikat mengamalkan 6 hari bekerja seminggu atau 5 hari bekerja seminggu, ia masih tertakluk kepada penetapan waktu kerja ini.
Penting: Pengurangan waktu kerja kepada 45 jam seminggu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengurangkan gaji pekerja, kecuali jika dipersetujui bersama dalam kontrak baharu atau secara bertulis.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk melaksanakan waktu kerja 45 jam seminggu dengan betul dan berkesan.
- Waktu Balik Kerja Diawalkan
- Waktu Masuk Kerja Dilewatkan
- Kurangkan Waktu Kerja Dalam Mana-mana Hari Dalam Seminggu
Situasi Waktu Kerja 5 Hari Seminggu
Contohnya, syarikat mengamalkan polisi bekerja 5 hari seminggu. Ini adalah cadangan waktu kerja yang tidak melebihi 45 jam seminggu.
- Isnin: masuk 9 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
- Selasa: masuk 9 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
- Rabu: masuk 9 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
- Khamis: masuk 9 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
- Jumaat: masuk 9 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Dalam sehari pekerja akan bekerja 8 jam termasuk 1 jam waktu rehat, dan jumlah waktu kerja bagi minggu tersebut adalah tepat 45 jam, selaras dengan ketetapan undang-undang semasa.
Situasi Waktu Kerja 6 Hari Seminggu
Contohnya, syarikat mengamalkan polisi bekerja 6 hari seminggu. Ini adalah cadangan waktu kerja yang tidak melebihi 45 jam seminggu.
- Isnin: masuk 9 pagi dan keluar 5 petang
- Selasa: masuk 9 pagi dan keluar 5 petang
- Rabu: masuk 9 pagi dan keluar 5 petang
- Khamis: masuk 9 pagi dan keluar 5 petang
- Jumaat: masuk 9 pagi dan keluar 5 petang
- Sabtu: masuk 9 pagi dan keluar 2 petang
Dalam sehari pekerja akan bekerja 8 jam, sementara pada hari Sabtu pula hanya bekerja 5 jam dan jumlah untuk seminggu pula akan jadi 45 jam.
Baca juga: Apakah Waktu Kerja Normal Sehari Masih Lagi 8 Jam?
Kesimpulannya, waktu kerja 45 jam seminggu ini bukan mustahil untuk diamalkan. Majikan perlu ambil maklum tentang jam waktu kerja pekerja, dan pekerja juga perlu peka dengan hak mereka.
Perlu diingatkan, sekiranya pekerja diminta oleh majikan untuk bekerja melebihi waktu kerja yang ditetapkan, atau bekerja pada hari cuti, maka bayaran kerja lebih masa hendaklah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Hai encik saya nak tanya jika majikan tidak memberikan rest day pada hari public holiday.dan jika mahu rest day kena pada hari ditentukan dan tidak boleh reat day pada hari weekend seperti . Jumaat sbtu ahad.rbu. adakah ini salah. Saya sebagai manager tidak dibenarkn rest pada hari . Isnin rabu jumaat sabtu ahad. Sebelum ni saya rest day. Pada hari sabtu atau ahad. Tapi sekarang tidak buleh.
Buleh ke majikan melakukan begitu. Dan saya tidak boleh cuti pada hari public kecuali AL
Akta kerja tetapkan dalam seminggu bekerja perlu 1 hari cuti. Bagi pekerja shift majikan boleh tentukan hari rest day sekurang-kurangnya 1 hari dalam seminggu mengikut polisi ditetapkan. Sekirannya pekerja diminta bekerja pada hari cuti umum atau cuti rehat makan majikan perlu membayar pekerja itu pada kadar OT.
nak tanya, 45 hari dalam seminggu termasuk waktu rehat sekali ke?
Tidak.
Waktu kerja dari 9am – 5pm termasuk rehat 1 jam.
Jadi waktu bekerja sebenar sehari ialah 7 jam sahaja.
Bagaimana pengiraan OT?
Gaji / 26 hari / 8 jam
atau
Gaji / 26 hari / 7 jam
Pengiraan OT adalah mengikut lebihan jam bekerja selepas waktu kerja normal.
Sminggu 45 jam utk 6hri bkerja bmksud 5hri kerja 8 jam dan 1hri kerja 5 jam tetapi kalau dlm smggu ada 1 hari public holiday. Boss tetap sruh keje 45 jam mcm mana? Boss kata 5jam tu x valid sbb x cukup 45jam.
