Seperti yang diumumkan pada 1 Mei 2022 lalu, kadar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 bagi mana-mana majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih dalam satu syarikat.
Penetapan ini telah digazetkan dalam Perintah Gaji Minimum 2022 dan sekali lagi ditegaskan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022). Antara ringkasan pindaan tersebut menerangkan bahawa kelayakan menuntut overtime (OT) dinaikkan dari gaji RM2,000 ke RM4,000.
Jadi berdasarkan pindaan ini mana-mana pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah tanpa mengira pangkat layak untuk menerima bayaran overtime (OT) apabila diminta untuk bekerja lebih masa oleh majikan.
Fahami Tempoh Waktu Bekerja dan OT
Menurut Seksyen 60A (9), Akta Kerja 1955 mendefinisikan waktu-waktu kerja sebagai satu jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan pekerja tidak bebas untuk menggunakan masanya untuk tujuan peribadi.
Antara syarat tempoh waktu kerja yang ditetapkan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) adalah:
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit
- Pekerja tidak boleh bekerja kurang daripada 8 jam sehari
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 10 jam sehari berturut-turut
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu (dikurangkan dari 48 jam seminggu)
Berdasarkan syarat tempoh waktu bekerja ini, jika majikan meminta pekerja untuk bekerja melebihi mana-mana penetapan pada Seksyen 60A (9), maka pekerja layak untuk menuntut bayaran tambahan kerja lebih masa atau overtime (OT).
Dan jika sebelum ini hanya pekerja yang berpendapatan RM2,000 ke bawah sahaja yang layak menerima bayaran overtime(OT), kini selepas pindaan pada Akta Kerja 1955 berkuatkuasa individu bergaji RM4,000 dan ke bawah juga boleh minta bayaran kerja lebih masa.
Namun, suka diingatkan bahawa terdapat had kerja overtime (OT) yang dibenarkan. Peraturan (Had Kerja Lebih Masa) 1980 menggariskan had kerja overtime (OT) untuk sebulan adalah 104 jam sahaja.
Ini bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja melakukan overtime (OT) sesuka hati sepanjang masa. Jika berlaku kes majikan kerah pekerja beekrja melebihi had masa dinyatakan, adukan isu tersebut ke Jabatan Tenaga Kerja.
Formula Kira Bayaran Overtime (OT)
Sebelum masuk cara mengira kadar bayaran overtime (OT) penting untuk difahamkan terlebih dahulu jenis-jenis kerja lebih masa yang melayakkan pekerja untuk menuntut bayaran tambahan.
Terdapat 3 jenis waktu kerja lebih masa yang dibenarkan untuk pekerja menuntut bayaran overtime (OT):
- Bekerja lebih masa pada Hari Biasa : Kadar overtime (OT) pada 1.5
- Bekerja pada Hari Cuti Rehat : Kadar overtime (OT) pada 2.0
- Bekerja pada Hari Cuti Umum : Kadar overtime (OT) pada 3.0
Bagi mengira kadar overtime (OT) perlu difahamkan terlebih dahulu formula pengiraan Ordinary Rate Pay (ORP) atau Kadar Bayaran Biasa dan Hourly Rate Pay (HRP) atau Kadar Bayaran Jam. Formulanya adalah seperti di bawah.
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
Situas 1:
Liyana bekerja sebagai Designer dengan jam bekerja 8 jam sehari dari Isnin hingga Sabtu, dan terima gaji sebanyak RM2,500 sebulan. Maka, pengiraan ORP dan HRP Liyana adalah seperti berikut:
RM2,500 (Jumlah Gaji Bulanan) / 26 = RM96.15 (ORP)
RM96.15 (ORP) / 8 (Jam Bekerja Sehari) = RM12.01 (HRP)
Situasi 2:
Liyana bekerja sebagai Designer dengan jam bekerja 8 jam sehari dari Isnin hingga Sabtu, dan terima gaji sebanyak RM2,500 sebulan. Pada bulan September, Liyana membuat overtime (OT) 3 jam pada Isnin dan majikan beliau minta untuk buat lagi 3 jam overtime (OT) pada Ahad.
Kemudian Liyana juga diminta untuk bekerja 3 jam lagi pada 16 September (Hari Malaysia) kerana syarikat beliau kekurangan tenaga kerja. Maka, pengiraan overtime (OT) Liyana adalah seperti berikut:
RM12.01 (HRP) x 3 (Jam Bekerja OT) x 1.5 (Kadar Hari Biasa) = RM54.05
RM12.01 (HRP) x 3 (Jam Bekerja OT) x 2.0 (Kadar Hari Cuti Rehat) = RM72.06
RM12.01 (HRP) x 3 (Jam Bekerja OT) x 3.0 (Kadar Hari Cuti Umum) = RM108.09
Macam Mana Yang Bergaji Lebih RM4,000?
Macam yang diterangkan pada awal, kelayakan untuk menuntut bayaran overtime (OT) hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja. Bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000 pula TIDAK LAYAK menuntut bayaran overtime (OT).
Ini juga bermakna pekerja yang bergaji RM4,000 juga boleh menolak permintaan majikan untuk membuat overtime (OT) kerana tidak akan diberikan bayaran tambahan. Sebaliknya, pekerja yang bergaji RM4,000 yang membuat overtime (OT) boleh dapatkan cuti leave in lieu sebagai ganti.
