Umum mengetahui bahawa pekerja di Malaysia tanpa mengira sektor berhak dapat 6 jenis cuti seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955. Cuti-cuti ini merupakan cuti bergaji, dan jika majikan minta pekerja untuk bekerja maka perlu dibayar overtime (OT).
Tetapi bezanya antara mereka yang bekerja di sektor awam dan swasta adalah penjawat awam diberikan lebih banyak faedah kelayakan cuti. Perkara melibatkan kelayakan cuti bagi penjawat awam boleh dirujuk pada buku Perintah Am Bab C.
Jika sebelum ini MySyarikat pernah kongsikan tentang Cuti Rehat dan Award GCR bagi penjawat awam, artikel kali ini akan terangkan lebih mendalam tentang kelayakan cuti yang boleh dinikmati oleh mereka yang bekerja di sektor kerajaan.
Kelayakan Cuti Penjawat Awam
Secara asasnya cuti adalah tempoh di mana pekerja boleh meninggalkan tugasan kerja tanpa dianggap berhenti kerja. Ia merupakan salah satu faedah yang diberikan kepada pekerja untuk berehat dengan syarat pekerja perlu memohonnya.
Di bawah Perintah Am Bab C, penjawat awam boleh menikmati beberapa jenis cuti antaranya cuti kerana perkhidmatan; cuti atas sebab perubatan; cuti tidak berekod; dan lain-lain cuti. Ringkasannya adalah seperti berikut:
- Cuti Diberikan Kerana Perkhidmatan
- Cuti Rehat
- Cuti Separuh Gaji
- Cuti Tanpa Gaji
- Cuti Atas Sebab Perubatan
- Cuti Sakit
- Cuti Sakit Lanjutan
- Cuti Pemulihan
- Cuti Kecederaan
- Cuti Kuarantin
- Cuti Bersalin
- Cuti Tibi, Kusta Dan Barah
- Cuti Tidak Berekod
- Cutian Gantian
- Cuti Hadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan
- Cuti Lain-Lain Kusus
- Cuti Latihan Pasukan Sukarela
- Cuti Ambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
- Cuti Ambil Peperiksaan
- Cuti Menghadiri Mahkamah
- Cuti Menghadiri Mesyuarat MBK/MBJ
- Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
- Cuti Sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai
- Cuti Tugas Khas Perubatan
- Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
- Cuti Kursus Sambilan
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti Umrah
- Lain-lain Cuti
- Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan
- Cuti Menjaga Anak
- Cuti Haji
- Cuti Kecemasan Am
Syarat Kelayakan Cuti Penjawat Awam
1. Cuti Diberikan Kerana Perkhidmatan
Bagi memohon kelayakan cuti ini, pekerja perlu mendapat kelulusan boleh Ketua Jabatan, dan tempohnya juga bergantung kepada tahun perkhidmatan serta gred pekerja.
Untuk cuti separuh gaji pula penjawat awam boleh ambil cuti maksimum sepanjang 180 hari bergantung kepada tahun perkhidmatan dan bagi cuti tanpa gaji pula jumlah maksimum adalah 360 hari sepanjang pekhidmatan.
2. Cuti Atas Sebab Perubatan
Kebanyakan syarat bagi cuti perubatan ini tiada bezanya dengan yang ada dalam Akta Kerja 1955, iaitu tidak melebihi 180 hari dalam setahun dengan 90 hari pertama perlu dapat kelulusan Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya oleh Ketua Setiausaha.
Tempoh cuti kuarantin dibenarkan adalah 5 hari bagi setiap kes sementara untuk penyakit tibi, kusta dan barah pula membenarkan pekerja ambil cuti tidak melebihi 24 bulan dan tidak lebih 12 bulan.
3. Cuti Tidak Berekod
Jenis cuti ini bergantung kepada sebab yang diambil oleh pekerja itu sendiri dan kelayakan setiapnya berbeza-beza mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi asasnya untuk memohon jenis cuti ini pekerja perlu dapat kelulusan Ketua Jabatan atau mendapat surat arahan.
Malah, untuk tempoh cuti tidak berekod ini juga berbeza-beza mengikut jenis di mana cuti hadiri latihan tidak melebihi 14 hari sementara cuti menjalani latihan pula tidak melebihi 30 hari iaitu sama dengan tempoh cuti untuk mereka yang ambil bahagian dalam sukan atau olahraga.
4. Lain-Lain Cuti
Syarat utama bagi jenis cuti ini sama seperti yang lainnya iaitu perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu. Bagi tempohnya pula setiap cuti berbeza-beza bergantung kepada keperluan dan kelayakan.
Contohnya, cuti melakukan hari adalah selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu, kelepasan am dan cuti penggal persekolahan. Ia benar-benar bergantung kepada keperluan dan kelayakan permohon.
Fakta Kelayakan Cuti Penjawat Awam
Satu perkara yang setiap pekerja ambil maklum tanpa mengira sektor adalah jika permohonan cuti tidak dilulusakan tetapi pekerja masih bercuti, maka gaji pekerja boleh dipotong mengikut kadar hari hadir bekerja.
Ini kerana menurut Akta Kerja 1955 jika pekerja gagal menghadirkan diri ke tempat kerja selama 2 hari berturut-turut tanpa sebab, maka tindakan itu dianggap sebagai melanggar syarat kontrak perkhidmatan.
Atas faktor itu, anda sebagai pekerja tanpa mengira sektor perlu mendapatkan kelulusan bagi permohonan cuti terlebih dahulu sebelum bercuti. Tidak boleh untuk anda suka-suka cuti tanpa sebab kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan syarikat tetapi diri anda sendiri.