Semua orang suka cuti tidak kira cuti pada hujung minggu atau ketika cuti umum. Sebelum masuk tahun kalendar baru setiap tahun, kerajaan Malaysia akan mengumumkan takwim senarai hari-hari cuti umum untuk kemudahan semua orang bagi merancang perjalanan pulang ke kampung dan sebagainya.
Senarai hari-hari cuti umum itu termasuk cuti perayaan antaranya Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau cuti Hari Keputeraan di setiap negeri-negeri dalam Malaysia, dan cuti bersempena khas seperti Hari Kemerdekaan. Tetapi ini tidak bermaksud semua syarikat di Malaysia perlu bercuti pada hari-hari tersebut.

Akta Kerja 1955 ada menerangkan setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia perlu mengambil minimum 11 hari sahaja untuk bercuti. Dikenali juga sebagai Hari Kelepasan Am, ia merangkumi 5 hari cuti yang wajib diambil dan 6 hari cuti yang pihak majikan boleh pilih.
Jadi mari kenali senarai hari-hari cuti wajib di bawah Hari Kelepasan Am Bergaji yang majikan perlu ambil dan hak-hak pekerja andai diminta untuk bekerja pada hari cuti tersebut.
Senarai Cuti Wajib Di Bawah Hari Kelepasan Am Bergaji
Dalam Akta Kerja 1955 ada mengatakan bahawa setiap majikan TIDAK WAJIB ambil semua hari cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan. Sebaliknya, pihak majikan perlu memperuntukkan minimum 11 hari cuti yang terdiri daripada 5 hari cuti WAJIB dan 6 hari cuti PILIHAN.

5 hari cuti yang WAJIB maijkan diambil seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 adalah:
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
Baki lagi 6 hari cuti biasanya pihak majikan boleh pilih daripada senarai hari-hari cuti umum yang diwartakan kerajaan. Dalam konteks di Malaysia, kebiasaannya hari-hari yang terpilih adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Perayaan Krismas, Maulidur Rasul, atau Hari Wesak.
Di sini penting untuk setiap majikan memaklumkan senarai hari-hari cuti yang diambil kepada semua pekerja sama ada dengan mengeluarkan notis sebelum bermulanya tahun kalender baru setiap tahun.
Selain daripada Hari Kelepasan Am, terdapat juga hari Cuti Tambahan yang diberikan khas oleh kerajaan antaranya hari cuti sempena pembentukan kerajaan selepas Pilihanraya Umum atau satu hari cuti khas bersemperna meraikan kejayaan dalam bidang sukan.
Dalam kes ini pihak majikan perlu memberi cuti kepada pekerja seperti yang tertulis dalam Seksyen 8 Akta Kelepasan Am 1951 yang menerangkan Menteri boleh mengumumkan satu hari cuti tambahan khas yang tiada dalam takwim kalender asal.
Walaupun begitu, majikan boleh meminta para pekerjanya untuk bekerja pada Hari Kelepasan Am yang dinyatakan di atas, namun, dalam situasi ini pekerja layak untuk menerima pembayaran yang lebih tinggi. Perkara ini boleh dirujuk dalam Seksyen 60 D (3) (a) Akta Kerja 1955.
Pengiraan Kadar Kerja Lebih Masa (OT) Pada Hari Kelepasan Am
Setiap pekerja di Malaysia dilindungi dengan Seksyen 60A (1) yang menerangkan bahawa tempoh masa bekerja seseorang itu:
- Perlu dapat rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas bekerja selama 5 jam
- Tempoh waktu bekerja minimum adalah 8 jam sehari
- Tidak boleh bekerja melebihi 10 jam sehari termasuk rehat
- Tidak boleh bekerja melebihi 45 jam seminggu

Andai seorang pekerja itu bekerja melebihi syarat-syarat tersebut, maka pekerja itu layak untuk menuntut bayaran tambahan OT untuk hari bekerja biasa sebanyak 1.5 kali ganda sejam dan 2 kali ganda sejam untuk OT ketika hari cuti rehat. Pengiraan untuk OT ketika bekerja semasa Hari Kelepasan Am pula adalah sebanyak 3 kali ganda sejam.
Tapi perlu diingatkan pelaksanaan OT mestilah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah pihak pekerja dan majikan. Pekerja perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada majikan atau pegawai sumber manusia, dan memiliki sebab yang kukuh seperti untuk menyiapkan tugasan untuk menuntut OT tidak kira sama ada pada hari bekerja biasa atau ketika hari cuti.
Saya wakil bagi pihak rakan saya, iaitu pekerja bahagian pengeluaran. untuk makluman tuan/puan saya bagi contoh perayaan krismas pekerja ofis di beri cuti dan pekerja di bahagian pengeluaran wajib bekerja dan dibayar 1.5 selepas 8 jam bekerja. adakah itu adil bagi kedua belah pihak
Ia bergantung kepada polisi syarikat. Hal ini kerana cuti krismas bukan sebahagian daripada 5 hari kelepasan am yang dinyatakan Akta Kerja. Dinasihatkan untuk bincang dengan HR dan majikan untuk mendapatkan hak percutian yang adil.
macam mana dengan pembayaran gaji untuk hari krismas itu jika bekerja ? adakah perlu dibayar berganda atau biasa… mengikut syarikat tempat saya bekerja cuti krismas tidak termasuk dalam 6 hari kelepasan am. Adakah tidak mengapa jika bos saya tidak membayar double pada hari itu??
