Masih ingat tak artikel kami mengenai jenis cuti yang berhak untuk pekerja? Dalam artikel tersebut, kami juga ada menyatakan beberapa frasa seperti cuti tahunan prorata dan sebagainya. Tetapi, anda tahu tak definisi cuti tahunan prorata tersebut?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan prorata membawa maksud (i) mengikut kadar; dan (ii) mengikut bahagian tertentu. Selain itu, prorata juga didefinisikan sebagai berkadaran. Jadi, ini bermaksud cuti tahunan prorata adalah cuti tahunan yang berkadar atau yang telah ditetapkan.
“Saya membuat permohonan cuti 5 hari tetapi tidak diluluskan atas alasan saya perlu mengikut cuti prorata. Boleh jelaskan?”

Dalam isu ini, besar kemungkinan cuti tahunan prorata yang ditetapkan adalah kurang dari tempoh permohonan cuti tersebut. Jadi, untuk artikel kali ini kami akan tunjukkan cara kiraan untuk cuti tahun prorata bagi setahun berdasarkan isu di atas.
Katakan seorang pekerja berkhidmat cukup satu tahun kalendar, dia layak mendapat 8 hari cuti untuk setahun. Tetapi, andaikan pekerja tersebut mula berkhidmat setengah tahun sahaja, bermula 1 Julai, maka dia hanya layak mendapat 4 hari sahaja cuti dalam setahun.
Bagaimana cara pengiraannya?
Berdasarkan contoh di atas, kelayakan pekerja tersebut adalah 8 hari cuti. Katakan dia mula bekerja 1 Januari 2023 dan membuat permohonan cuti untuk 15 Mei 2023, jadi hanya 5 bulan sahaja dia lengkap bekerja (lebih dari tarikh 1 hari bulan itu tidak perlu dikira). Maka, cara kiraannya seperti berikut:
Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap
Prorata = 8/12 x 5 = 3.33 hari (bundarkan nombor perpuluhan)
Prorata = 3 hari
Jadi, pekerja tersebut hanya layak membuat permohonan cuti 3 hari sahaja dalam setahun perkhidmatan.
Jika kita lihat kembali isu di atas tadi, besar kemungkinan pekerja tersebut hanya layak prorata cuti tahunan bawah dari 5 hari sahaja untuk setahun. Oleh sebab itu, permohonan cutinya ditolak.
Bagaimana pula jika cuti tersebut tidak digunakan sehingga hujung tahun?
Sekiranya cuti prorata tersebut tidak digunakan sehingga hujung tahun, dia boleh menggunakan cuti tersebut mengikut kadar yang telah ditetapkan pada bulan Disember. Contohnya, dalam isu tadi, cuti prorata tahunan pekerja tersebut adalah 3 hari. Jadi, dia boleh membuat permohonan cuti selama 3 hari berturut-turut. Perkara ini telah tertakluk di dalam Akta Pekerja 1955 dan pekerja perlu mematuhi perkara tersebut.
Sistem Kiraan Cuti MySyarikat
Bagi memudahkan urusan majikan mengira cuti secara tepat, kami di MySyarikat menyediakan sistem yang membantu semua urusan sumber manusia secara atas talian. Anda tidak perlu lagi memasukkan data secara manual kerana sistem kami hanya dihujung jari.

Nak kami bantu? Hubungi kami di MySyarikat!
Hai,
bagaimana untuk mengira cuti tahunan sekiranya pekerja tersebut mula bekerja pada minggu kedua, ketiga, dan keempat pada bulan yang berkenaan?
contoh, staf A mula bekerja pada 2 September 2024.
contoh, staf B mula bekerja pada 9 September 2024
Contoh, staf C mula bekerja pada 17 September 2024
Contoh, staf D mula bekerja pada 24 September 2024.
bagaimana pengiraan cuti yang layak sehingga hujung tahun sekiranya cuti utk satu tahun adalah 8 hari.
Untuk pengiraan cuti tahunan prorata boleh gunakan formula ini ‘Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap’.
Maksudnya, jika mula bekerja 15 Januari hingga 15 Mei, akan kira Februari-Mac-April sahaja kah?
Februari hingga April akan dikira cukup bulan sementara untuk Januari dan Mei akan diproratakan pengiraan cutinya.
JIKA I MASUK KERJA 19-07-2019, SAMPAI DEC 2024 , ADA BERAPA LEAVE
Dari 2019 hingga 2024 adalah 5 tahun jika ikut Akta Kerja, jumlah cuti tahunan yang layak adalah 16 hari. Dinasihatkan untuk rujuk semula kontrak kerja ya.
Assalamualaikum, saya nak tanya saya ada annual leave dalam 8 hari. saya nak guna annual leave dalam 3 hari setengah 1/2 dalam bulan yang sama boleh ke? atas sebab faktor kahwin.
Hi, jika annual leave tidak habis digunakan dan boleh claim lebihan yang berbaki, macam mana cara pengiraannya ya?
Boleh rujuk di sini.
hi, saya nak bertanya tentang cuti tahunan. saya mula bekerja pada 2/2/2023. cuti tahunan saya ialah 8hari mengikut kontrak perkhidmatan bawah 2tahun. jadi pengiraan untuk cuti tahunan saya pada 2/2/2025 adakah ia akan menjadi genap 14 hari atau 8hari (kiraan belum genap 2tahun) + 14 hari (genap 2 tahun)
Akta Kerja menetapkan pekerja layak mendapat cuti tahunan selepas melengkapkan 12 bulan perkhidmatan. Untuk kes ini adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada majikan atau HR untuk mengetahui tentang polisi yang diamalkan syarikat.