Uruskan Overtime Pekerja Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, pekerja-pekerja yang menerima pendapatan di bawah RM4,000 sebulan layak menerima bayaran overtime (OT) apabila bekerja lebih masa. Dan sebaliknya untuk yang bergaji lebih pula jika diminta bekerja lebih masa boleh dapatkan faedah cuti tambahan.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Bagi syarikat yang berdepan masalah pekerja menguruskan overtime (OT) pekerja, fungsi Secured Payroll – MySyarikat dapat automasikan pengiraan gaji termasuk bayaran OT dengan sekali tetapan sahaja!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma
Bagaimanakah pengiraan ot bagi pekerja shift 12 jam sehari? Sebulan bekerja 15-16 hari.
Pengiraan shift adalah sama iaitu perlu mendapatkan kadar OPR dan HPR baru ditambah pada jumlah OT pekerja.
Normal waktu bekerja 8pagi sehingga 5petang. Majikan mengarahkan ot dari jam 5petang sehingga 2.30pagi. Sepanjang tempoh ot majikan mengarahkan untuk rehat selama 1jam. Adalah rehat sewaktu ot itu majikan perlu bayar?
Tempoh waktu bekerja dibenarkan adalah tidak lebih 8 jam sehari dan jika OT tidak lebih 10 jam sehari. Selain itu tempoh waktu bekerja dibenarkan adalah tidak lebih 45 jam seminggu. Berkaitan OT pula majikan wajib membayarnya pada kadar OPR dan HRP.
Bagaimana pengiraan ORP dan HRP bagi yang bekerja 5hari seminggu dengan kadar gaji RM2000.00 sebulan.
Dengan menggunakan formula berikut:
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
basic 2500 tp majikan kire OT ikut flat rate basic 1500 adakah ini dibenarkan?
Pengiraan OT adalah berdasarkan jam bekerja lebih masa dan kadar yang ditetapkan dalam Akta Kerja.
MAJIKAN SAYA TAK BAYAR OT SELAMA SYA BEKERJA. .BOLEH KAH SAYA CLAIM HOURS
Untuk sebarang masalah berkaitan pembayaran gaji dan majikan adalah dinasihatkan membuat aduan ke Pejabat Buruh.
Saya Bergaji RM1500 sebulan, bekerja 6 hari seminggu dan tempoh bekerja 42 jam seminggu. Setiap Bulan
Majikan saya menolak gaji saya sebanyak RM200 ringgit dengan alasan gaji saya dibayar mengikut hari. Ini bermaksud 1 hari yang saya cuti setiap minggu ditolak sebanyak RM50. persoalan saya boleh kah begitu mengikut akta yang telah ditetapkan?
Tidak boleh, melainkan jika dalam kontrak menyatakan jawatan tersebut sebagai kerja mengikut jam.
macam mana kalau gaji bersih rm4000, dalam kotrak tulis setiap hari kena kerja 10 jam dan cuti sekali dalam seminggu ?
Waktu kerja ditetapkan adalah tidak lebih 8 jam sehari, jika lebih ia akan dikira overtime.
Selamat Sejetera, jika saya semalam 10jam (Public Holiday). Adakah majikan perlu bayar untuk 10 jam atau kena tolak 1 jam untuk Break Hour?
OT dibayar untuk jam bekerja sahaja.
basic saya 2700 tetapi majikan mengira ot saya dengan rate gaji 2000 sahaja. adakah ini dibenarkan?
OT di kira dengan kenal pasti OPR, HRP dan didarab dengan kadar OT dan jam bekerja.
So sepatutnya tak boleh lah kan. dia kena ikot basic saya kan.
Betul.
Bagaimana pengiraan bagi pekerja pasar yang memerlukan pekerja bekerja hari-hari kecuali hari cuti yang telah dimaklumkan.
Boleh dikira bayaran gaji ikut hari.
Nak tanya kalau kerja hari ahad hr tempat saya ikut 8jam sehari gaji di tambah, lepas kerja atas 8 jam hari ahad baru lah di kira sejam X 2.0…betul ke kiraan macam tu? Dan contoh saya sehari bekerja normal 9 jam termasuk rehat, biasa ot sampai 7-10 jam sehari, balik kerja pun dalam 3-4 pagi, esok nye kalau masuk lambat dan ada ot dia akan kira start ot lepas 8 jam, jadi kalau saya masuk lambat 12 tengah hari, lepas pukul 9 malam baru kira ot, waktu normal kerja saya 10am-7pm,, mohon pencerahan tq
Pengiraan OT tersebut adalah betul kerana OT dikira selepas waktu kerja normal 8 jam. Sementara untuk kes masuk lambat tersebut ia betul kerana OT hanya akan dikira selepas melebih tempoh 8 jam waktu bekerja sahaja.
syarikat saya kira ot tpi tkde kirakan sekali 1.5/2.0/3.0, mcm mne ya?
Kadar tersebut diperlukan untuk pengiraan OT.
Gaji saya rm2000. Kerja 6 hari seminggu. Waktu bekerja 9-6. Waktu bekerja 48jam seminggu.
Majikan tidak mengambil cuti sultan Selangor. Saya di Selangor
Haruskan majikan byr OT bila kita bekerja.
Mula bekerja nov- 4 hari
December – 1 bulan
January – 8hari
Bagaimana kita gaji saya
Ya, pekerja layak untuk mendapat bayaran OT pada hari cuti Sultan Selangor jika syarikat berada di Selangor atau syarikat pada awalnya menetapkan hari tersebut cuti ya.