Jika syarikat tidak memilih krismas sebagai hari cuti maka tiada bayaran berganda untuk pekerja yang bekerja pada hari tersebut.
Jika,majikan tidak bayar untuk publik holidays.. contoh hari raya,kami di beri cuti pada lain hari..JD,berapa kiraan cuti tersebut??1 hari atau 2 hari cuti ganti?
Bergantung kepada jumlah hari tersebut.
saya nak bertanya jika syarikat saya tidak mengambil hari wesak sebagai hari cuti syarikat, dan perlu bekerja pada hari itu adakah pekerja layak menerima hari ot?
Tidak, kerana majikan tidak memilih hari tersebut sebagai hari cuti umum syarikat.
Saya nak bertanya. Saya buka restoran dan hanya cuti sehari pada hari isnin. Sekiranya cuti umum jatuh pada hari isnin tersebut, adakah saya perlu bayar double pada pekerja
Majikan yang meminta pekerja untuk bekerja lebih masa atau ketika waktu rehat mingguan pekerja atau ketika hari cuti umum adalah perlu untuk membayar kadar overtime (OT) seperti dinyatakan dalam Akta Kerja.
Jika hari merdeka Sabtu dan cuti rehat hari Sabtu adakah layak untuk dapat gaji bayaran double atau triple atau cuti umum di bayar hanya untuk hari bekerja sahaja dan bukan hari cuti rehat ,
#pekerja swasta
Pada hari cuti umum seperti Hari Merdeka maka kadar bayaran adalah 3 kali ganda. Sekiranya hari cuti umum jatuh pada hari cuti rehat pekerja dan diminta untuk bekerja maka kadar bayaran adalah 3 kali ganda.
Jika majikan meminta pekerja datang kerjaco pada hari Sabtu 31hb Ogos 2024, tetapi dia tidak mahu membayar triple untuk OT. Macam mana kita nak buat ye?
Ia adalah satu bentuk penganiayaan terhadap pekerja oleh majikan kerana Hari Kebangsaan adalah hari kelepasan am yang mana jika bekerja perlu dibayar OT pada kadar 3x ganda.
Sekiranya syarikat hanya bercuti pada hari Jumaat sahaja, adakah cuti umum yang jatuh pada hari tersebut perlu dpinda ke hari Sabtu?
Selalunya hari cuti umum yang jatuh pada hari minggu (Ahad) akan digantikan ke hari berikutnya (Isnin). Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat dan bincang dengan HR syarikat.
Assalamualaikum.. selamat petang..esok hari merdeka.. tetapi saya disuruh kerja.. mahu tanya sahaja..kiraan gaji macamana ya..kira double kah atau 3x kali
Bekerja pada hari kebangsaan iaitu salah satu daripada hari kelepasan am layak mendapat OT pada kadar 3x ganda.
assalamualaikum .. sy nk bertanya , Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju bahawa tarikh 26 Ogos 2024 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.. syarikat beroperasi pada hari sabtu dan mendapat cuti pada hari tersebut .. adakah pada hari isnin cuti tambahan, pekerja layak mendapat cuti tersebut ?
Dalam Akta Kerja ada mengatakan Hari di-Pertuan Negeri merupakan hari cuti umum iaitu sebahagian daripada Hari Kelepasan Am. Jika sudah diwartakan kerajaan negeri maka ia adalah hari cuti untuk pekerja dan jika pekerja bekerja pada tarikh tersebut maka bayar OT perlu dibuat.
Nak tanya, kalau staff cuti rehat pada hari ahad dan tiba2 dapat berita cuti peristiwa jatuh hari ahad, adakah hari isnin kena kerja atau dapat cuti?
Jika cuti peristiwa tersebut diwarkan oleh kerajaan, maka cuti tersebut akan diganti kepada hari seterusnya. Dinasihatkan untuk rujuk semula dengan HR syarikat untuk dapatkan kepastian.
cuti peristiwa kerajaan negeri, wajib diambil atau boleh digantikan dengan cuti hari lain?
Bergantung kepada polisi syarikat. Hal ini kerana Akta Kerja peruntukan cuti ganti untuk cuti umum sahaja dan sebarang cuti peristiwa yang diwartakan oleh kerajaan.
Jika hari merdeka Sabtu dan cuti rehat hari Sabtu adakah layak untuk dapat gaji bayaran double atau triple atau cuti umum di bayar hanya untuk hari bekerja sahaja dan bukan hari cuti rehat ,
#pekerja swasta
Untuk cuti umum pekerja layak dibayar pada kadar triple seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja.
Boleh saya tahu untuk working days Isnin-Jumaat, Cuti merdeka 31/08/2024 jatuh pada Sabtu. Perlu diganti atau tidak ya?
Tidak. Cuti ganti selalunya diberikan sekiranya ia jatuh pada hari Ahad, hujung minggu. Dinasihatkan untuk rujuk HR dan majikan untuk sebarang cuti tambahan jika ia diberikan.
