Terdapat dua jenis pekerja; pekerja sepenuh masa dan pekerja sambilan (part-time) yang pegawai HR atau majikan perlu pertimbangkan dalam mencari tenaga kerja syarikat. Berdasarkan bebanan kerja dan bajet, keputusan yang dibuat bakal menentukan hala tuju perkembangan syarikat.
Selalunya, syarikat di Malaysia akan mengambil pekerja sepenuh masa berbanding pekerja part time. Namun pada sesetengah kes mengambil pekerja part time dan freelance adalah pilihan lebih baik daripada menggajikan pekerja sepenuh masa.
Jadi sebelum membuat keputusan untuk mengambil sama ada pekerja sepenuh masa atau pekerja part time, mari belajar tentang perbezaan antara kedua-duanya dan banding pula dengan pekerja freelance dalam konteks kerja di Malaysia.
Pekerja Sepenuh Masa vs Pekerja Sambilan
Pekerja sepenuh masa (full time employee) didefinisikan sebagai pekerja yang menandatangani kontrak perkhidmatan untuk bekerja dengan majikan sepenuh masa sekurang-kurangnya 45 jam seminggu.
Menurut penetapan pada Akta Kerja 1955, pekerja sepenuh masa dilindungi dan diberikan faedah-faedah perlindungan undang-undang kerja di Malaysia. Antara faedah tersebut adalah:
- Tempoh Waktu Bekerja
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat 30 minit
- Pekerja tidak boleh bekerja kurang 8 jam sehari
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 19 jam sehari berturut-turut
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu
- Faedah Cuti Bergaji
- Cuti Rehat Mingguan
- Cuti Umum
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit dan Hospitalisasi
- Cuti Bersalin Wanita
- Cuti Paterniti Lelaki
- Faedah Potongan Wajib
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
- Skim Insurans Pekerja (SIP)
- Faedah Pemberhentian Kerja
- Tempoh Notis dan Pembayaran Pampasan Berhenti Kerja
Sementara itu, pekerja part time pula adalah mereka yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan namun tempoh jam bekerja antara 30% ke 70% sahaja berbanding pekerja sepenuh masa.
Penetapan dan perlindungan pekerja part time ini diterangkan dalam Peraturan Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010, yang juga merupakan sebahagian daripada Akta Kerja 1955. Jadi ini bermakna pekerja part time juga layak untuk menerima faedah-faedah seperti di atas.
Ceritanya berbeza pula untuk pekerja freelance di mana mereka tidak dilindungai oleh Akta Kerja 1955, sebaliknya mereka dilindungi di bawah Akta Kontrak 1950. Selain itu, melalui pelbagai inisiatif pekerja freelance juga boleh mencarum pada KWSP dan PERKESO.
Bila Nak Ambil Pekerja Sepenuh Masa Atau Pekerja Part Time?
Keputusan untuk menggajikan pekerja sepenuh masa atau pekerja part time ini bergantung kepada keperluan, bebanan kerja dan bajet syarikat. Dalam kes di Malaysia pekerja part time banyak diambil pada sektor perkhidmatan seperti pada industri makanan dan minuman (F&B).
Jadi dalam membuat keputusan untuk mengambil pekerja, syarikat perlu faham bila dan sebab kenapa nak ambil pekerja seperti di bawah.
- Ambil Pekerja Sepenuh Masa
- Bila syarikat perlu tenaga kerja yang ramai untuk tempoh jangka panjang
- Bila syarikat mahu membina perhubungan dengan pelanggan (customer relation)
- Bila syarikat mahu kekalkan atau kembangkan perniagaan sedia ada
- Bila syarikat memiliki aliran wang yang stabil untuk menampung kos perbelanjaan
- Ambil Pekerja Part Time
- Bila syarikat perlu tenaga kerja segera tanpa perlu menggajikan ramai pekerja
- Bila syarikat mahu fleksibeliti dalam pengurusan pekerja
- Bila syarikat baru berkembang dan dalam fasa awal perniagaan
- Bila syarikat mengisi jawatan tertentu yang tidak memerlukan kemahiran tinggi
Untuk menjawab persoalan manakah yang terbaik antara pekerja sepenuh masa dan pekerja part time adalah bergantung dengan keperluan syarikat itu sendiri. Tentunya memiliki pekerja sepenuh masa memberi jaminan jangka panjang dan pekerja part time tawarkan jaminan tenaga kerja segera.
Kesimpulannya, dalam memilik pekerja pihak majikan dan pegawai HR dinasihatkan untuk membuat proses rekrut dengan betul. Tidak kira status pekerja yang baik dapat membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi untuk berkembang.
Uruskan Pelbagai Jenis Pekerja Dari A-Z Dengan MySyarikat
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!