Hi saya masuk kerja 2023 dan akan berhenti 18 januari 2025.
Dalam 18 hari tu saya ada layak cuti atau pun tidak?
Jika masih memiliki cuti tahunan maka pekerja masih layak gunakannya sebelum tarikh berhenti kerja. Tetapi jumlah cuti tersebut mungkin akan diproratakan kerana Akta Kerja menetapkan pekerja layak mendapat cuti tahunan selepas 12 bulan perkhidmatan.
Hai,saya masuk mula bekerja pada 4 June 2024 dan akan diberhentikan pada 31 Januari 2025.Berapakah baki cuti tahunan (AL) yang layak dan berbaki untuk saya sehingga 31/01/2025?
Bergantung kepada tempoh perkhidmatan pekerja untuk pastikan jumlah AL tahunan yang dia layak. Kemudian gunakan formula di bawah untuk kira baki AL.
Jumlah AL entitled dalam setahun / 12 x Jumlah Bulan Lengkap Bekerja
Hi. Contoh jumlah pengiraan dpt 1.99, adakah cuti tahun dapat 1 hari atau 2 hari?
Layak dapat 2 hari kerana Akta Kerja menetapkan jika pecahan lebih daripada separuh, ia digenapkan ke nombor seterusnya. Sebaliknya jika pecahan kalau kurang separuh, ia dianggap satu hari sahaja. Contohnya, 1.60 = 2 hari sementara 1.30 = 1 hari.
hi, saya nak bertanya tentang cuti tahunan. saya mula bekerja pada 1/3/2023. cuti tahunan saya ialah 8hari mengikut kontrak perkhidmatan bawah 2tahun. Jadi berapa jumlah cuti tahunan untuk 2025?
Berdasarkan pengiraan Tuan/Puan telah bekerja selama 2 tahun kerana bermula pada 2023 hingga 2025. Jika mengikut akta pekerja layak mendapat 12 hari dengan syarat bekerja dengan syarikat yang sama secara berterusan. Dinasihatkan untuk rujuk pegawai HR dan polisi syarikat.
hi, saya nak tanya boleh ke saya habiskan cuti tahunan saya sebelum berhenti bekerja ? untuk makluman saya telah bekerja selama 1 tahun 2 bulan (1 november 2023 – 31 januari 2025) dan saya telah menghantar surat berhenti bekerja pada 6 januari 2025. kelayakan cuti tahunan yang diberikan adalah sebanyak 8 hari. dan pada 10 januari 2025 saya telah menggunakan cuti tahunan tersebut sebanyak 1 hari. adakah baki 7 hari tersebut masih boleh digunakan sebelum berhenti bekerja ? terima kasih.
Boleh. Cuti tahunan merupakan hak pekerja.
Hi, saya nak tya . Saya start bekerja pada 9 oct 2023 smpai sekarang . So nak tya bpa hari AL saya yang berbaki ye ?
Dari tahun 2023 hingga 2025 adalah 2 tahun jadi pekerja layak mendapat 12 hari cuti tahunan.
Hi, saya masuk kerja 7/7/2023 dan saya telah menghabiskan AL saya sepanjang setahun berkhidmat..untuk tahun 2025 adakah saya perlu tunggu tarikh 7/7/2025 untuk memohon AL yang baru ?
Akta Kerja menetapkan kitaran cuti tahunan adalah berdasarkan tahun maka untuk kes ini AL pada tahun 2023 akan diproratakan dan apabila masuk 2025 akan dapat AL baharu.
Cara kira cuti tahun untuk pekerja separuh masa
Berapa hari public holiday utk pekerja separuh masa
Pengiraan cuti adalah sama mengikut Akta Kerja melainkan jika dalam kontrak kerja mereka ada menyatakan selainnya.
Hi, saya kontrak pada 22/1/2024 dan telah ditetapkan pada 4/11/2024. Kelayakan cuti sebanyak 20 hari dan baki cuti kontrak sebanyak 13 hari. Bagaimana untuk kira prorate cuti sepanjang tempoh perkhdimatan kontrak?
Pengiraan adalah berdasarkan formula di bawah:
Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap
mcm mne kira cuti tahunan dia jika dia mula bekerja pada 1dec 2024 dan comfirm pada mac 2025 ?
Cuti tersebut akan diproratakan mengikut formula di bawah:
Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap
hi, saya masuk bekerja pada 8 october 2024, 3 bulan probation. kemudian saya ditawarkan contract selama setahun pada awal januari 2025 sehingga december 2025 dan masih bekerja di syarikat yang sama sehingga hari ini 25.03.2025. saya mohon pencerahan bagaimana kiraan AL dan jumlah AL yang saya layak? terima kasih
Cuti tersebut akan diproratakan mengikut formula di bawah:
Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap
Hi, saya telah berkhidmat selama 7 tahun dan cuti tahunan sya 18 hari. Saya telah menghantar notis berhenti 2 bulan bermula 1 Feb 2025-31 Mac 2025. Berapa baki cuti yang boleh saya gunakan?
Cuti tersebut akan diproratakan mengikut formula di bawah:
Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap
Jika kiraan dapat 4.5, adakah cuti tahun dapat 4 hari atau 5 hari?
Akan dikira 4 hari.
mula kerja april 23 sehingga april 25..genap 2 tahun..so layak cuti 12 hari…adakah tahun 25 perlu dikira 12 hari atau perlu kira prorata juga?
Prorata hanya akan dikira jika pekerja baru masuk bekerja atau ingin berhenti kerja sahaja. Jika masih bekerja pada 2025 pekerja akan layak mendapat 12 hari cuti.