Jika pada 31 Ogos 2024, semua staff diberi arahan untuk bekerja dengan bayaran 3x namun terdapat staff memberi alasan untuk tidak hadir kerana ada family day. Bolehkah staff x hadir ke office dan perlu apply cuti ke?
Perlu difahamkan bahawa Hari Merdeka adalah sebahagian daripada hari kelepasan am yang wajib majikan ambil. Jika pekerja bekerja pada hari tersebut maka majikan wajib membayar OT. Untuk kes seperti di atas adalah dinasihatkan untuk bincang dengan pihak majikan kerana ia boleh jadi masalah disiplin jika tidak hadir bekerja tanpa pengetahuan.
kalau staff dikerahkan untuk bekerja semasa cuti merdeka dan staff ada family day dan tidak dapat menghadirkan diri ke office. Adakah dikira melanggar disiplin? Staff perlu apply cuti ke?
Perlu difahamkan bahawa Hari Merdeka adalah sebahagian daripada hari kelepasan am yang wajib majikan ambil. Jika pekerja bekerja pada hari tersebut maka majikan wajib membayar OT. Untuk kes seperti di atas adalah dinasihatkan untuk bincang dengan pihak majikan kerana ia boleh jadi masalah disiplin jika tidak hadir bekerja tanpa pengetahuan.
bolehka bekerja pada hari kemerdekaan
Boleh dengan syarat dibayar OT pada kadar 3 kali ganda.
hari thaipusham..adalah cuti umum pilihan.
adakah majikan dibolehkan untuk memberi cuti ganti, jika bekerja pada hari thaipusham trsebut. @ dibayar gaji OT pd hari trsebut ?
Jika syarikat pilih cuti thaipusam maka pekerja berhak mendapat cuti. Andai diminta bekerja pada hari tersebut pekerja layak mendapat bayaran OT. Sebaliknya jika syarikat tidak pilih cuti thaipusam maka pekerja mesti bekerja seperti biasa dan tiada cuti ganti diberikan.
Maaf bertanya, untuk cuti peristiwa yang diumumkan oleh kerajaan negeri adakah pihak syarikat wajib mengambil cuti peristiwa tersebut?
Bergantung kepada polisi syarikat. Ikut Akta Kerja cuti yang wajib syarikat ambil ada 5 iaitu Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Buruh, Hari yang Di-pertuan Agong dan Hari Keputeraan Raja-raja atau Yang di-Pertuan Negeri.
jadi if company tak ambik cuti on public
holiday(nuzul alq & etc), company kene bayar double ke pada staff?
Tidak perlu bayar OT.
saya nak tanya.. untuk pekerja yang bekerja dalam bahagian sales atau retail.. selalunya waktu Public Holiday tidak dibenarkan untuk cuti.. kalau staff nak mohon cuti ketika public holiday, itu akan dikira sebagai annual leave atau public holiday?
Jika cuti public holiday tersebut adalah 11 cuti yang wajib syarikat ambil, maka pekerja layak untuk mendapatkan cuti tanpa menyentuh annual leave. Dan jika pekerja diminta bekerja pada hari tersebut maka bayaran OT perlu diberikan oleh majikan.
Dalam term condition syarikat cuti maulidul Rasul 16 sept.di ganti pada 17 sept(Selasa).Bolih ke cuti 17 sept diganti dengan tambahan cuti tahunan.?Kalau bolih berapa hari tambahan cuti tahunan.
Tidak. Cuti umum tidak boleh ditukar kepada cuti tahunan.
Kebetulan cuti hari malysia 16sept sekali tarikh dengan cuti maaulidur rasul.majikan swasta wajib tak ganti cuti maulidur rasul kepada tarikh 17sept.
Tidak, jika syarikat asalnya tidak ambil cuti maulidur rasul. Cuti peristiwa adalah cuti pilihan jika diambil ia boleh digantikan.
Jika ada syarikat yang tidak mengambil sebahagian dari 5 hari cuti wajib seperti yang diwartakan dalam Akta 1955, adakah syarikat boleh dikenakan tindakan? Namun, syarikat masih mematuhi minimum cuti umum 11 hari seperti yang diwartakan.
Boleh, kerana 5 hari cuti wajib tersebut adalah penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja.
hi maaf bertanya. seperti tahun ini hari malaysia dan hari maulud nabi jatuh pada hari yang sama iaitu 16/9 jadi company mendapat cuti ganti pada 17/9 dan 18/9. bagaimana kadar bayaran sekiranya harus bekerja pada hari cuti ganti sama ada 17/9 atau 18/9 ya? terima kasih!
Hari cuti ganti hanya pada 17/9 sahaja, selebihnya adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata. Jika diminta bekerja ia dikira pada kadar OT hari rehat atau hari cuti umum.
Saya nak tanya, kalau company saya tidak mengambil Deepavali & Christmast sebagai public holiday, boleh ke mereka tidak membayar double atau triple untuk kedua public holiday itu? Kerana kami perlu bekerja seperti biasa.
Boleh kerana cuti peristiwa adalah sebahagian daripada 6 hari cuti pilihan.