Jika majikan minta pekerja bekerja pada hari cuti umum maka pekerja layak mendapat bayaran OT.
Tahun lepas syarikat ada follow law ni, tapi tahun ni syarikat tarik balik 45 jam waktu kerja atas alasan internal. Boleh ke buat report dekat pejabat buruh?
Tidak boleh, Akta Kerja tetapkan waktu kerja seminggu mesti tidak lebih 45 jam.
Maknanye kami boleh buat laporan pada pejabat buruh tak tuan?
Boleh.
Pengiraan waktu berkerja 45jam dalam seminggu, adakah untuk pekerja yang berkerja di dalam pejabat sahaja? Bagaimana dengan cashier yang berkerja 6 hari iaitu hari isnin hingga hari sabtu waktu berkerja 8pagi hingga 5 petang kemudian ot 3jam setiap hari
( isnin-sabtu), Bagaimana Pengiraan Ot pada hari Sabtu sahaja sekiranya pekerja tersebut berkerja hingga 8mlm (12jam) adakah pengiraan OT 3 jam sahaja atau 6 jam?
OT pada hari bekerja (Sabtu) akan dikira 1.5 daripada gaji per jam.
Salam tuan..jika sy mula kerja 8pagi pulang 5.45..isnin hingga jumaat..adakah masih dlm 45jam waktu bekerja?
Jika mula bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang (anggaran waktu rehat 1 jam) selama 5 hari seminggu, ia adalah 45 jam. Lebih daripada itu pekerja layak menerima bayaran OT.
Macam mana pengiraan 8 jam sehari tu 45 jam? Bukan 40jam? Lagi 5 jam tu macam mana?
Boleh ke majikan buat on call 24 jam pada hari weekend, jika dah tetapkan 9pagi – 6 ptg hari (isnin – jumaat) ?
Pada hari on call, ada kalanya melebihi 5 jam.
Pengiraan 8 jam sehari adalah waktu kerja noraml, dan 45 jam adalah had waktu kerja seminggu. Di sini bermaksud dalam seminggu majikan tidak boleh paksa pekerja bekerja lebih 45 jam. Jika bekerja lebih daripada itu maka pekerja layak untuk mendapat bayaran OT.
Perlukah majikan membayar gaji rehat 5 jam sekiranya waktu bekerja mingguan adalah 45 jam (40 jam bekerja + 5 jam rehat)?
Isnin – masuk 8 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Selasa – masuk 8 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Rabu – masuk 8 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Khamis – masuk 8 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Jumaat – masuk 8 pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Waktu rehat merupakan sebahagian daripada penetapan dalam waktu kerja, Akta Kerja. Walaupun berehat pekerja masih layak mendapat gaji.
Syarikat saya mengamalkan waktu kerja yang sama seperti diatas. 8am hingga 6pm 5hari bekerja. Alasan majikan adalah 9jam waktu kerja hakiki dan 1 jam waktu rehat.
Maka 10jam kerja setiap hari.
Boleh kah pekerja membuat aduan di pejabat buruh kerana majikan memasukkan 1jam rehat ke dalam waktu bekerja?
Boleh saluran aduan ke Pejabat Buruh.
Di syarikat saya, waktu kerja adalah seperti berikut, adakah kami salah. Ianya jadi jumlah jam kerja 42.5 jam atau sebenarnya 47.5jam? adakah perlu membuat pembetulan waktu keja? Agak keliru waktu rehat perlu kira atau tidak dalam waktu bekerja
Isnin – masuk 8.30am pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Selasa – masuk 8.30am pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Rabu – masuk 8.30am pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Khamis – masuk 8.30am pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Jumaat – masuk 8.30am pagi dan keluar 6 petang (1 jam rehat)
Berdasarkan pengiraan ia adalah 42.5 jam seminggu kerana waktu rehat tidak dikira sebagai waktu bekerja.
baik…terima kasih
tuan, boleh kah syarikat menetapkan waktu bekerja dari jam 9.00 pagi – 5.30 petang (isnin – sabtu) oleh kerana syarikat kami menjalankan servis pembaikan kenderaan yang tidak sesuai untuk beroperasi separuh hari pada hari sabtu.
Berapakah jam waktu rehat? Adakah 1 jam setiap hari? Jika ya maka waktu kerja seminggu adalah 45 jam iaitu masih ikut Akta Kerja.