Di bawah penetapan undang-undang kerja, Akta Kerja 1955, seseorang pekerja layak untuk mendapat cuti tahunan (AL), Cuti Sakit (MC)/ Hospitalisasi, Cuti Paterniti untuk pekerja lelaki dan Cuti Bersalin untuk pekerja wanita.
Cuti-cuti ini merupakan sebahagian daripada hak pekerja yang dilindungi, dan jika pekerja masih memiliki baki AL dan ingin berhenti kerja, maka majikan wajib membayar lebihan cuti tersebut dengan wang tunai.
Tapi bagaimana jika AL semuanya telah habis digunakan dan pekerja perlu bercuti atas urusan peribadi? Bolehkah cuti tersebut ditolak dengan MC?
Jawapannya semestinya tidak, tetapi pekerja boleh memohon Cuti Kecemasan atau Emergency Leave (EL). Jadi artikel kali ini akan mengupas tentang panduan serta polisi Emergency Leave yang sering diamalkan di Malaysia.
Apa Itu Emergency Leave?
Emergency Leave atau cuti khas, sesetengah syarikat mungkin memanggilnya cuti belas kasihan, merupakan sebuah jenis cuti yang diberikan kepada pekerja dalam situasi di mana mereka menghadapi keadaan yang tidak dijangka atau memerlukan kehadiran mereka segera.
Mudah kata emergency leave ini ditawarkan majikan kepada pekerja untuk kemudahan khas apabila berlaku sesuatu kecemasan yang tidak dapat dielakkan, dan ia membenarkan pekerja untuk tidak hadir bekerja pada hari tersebut.
Sebenarnya emergency leave ini tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ia diperkenalkan berdasarkan polisi syarikat semata-mata, sama seperti cuti tanpa gaji (unpaid leave). Ini secara tidak langsung bermakna jika syarikat anda tidak amalkan emergency leave maka ia akan ditolak daripada cuti tahunan pekerja itu.
Polisi Emergency Leave di Malaysia
Suka diingatkan bahawa Akta Kerja 1955, yang mengawal selia segala penetapan hak pekerjaan di Malaysia, tidak menyatakan tentang emergency leave pada mana-mana seksyen. Ia bergantung seratus peratus pada polisi sesebuah syarikat itu semata-mata.
Atas faktor itu setiap syarikat mungkin memiliki polisi berbeza-beza untuk emergency leave ini. Tetapi untuk kebanyakan syarikat yang mengamalkan emergency leave, ini adalah beberapa alasan yang membolehkan pekerja untuk memohon cuti ini.
- Cuti Tahunan habis digunakan – pekerja telah menggunakan semua AL tetapi perlu cuti kerana kecemasan atau masalah peribadi yang munasabah.
- Kematian ahli keluarga – jika berlaku kecemasan seperti kematian ahli keluarga terdekat yang memerlukan pekerja untuk cuti segera.
- Bencana alam – jika berlaku bencana alam seperti banjir kilat atau kebakaran yang menyukarkan pekerja untuk hadir bekerja.
- Kecederaan atau penyakit – jika ada antara ahli keluarga seperti suami, isteri atau anak-anak yang sakit dan memerlukan perhatian segera.
- Kewajipan undang-undang – jika pekerja terlibat dengan perbicaraan mahkamah sebagai saksi atau yang memerlukannya hadiri prosiding di mahkamah.
- Kecemasan lain – jika berlaku sebarang kecemasan yang tidak dapat dielakkan seperti tayar pancit, kemalangan dan sebarang alasan yang munasabah untuk tidak hadir bekerja.
Jadi kalau berlaku sebarang kecemasan pekerja boleh mohon emergency leave pada bila-bila masa sahaja ke?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini setiap syarikat memiliki polisi berbeza-beza untuk emergency leave ini. Memandangkan ia bergantung kepada budi bicara majikan, jumlah dan waktu memohonnya bergantung kepada polisi yang diamalkan.
Namun, kebanyakan syarikat di Malaysia biasanya menawarkan 2 ke 3 hari sahaja emergency leave setahun dan permohonan untuk cuti ini mesti dibuat seawal mungkin serta memerlukan pekerja lampirkan bukti surat-menyurat jika ada.
Adakah Emergency Leave Cuti Berbayar?
Bergantung kepada budi bicara majikan dan polisi yang diamalkan syarikat. Kebanyakan syarikat di Malaysia mengamalkan emergency leave sebagai cuti berbayar tetapi ada sesetengah juga menganggap ia sebahagian daripada unpaid leave.
Jadi dinasihatkan untuk anda rujuk semula polisi dan dapatkan penerangan lebih lanjut mengenai situasi emergency leave syarikat anda.
Bolehkah Majikan Tolak Emergency Leave?
Keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan emergency leave ini terletak pada majikan itu sendiri. Berdasarkan bukti surat-menyurat dan alasan pekerja memohon emergency leave tersebut, majikan boleh menerima atau menolaknya.
Dalam kebanyakan kes ini adalah beberapa perkara yang perlu diambil maklum majikan dan pekerja apabila berkaitan emergency leave ini.
- Jenis Kecemasan – pertimbangkan jenis, sifat dan situasi kecemasan yang dihadapi.
- Waktu Pemberitahuan – pemberitahuan awal boleh mempengaruhi keputusan.
- Dokumentasi – surat-menyurat yang diberikan mesti sahih.
- Kontrak Pekerjaan – jika kontrak pekerja memiliki klausa yang membenarkannya.
- Polisi Syarikat – amalan yang dipraktikan dalam organisasi syarikat.
Kesimpulannya, emergency leave ini adalah sebuah kemudahan cuti yang diberikan majikan berdasarkan polisi diamalkan syarikat. Andai syarikat anda tidak mengamalkannya, maka ia boleh ditolak dari AL pekerja.
Automasikan Jadual Kerja Lebih Lancar dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan jadual cuti pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Penyelarasan jadual kerja boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Management MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus menyelaraskan permohonan, meluluskan pengesahan dan merekod jumlah cuti pekerja secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!
Hello, sekiranya pekerja EL adakah majikan dibenarkan untuk menolak gaji pekerja dgn secara double ? berbanding dgn unpaid leave?
Emergency leave adalah berdasarkan polisi syarikat, jika tiada EL ia boleh dianggap unpaid leave tapi tidak boleh tolak double ya.
Sekiranya sebuah syarikat menolak secara double , kami sebagai pekerja boleh membuat report kenapa JTK?
Boleh.