Hi sy nak tnye 16hb nie cuti umum hari malaysia, majikan wajib byr ot jika staff di minta bekerja tetapi bagaimana pula jika majikan tidak membayar pekerja ot mereka hanya memberikan cuti ganti pada cuti umum tersebut adakah boleh atau tindakan majikan tu salah dan blh ke staff buat report krn menyalahi akta kerja?
Majikan perlu membayar OT.
Hi, kalau syarikat meminta semua staff bekerja pada hari ini 16/9/24 Hari Malaysia, bolehkan syarikat meminda cuti ke suatu tarikh lain cth pada 27/9/24 (Jumaat)? atau syarikat seharusnya membayar OT dan tidak boleh meminda cuti? terima kasih.
Pembayaran OT adalah untuk mereka yang bergaji kurang RM4,000 manakala untuk syarikat yang tiada peruntukan untuk membayar OT boleh berikan hari cuti ganti kepada pekerja.
hi , maaf bertanya.. Seandainya bekerja shift dlm sektor swasta , dalam seminggu ada 1 hari offday . Bolehkah cuti 5hari wajib 16/9 itu digantikan sama dgn hari offday ?
Jika hari cuti umum wajib jatuh pada hari off day maka pekerja tiada cuti ganti untuk offday tersebut.
1.Bekerja di klinik swasta sebagai sonographer. Terikat kontrak 5 tahun. Bergaji RM4000 keatas. Cuti rehat pada hari jumaat. Mengikut kontrak “Kerja pada cuti am”. Pada cuti am 16 September 2024 saya datang bekerja tetapi dapat cuti ganti pada hari lain. Adakah ini betul mengikut akta 1955.
2. Adakah kontark termaktub “Kerja pada cuti am” pekerja tiada hak bersuara jika cuti tidak diberikan oleh majikan pada mana-mana 11 hari cuti minimum mengikut akta 1955. HR selalu bagi alasan ikut kontrak tetapi tidak dinyatakan antara 6 hari cuti tersebut.
3. Waktu rehat saya adalah hari jumaat. Jika cuti am jatuh pada hari tersebut adakah hari esok nya saya dapat cuti tambahan. Jika tidak dapat cuti bolehkan buat aduan?
4.
5. Betulkah bekerja sebagai sonographer sebahgaian seperti kerja doktor juga berhak dapat Locum? Tetapi mengikut kontrak gaji RM4000 keatas tiada elaun shif dan lebih masa. HR bagi alasan ikut kontrak. Adakah terpakai ikut kontrak?
1. Ia mengikut akta kerana bayaran OT hanya untuk mereka yang bergaji bawah RM4,000 dan jika diminta bekerja ia akan diberikan hari cuti ganti.
2. Majikan wajib umumkan 11 hari cuti yang dipilih oleh syarikat setiap tahun.
3. Betul anda layak dapat cuti ganti.
5. Dinasihatkan untuk rujuk semula kontrak kerja dan berbincang dengan majikan.
Nak tanya benarkah jika kita tak hadir kerja pada hari sebelum public holiday atau selepas kita tak entitle untuk double pay.. contoh 31/8 public holiday merdeka. Saya bekerja pada 31/8 itu tapi esok nya 1/9 saya bercuti. Jadi saya tak layak utk dapat double payment 31/8.. benarkah??
Hari Merdeka adalah sebahagian daripada hari kelepasan Am yang wajib majikan bayar OT jika minta pekerja bekerja. Andai hari kelepasan am jatuh pada hari minggu maka hari berikutnya akan dianggap hari ganti. Tetapi bukan jatuh hari minggu maka tiada cuti ganti dan pekerja pada hari tersebut tidak perlu bayar OT.
kalau syarikat saya tidak ambik cuti peristiwa contoh cuti yg akan datang iaitu deepavali, dan juga tidak membayar gaji double , adakah salah? boleh ka kalau kita menuntut dia pejabat buruh?
Tidak jadi kesalahan. Cuti umum syarikat ditetapkan 11 hari oleh Akta Kerja, 5 hari cuti wajib dan 6 hari cuti pilihan. Syarikat tidak diwajibkan untuk ambil semua cuti peristiwa tetapi digalakan untuk ambil sebanyak mungkin oleh Akta Kerja.
sy bekerja sebagai kerani d satu syarikat swasta d KL, gaji sy dipotong semasa cuti umum 16 september haritu, dengan alasan sy baru berkerja tidak sampai 3 bulan. adakah salah? boleh ka kalau kita menuntut dia pejabat buruh?
Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sesuka hati melainkan jika pekerja itu memohon cuti tanpa gaji kerana masih belum layak menggunakan cuti tahunan.
Salam saya berasal dari Sabah, nak tanya untuk cuti umum gaji pelepasan. setahu saya kalau pekerja bergaji harian layak untuk mendapatkan cuti umum gaji pelepasan benar ? bagaimana pula dengan pekerja yang digaji secara bulanan ? adakah pekerja gaji bulanan ini layak mendapat cuti umum bergaji seperti mana sama dengan pekerja yang gaji harian.
Untuk pekerja yang bekerja di Sabah adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Ordinan Buruh Sabah bagi mengelakan sebarang salah faham.
