Skip to main content

Bonus adalah salah satu bentuk penghargaan yang sering dinantikan oleh pekerja. Selain memberi motivasi, ia juga menunjukkan penghargaan majikan terhadap usaha dan dedikasi pekerja. 

Tetapi, adakah anda tahu jenis-jenis bonus yang anda layak terima? Artikel ini akan mengupas 6 jenis bonus yang biasa diberikan di Malaysia, hak pekerja, dan perkara yang perlu anda tahu.

1. Bonus Prestasi

Bonus prestasi adalah bonus paling biasa diberikan oleh majikan. Ia bergantung kepada prestasi individu atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan, seperti Key Performance Indicators (KPI).

Contoh situasi pemberian bonus prestasi adalah apabila pekerja bahagian jualan mencapai sasaran bulanan seperti melebihi RM50,000 atau seorang pekerja berjaya melengkapkan projek kritikal sebelum tarikh akhir.

Pemberian bonus prestasi ini penting lebih-lebih lagi dalam meningkatkan motivasi pekerja untuk memberikan hasil kerja terbaik. Selain itu, ia juga boleh menggalakkan budaya kerja yang kompetitif tetapi sihat.

2. Bonus Tahunan

Bonus tahunan sering diberikan pada penghujung tahun sebagai tanda penghargaan untuk prestasi kerja sepanjang tahun. Ia juga bergantung kepada prestasi syarikat secara keseluruhan.

Antara ciri-ciri bonus tahunan, bergantung kepada polisi syarikat, biasanya bersifat tetap (satu bulan gaji) atau berubah mengikut keuntungan syarikat. Ia popular dalam industri perbankan, kewangan, dan korporat.

Majikan biasanya akan memasukkan maklumat tentang bonus tahunan dalam kontrak kerja atau polisi syarikat. Jadi jangan lupa baca dahulu kontrak kerja sebelum tandatangan!

3. Bonus Khas / Insentif Projek

Bonus ini diberikan kepada pekerja yang berjaya menyelesaikan projek tertentu. Contohnya, pekerja yang berjaya menyusun strategi baru untuk meningkatkan produktiviti syarikat mungkin mendapat bonus tambahan.

Kelebihan pemberian bonus ini adalah sebagai dorongan motivasi tambahan untuk pekerja mengambil inisiatif dan mengembangkan kemahiran mereka. Ia juga menggalakkan kerjasama dalam pasukan.

4. Bonus Keuntungan

Sesetengah syarikat memberikan bonus berdasarkan keuntungan tahunan. Bonus ini lazim dalam organisasi besar dan bergantung kepada prestasi kewangan syarikat tersebut. Contoh industri yang memberikan bonus keuntungan adalah syarikat minyak dan gas atau syarikat multinasional (MNC).

Sekiranya syarikat mencapai keuntungan besar, pekerja akan menerima bonus tambahan, tetapi jika keuntungan rendah, pekerja mungkin tidak mendapat apa-apa.

5. Bonus Perayaan

Di Malaysia, bonus perayaan adalah amalan biasa. Ia diberikan sebagai tanda sokongan kewangan kepada pekerja untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya, Deepavali, atau Tahun Baru Cina.

Majikan yang prihatin biasanya akan memberikan bonus ini tanpa diskriminasi berdasarkan kaum atau agama. Tujuan pemberian adalah untuk membantu pekerja menguruskan perbelanjaan tambahan dan meningkatkan semangat pekerja menjelang musim perayaan.

6. Bonus Rujukan (Referral)

Bonus rujukan (referral) diberikan kepada pekerja yang berjaya memperkenalkan calon baru yang sesuai untuk jawatan kosong dalam syarikat atau membawa pelanggan baru kepada syarikat. Jika calon tersebut diterima dan kekal bekerja dalam tempoh tertentu, pekerja yang merujuk akan menerima insentif contohnya.

Ini secara tidak langsung dapat membantu syarikat dapat menjimatkan kos perekrutan dan membolehkan pekerja mendapat insentif tambahan.

Tahukah anda MySyarikat juga memiliki program referral? Anda boleh semaknya pada aplikasi MySyarikat pada bahagian Affiliate – Invite Friends untuk dapat komisen sehingga 20%!

Hak Pekerja dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Walaupun bonus biasanya adalah berdasarkan polisi syarikat atau budi bicara majikan, pekerja masih boleh menyemak hak mereka melalui:

  • Kontrak kerja: Adakah terdapat klausa tentang bonus?
  • Polisi Syarikat: Adakah syarikat mempunyai polisi jelas tentang pemberian bonus?
  • Rujukan undang-undang: Laman seperti Jabatan Tenaga Kerja menyediakan maklumat tentang hak pekerja.

Pekerja perlu berbincang secara profesional dengan majikan jika ada ketidakjelasan tentang bonus!

Kesimpulannya, bonus bukan sahaja ganjaran kewangan tetapi juga penghargaan yang meningkatkan semangat pekerja. Dengan memahami jenis-jenis bonus seperti bonus prestasi, tahunan, dan perayaan, pekerja dapat memastikan mereka menerima manfaat penuh atas usaha mereka. 

Jangan lupa untuk sentiasa menyemak hak anda sebagai pekerja dan bertanya kepada majikan jika perlu!

Pengurusan Bonus Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis bonus pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi pengiraan: Semua pengiraan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pembayaran secara online: Majikan boleh mengagihkan pembayaran gaji dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

Leave a Reply