Boleh ke majikan hanya ambil 5 cuti wajib dan 6 hari lagi cuti pelepasan di ganti menjadi cuti hari raya puasa dan hari raya haji?
Akta Kerja tetapkan minimum 11 hari cuti; 5 hari cuti wajib dan 6 hari cuti pilihan. 6 hari cuti pilihan ini mesti dipilih daripada hari-hari cuti umum yang diwartakan.
andaikata syarikat ambil 2 hari untuk cuti hari raya, adakah 2 hari tu ditolak dari 6 hari cuti pilihan tu? bermakna tinggal 4 hari cuti pilihan?
Akta Kerja menyatakan jenis cuti bukannya hari.
Saya ingin bertanya, bagaimanakah kiraan untuk gaji pekerja pada cuti umum adalah mengikut jam atau lump sump terus ke kadar gaji 2 hari bekerja?
Jika pekerja bekerja pada cuti umum mereka layak mendapat bayaran OT pada kadar x3 mengikut jam bekerja.
1)Bolehlah sesebuah syarikat menolak gaji pekerja sekiranya mereka membuat family trip. Biasanya family trip akan tolak cuti tahunan sekiranya tiada cuti majikan tolak gaji sedangakan sebagai pekerja kami tak minta pun family trip tersebut. Pergi @ tidak jika cuti tahunan tiada tolak gaji sebab syarikat tutup pada hari tersebut.
2)Cuti tahunan 11 hari memang ada tapi lebihan 6 hari tu pergi ke tahun baru Cina sebab Syarikat cuti panjang so yang tiada cuti tolak gaji. Mohon penjelasan 2 isu ini. Terima kasih.
Majikan tidak boleh membuat penolakan gaji sesuka hati. Selain itu majikan juga tidak boleh memaksa pekerja untuk menggunakan cuti tahunan sebagai ganti ruji. Penolakan gaji hanya boleh dibuat sekiranya cuti tersebut dikira sebagai unpaid leave.
Syarikat saya mengambil 6 cuti pilihan iaitu
1. Hari Raya Aidilfitiri (2hari)
2. Hari Raya Korban (1 hari)
3. Tahun Baru Cina (2hari)
4. Deepavali (1 hari)
Boleh ke begitu, cuti pilihan itu jumlah cuti atau jenis cuti. Kalau cuti tu ade 2 hari sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri?
Akta Kerja menyatakan bahawa majikan boleh pilih cuti umum tersebut tetapi untuk jumlah harinya adalah berdasarkan budi bicara majikan itu sendiri.
Jika majikan tidak mengambil cuti pada hari depavali.. perlukah majikan membayar double pada pekerja?
Tidak, kerana ia merupakan sebahagian daripada 6 cuti pilihan. Jika majikan tidak memilih cuti tersebut untuk syarikat maka tiada pembayaran OT.
sekiranya offday jatuh pada hari christmas. adakah hari seterusnya di kira cuti ganti?
Tidak, cuti ganti hanya diberikan sekiranya jatuh pada hari cuti mingguan (biasanya Ahad).
Kalau satu hari sebelum public holiday tak masuk (unpaid leave) so public holiday tu dikira absence(upl) jugak. Betul ke ?
Kiranya public holiday saya jadi upl ?? Hari merdeka..
Tidak.
Saya ingin tahu dalam Akta Buruh cakap Majikan boleh pilih 6 cuti pilihan,
6 cuti itu bermaksud – jumlah cuti atau jenis cuti?
Ini sangat buat saya keliru kerana, kerana andai cuti pilihan tersebut mengikut jenis cuti, ini bermaksud
yang majikan saya beri hanyalah 4 Jenis cuti :-
1. Hari Raya Aidilfitiri (2hari)
2. Hari Raya Korban (1 hari)
3. Tahun Baru Cina (2hari)
4. Christmas(1 hari)
adakah ini bermakna lagi 2 hari cuti yang tidak diberi pilihan itu saya perlu kira gaji double kerana
diminta bekerja? Mohon bantu saya encik.
6 cuti pilihan ini merujuk kepada jenis cuti, bukan jumlah hari cuti. Maksudnya, jika majikan memilih Hari Raya Aidilfitri, ini bermakna mereka memilih jenis cuti tersebut, sama ada satu atau dua hari, bergantung kepada kebiasaan di negeri masing-masing.
adakah majikan perlu membayar double pay kepada pekerja part time pada Public Holiday (deepavali)
Perlu.
Hari deepavali majikan suruh bekerja dan digantikan 1 hari sahaja cuti ganti. bukan kah majikan perlu beri 2hari cuti ganti? memandangkan depavali kalau bekerja doble pay?
Hanya 1 hari ganti, jika dibayar OT ia adalah pada kadar 3x ganda.
Adakah 6 hari cuti pilihan itu boleh dibahagikan kepada 3 hari raya puasa dan 3 hari raya haji sahaja?
Penetapan Akta Kerja menyatakan 6 hari cuti pilihan tersebut adalah berdasarkan jenis cuti yang diwartakan dalam kalendar.
Jika pekerja bekerja pada public holiday, adakah bayaran gaji normal shift pada hari tersebut dibayar dengan rate 2.0 atau 3.0?
Pada hari cuti umum kadar OT adalah 3 kali ganda.
Jika company tidak mengambil cuti Thaipusam, adakah ia salah?. Kerana dalam company pekerja India melebihi 10 orang
Cuti Thaipusam merupakan sebahagian daripada cuti pilihan. Jadi di sini majikan boleh memilih untuk mengambilnya atau tidak.
Hai nk tnye. Syarikat sy slalu keje hri isnin- jumaat 9 pg – 6 ptg. Sabtu halfday 8-1 ptg. Hari ahad sy kna dtg keje jgk 8 pgi – 1 ptg. Staf lain dpt cuti hri isnin esoknya. Tpi sy xdpt kena kerja pkul 8pg -1 ptg. Bleh ke syarikat wat syarat cmtu tnpa byar ot ?
Boleh dapatkan penerangan lanjut mengenai sebab Tuan/Puan diminta bekerja pada Ahad?
Haii kalau hari christmas merupakan public holiday. adakan yg bekerja hari tersebut boleh mendapatkan cuti ganti?
Jika majikan meminta pekerja untuk bekerja pada hari cuti umum, maka pekerja itu layak untuk mendapat bayaran OT. Jika terdapat persetujuan bersama, barulah majikan boleh memberikan cuti ganti dan bukannya bayaran OT.
Pada hari cuti umum krismas, staf dibahagian pejabat mendapat cuti. Adakah staf bahagian lain bekerja pada hari cuti umum tersebut layak membuat tuntutan kerja lebih masa?
Jika pekerja diminta bekerja pada hari tersebut maka pekerja itu layak mendapat bayaran kerja lebih masa ya.
Pada awal tahun syarikat dah keluarkan senarai cuti sebanyak 15 hari.. tp bila sampai masa… contoh Krisrmas dan deepavali.. syarikat umum tidak cuti.. macamana ya?
Boleh rujuk dan bertanya kepada majikan untuk mengenal pasti adalah 15 hari cuti tersebut.
Lokasi saya bekerja di Selangor. Tetapi company remove Hari Keputeraan Sultan Selangor dari PH Calendar 2025 dan gantikan dengan Hari Wilayah. Boleh ke macam ni sedangkan kami di Selangor?
Bergantung kepada lokasi syarikat.
jika saya bekerja pada hari Sultan Selangor 11.12.2024, situasi saya;
* saya dapat tawaran kerja di kuantan pada 24.10.2024.
* perlu menjalani latihan di Selangor 24.10.2024 hingga 2.2.2025
adakah saya layak dapat bayaran kadar PH pada hari tersebut, sebab HR saya kata saya tak layak sebab tempat kami nanti di Kuantan, tetapi ni dah hujung tahun dan hari Sultan Pahang dah lepas sebelum saya masuk kerja lagi
Jika syarikat beroperasi di Kuantan maka ia perlu ikut waktu negeri itu.
Mohon maaf, sekadar ingin bertanya, kita maklum tidak semua cuti umum yang dinyatakan dalam setahun, majikan perlu ikut, bukan?
Jadi sekiranya majikan telah mengambil 11 hari cuti umum untuk pekerjanya bercuti, adakah cuti umum yang lain yakni cuti yang tidak dipilih oleh majikan tetap dikira gandaan 3 jika pekerjanya bekerja?
Tidak. Jika syarikat tidak memilih cuti yang diwartakan maka tiada bayaran tambahan dikenakan.
Salam, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di dalam bangunan sekolah, soalan saya ialah company security yang saya bekerja sekarang baru dapat tender utk 3 tahun, baru start bulan Oktober 2024, company ni ada bg list public holiday yg mereka pilih, deepavali, Krismas termasuk, namun sudah 3 bulan tak di bayar, alasan mereka,sudah bayar kerana gaji setiap bulan dikira lamsam… boleh ke mereka buat begitu,rasa seperti tidak adil, kerana company sebelum ni dah 2 company tapi takde masalah pun mereka bayar penuh….
Boleh cuba buat aduan kepada Jabatan Buruh.
1. Jika cuti umum 2 hari seperti hari raya puasa dan tahun baru cina, bolehkah majikan hanya mengambil 1 hari cuti sahaja dan 1 hari lagi pekerja perlu bekerja.
2. Jika boleh, adakah bermaksud pekerja tidak layak mendapat bayaran kerja lebih masa untuk hari yang bekerja itu?
Tak boleh. Cuti wajib yang diberikan perlu diberikan. Jika pekerja bekerja, akan dibayar gaji mengikut kadar cuti umum.
maaf mohon kepastian semula mengenai soalan en nizam berkenaan hari raya puasa (2) dan tahun baru cina (2). Tidak boleh ke majikan hanya pilih 1 hari sahaj setiap jenis cuti tersebut.Bukanke seperti yang dimaklumkan sebelum ini,cuti berkenaan adalah cuti pilihan majikan dan majikan boleh menentukan berapa hari sahaja yang majikan ingin ambil.Saya jadi keliru berkenaan jawapan tuan tentang Cuti wajib yang diberikan perlu diberikan. Jika pekerja bekerja, akan dibayar gaji mengikut kadar cuti umum.
Tidak boleh kerana penetapan untuk cuti pilihan tersebut adalah 2 hari. Boleh rujuk di sini.
Boleh saya pastikan sekali lagi. 5 hari adalah wajib, jikalau kerja dibayar rate PH la kan. Bagi cuti 6 hari perayaan yang company ambil sekiranya pekerja datang kerja adakah mendapat cuti ganti atau perlu dibayar?
Boleh diganti pada hari lain atau jika bekerja, perlu dibayar mengikut kadar cuti umum.
Hi, tumpang tanya.
1. Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari yang seterusnya, adakah cuti itu termasuk dalam senarai 11 hari cuti umum yang diperuntukkan sebagai cuti umum?
Contohnya :
1 Jan 29th Wednesday Chinese New Year
2 Jan 30th Thursday Chinese New Year
3 March 23rd Sunday Sultan Johor Birthday
4 March 24th Monday Sultan Johor Birthday
5 March 31st Monday Hari Raya Aidilfitri
6 April 01st Tuesday Hari Raya Aidilfitri
7 May 01st Thursday Labour Day
8 June 02th Monday Agong Birthday
9 June 07th Friday Hari Raya Haji
10 Aug 31st Sunday Merdeka Day
11 Sept 1st Monday Merdeka Day
12 Sept 16th Monday Malaysia Day
Sultan Johor Birthday & Merdeka Day dikira sebagai 2 hari cuti umum. Adakah ianya betul?
2. Pada Chinese New Year, pekerja diwajibkan untuk mengambil cuti (tolak cuti tahunan) @ (tolak gaji sekiranya tidak mempunyai cuti tahunan bagi pekerja baru) pada 28/1/2025 & 31/1/2025 kerana syarikat akan ditutup pada hari tersebut. Adakah syarikat dibenarkan untuk berbuat sedemikian ?
1. Cuti umum yang jatuh pada hari rehat (Ahad) akan digantikan ke hari seterusnya (Isnin). Untuk hari Birthday Sultan Johor, hanya pekerja dan syarikat yang beroperasi di Johor sahaja akan mendapat cuti tambahan pada hari seterusnya, sementara untuk Hari Merdeka seluruh negeri mendapat cuti ganti (kecuali negeri yang amalkan hari rehat pada Sabtu).
2. Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti atau unpaid leave. Jika syarikat ingin menutup operasi selain daripada 2 hari tersebut, maka ia adalah berdasarkan polisi syarikat itu sendiri dan majikan perlu tanggungnya sendiri.
hai maaf nak tanya , pada cuti raya cina company tutup selama 1 minggu ,
adakah majikan perlu bayar gaji selama cuti tersebut ?
atau bolehkan majikan tolak gaji selama cuti seminggu
Majikant tidak boleh tolak gaji pekerja untuk cuti berdasarkan polisi syarikat. Akta tetapkan cuti tahun baru cina hanya 2 hari dan lebihan tersebut atas tanggungan majikan itu sendiri.
Ingin tahu majikan Saya bumiputra. Hari Raya Nanti dia Nak tutup syarikat selama 3hari selepas cuti Raya 2 Hari. Dan Paksa Kan pekerja ambil cuti tahun dan yg tiada cuti tahun tu wajip tolak gaji ( un paid leave) boleh majikan membuat demikian tethadap pekerja.
Tidak boleh. Sebarang cuti tambahan adalah berdasarkan polisi syarikat itu sendiri jadi majikan tidak boleh memotong gaji pekerja atau memaksa cuti.
Nak tanya, contoh kalau on public holiday syarikat saya mengarahkan untuk bekerja seperti biasa, adakah gaji saya dikira double payment atau normal payment ??
Jika syarikat meminta pekerja bekerja pada hari cuti umum maka pekerja tersebut layak untuk mendapat bayaran OT.
5 hari compulsory leave tu, boleh ke ganti replacement off day ? atau compulsory untuk bayar triple pay kalau bekerja pada hari tersebut. Majikan cakap restaurant ada di kecualikan untuk bayar triple pay pada hari tersebut
Semua industri adalah sama di bawah penetapan Akta Kerja 1955. Cuti compulsory tak boleh ganti. Jika majikan minta bekerja, pekerja layak dapat bayaran OT pada kadar 3 kali ganda. Hanya cuti pilihan sahaja boleh diganti pada hari lain.
Jika syarikat mengumumkan shutdown, adakah patut di tolak AL pekerja?
Tidak. Jika syarikat menutup operasi untuk hari tertentu yang tiada dalam cuti wajib atau cuti umum syarikat majikan tidak boleh paksa pekerja guna AL.
hi. nak tanya bolehkah jika polisi syarikat sebegini?
5 cuti am wajib – bayaran triple (3.0)
6 cuti am pilihan dan hari rehat (Ahad) – bayaran double (2.0) sahaja
kerana ini ditetapkan oleh HR kami. Tiada perincian dari Akta Kerja.
Terima kasih.
Penetapan HR Tuan/Puan adalah betul kerana itu adalah kadar yang ditetapkan dalam Akta Kerja.
Soalan kedua.
Negeri Perlis umum cuti peristiwa pada 01.01.2025 (Perlis tak pernah cuti sebelum2 ni) dan syarikat kami memilih cuti peristiwa tersebut sebagai cuti umum dalam 6 jenis cuti yang dipilih.
Adakah dibenarkan sebegitu?
Boleh, jika syarikat berada di Perlis.
Boleh ke sebuah syarikat cuti pilihan tu dia ambil 1 je contoh hari raya puasa sahaja
Tidak. Perlu ikut penetapan yang ditetapkan Akta.
Kalau majikan minta bekerja pada hari raya ke-2 majikan perlu bayar double/triple ke?
Perlu dibayar pada kadar 3 kali ganda kerana hari cuti tersebut adalah 2 hari.
Majikan tak declare cuti yg syarikat ambil dan cuti wajib pun tak cuti dan tak dibayar ot. Sebagai pekerja apa yang kami boleh lakukan ye?
Majikan tak declare cuti yg syarikat ambil dan cuti wajib pun tak cuti dan tak dibayar ot. Sebagai pekerja apa yang kami boleh lakukan ye?
Boleh buat laporan di Jabatan Buruh.
Untuk cuti pilihan 6 hari tu. Saya telah menetapkan cuti raya aidilfitri 6 hari untuk syarikat saya. Adakah ini dikira sebagai satu sahaja cuti pilihan kerana satu perayaan sahaja atau boleh dikira sebagai 6?
Ia dikira sebagai sebagai 1 jenis, maka ada 5 hari lagi yang boleh dipilih. Untuk memahami tentang jenis cuti ini boleh tekan sini.
Staff boleh ke tidak hadir bekerja waktu cuti umum ? Company bagi cuti raya 2 hari public holiday. Tapi area manager kata tak boleh cuti sbb kalau cuti public holiday dikira upl. Persoalan saya, knpa dikira upl ?
Cuti Umum merupakan sebahagian daripada cuti wajib yang majikan perlu ambil. Ia tidak dikira sebagai unpaid leave kerana cuti tersebut merupakan hak pekerja.
Public Holiday swasta dan kerajaan berbeza ke? Kalau nak cuti kerja kerajaan dibolehkan. Kalau public holiday kerja swasta dikira cuti unpaid leave. Betul ke ?
Cuti umum setiap sektor adalah sama iaitu berdasarkan Akta Kerja. Perbezaan hanya pada cuti pilihan yang diambil oleh syarikat. Unpaid leave pula tidak dinyatakan dalam Akta Kerja dan bergantung kepada polisi syarikat semata-mata.
Soalan 1:
Adakah betul Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ialah antara cuti pilihan & tidak wajib?
Manakala Sultan Johor Birthday ialah cuti wajib.
Soalan 2:
Bolehkah syarikat tetapkan cuti perayaan seperti Deepavali, Raya Haji atau Krismas mengikut agama/kaum?
Contoh; Raya Haji – Pekerja Melayu cuti, selain itu perlu bekerja
Deepavali – Pekerja India sahaja cuti, selain itu perlu bekerja.
Tetapi syarikat masih mematuhi ketetapan 11 jenis public holidays.
Terima kasih.
1. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri merupakan cuti wajib, manakala Hari Hol pula adalah cuti umum. Bergantung kepada kerajaan negeri ia boleh jadi cuti wajib bagi sesuatu negeri tersebut.
2. Akta Kerja menetapkan 11 hari cuti pilihan tersebut adalah cuti yang majikan perlu ambil dan berikan kepada pekerja. Di sini ia menetapkan pekerja maka tanpa mengira bangsa atau agama sebenarnya layak untuk mendapat cuti.
kalau kita bekerja pada cuti umum, company x paid tapi bg replacement shj boleh ke? bila kita nk mohon replacement, berapa jam sebenarnya yang kita perlu bekerja…adakah sama seperti normal hours? adakah kita tidak layak untuk mohon replacement sekiranya kita tidak cukupkan hours/ minutes?
Kalau public holiday yang wajib, tak boleh diganti dengan hari lain. Tapi kalau public holiday yang dipilih, boleh diganti dengan hari lain. If bekerja, syarikat perlu berikan sama ada OT atau cuti ganti satu hari bagi hari terbabit.
kalau kena kerja pada hari raya aidilfitri,hari 1st n 2nd,pembayaran kira double or triple?ot dikira double or triple?contoh bekerja dari jam 10am-10pm,pembayaran dikira berapa?basic gaji 1.7k…
Jika bekerja pada hari cuti umum, pekerja layak mendapat bayaran OT pada kadar 3x ganda.
Jika kerja mase hari jadi sultan johor bagi part time dibayar biase atau double yea
Jika hari tersebut diumumkan sebagai hari cuti umum negeri, maka bayaran kerja lebih masa yang pekerja layak dapat adalah 3x ganda.
Hi, saya pekerja swasta. Saya menyambut Vasakhi yang dikirakan sebagai Cuti Tidak Berekod tetapi majikan saya tidak membenarkan saya untuk mengambil cuti tersebut.
Majikan menyatakan cuti tersebut tidak diambil kira. Jadi macam mana? Adakah ini betul?