Skip to main content

Industri perhotelan memerlukan pekerja yang ramai terutamanya bagi syarikat berkaitan perhotelan yang mempunyai jumlah pelanggan sepanjang masa. Maka, menjalankan urusan dan pemprosesan untuk semua pekerja semestinya akan menjadi satu cabaran.

Misalan apabila melibatkan hal-hal penting seperti pengurusan gaji, permohonan cuti dan kehadiran pekerja dalam kuantiti besar, boleh memberi tekanan serta bebanan tambahan jika dilakukan oleh seorang sahaja pegawai sumber manusia (HR).

Tambahan lagi, corak waktu kerja untuk pekerja perhotelan tidak selaras untuk semuanya. Disebabkan ini, pengurusan untuk pekerja shift jadi lebih sukar untuk dipantau oleh pihak atasan dek kerana sebab waktu kerja yang berbeza-beza. 

Masalah HR Industri Perhotelan

Terdapat beberapa masalah berkaitan pengurusan HR yang boleh dikenal pasti dalam industri perhotelan terutamanya faktor waktu bekerja dan bilangan pekerja shift. Justeru, MySyarikat menyediakan solusi berdasarkan masalah-masalah ini. 

Pemantauan bagi pekerja shift menjadi sukar terutamanya untuk rekod kehadiran. Waktu bekerja yang berbeza dengan office hours, menyukarkan pegawai HR untuk buat pemantauan pekerja dengan betul.

Manakala, pengurusan gaji pekerja juga sering menjadi kesukaran kerana perlu mengira sekali potongan gaji seperti caruman KWSP dan PERKESO termasuk pengiraan overtime (OT). Oleh itu, kesilapan ketika mengira gaji pekerja boleh menjadi masalah yang sering berlaku dalam syarikat.

Majukan Bisnes Perhotelan Dengan MySyarikat

Bidang perhotelan pada zaman kini patut menggunakan sistem HRMS yang sesuai untuk memudahkan kerja-kerja HR dalam syarikat. Sistem HRMS seperti MySyarikat boleh meningkatkan efisiensi dalam pengurusan HR dengan lebih pantas. 

  1. Pengurusan Gaji Staff

Pengurusan gaji manual bukan lagi cara yang patut diamalkan dalam syarikat atas sebab kesukaran dan berpotensi untuk pegawai HR membuat kesilapan yang tidak diingini. Justeru, HRMS seperti MySyarikat boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Misalnya, sistem automasi mempunyai pemprosesan dan pengiraan gaji yang tepat dan mudah digunakan. Pekerja juga tidak perlu bimbang jika gaji mereka tersalah kira atau tidak dimasukkan. 

Ini kerana automasi mempunyai kebolehan untuk membahagikan gaji secara automatik kepada pekerja. Oleh itu, gaji pekerja akan dimasukkan pada setiap tarikh yang sudah ditetapkan oleh pegawai HR tanpa gagal. 

  1. Permohonan Cuti. 

Antara tugas pegawai HR yang paling penting merupakan menguruskan cuti untuk pekerja. Dengan menggunakan MySyarikat, pegawai HR boleh menggunakan fungsi e-leave dalam sistem tersebut.

Antara fungsi yang disediakan adalah permohonan cuti untuk pekerja dan kemudahan pemantauan jadual kerja pekerja. Dengan ini, segala permohonan boleh dilihat dan diluluskan dalam sistem sahaja.

Tambahan lagi, rekod-rekod permohonan cuti akan lebih mudah diakses dan senang untuk diuruskan pada sistem sahaja. Segala data untuk cuti yang akan datang lengkap dipaparkan walaupun untuk bulan-bulan yang seterusnya. 

  1. Merekod Kehadiran

Kehadiran pekerja sangat penting untuk memastikan kerja-kerja perhotelan berjalan dengan lancar. Kekurangan staff dalam waktu bekerja boleh membantutkan operasi syarikat dan mendatangkan masalah yang besar kepada pelanggan.

Fungsi kehadiran atau dikenali sebagai Smart Attendance MySyarikat bukan sahaja memudahkan pegawai HR dan pekerja dalam merekod kehadiran, ia juga boleh memupuk disiplin dalam jiwa untuk sentiasa hadir dan menepati masa setiap hari. 

Fungsi Smart Attendance direka dengan interface dan cara kegunaan yang senang difahami oleh pengguna. Maka, sistem ini bukan sahaja mudah malah memudahkan untuk semua pekerja dan majikan dalam syarikat.

Kesimpulannya, industri perhotelan sangat sesuai dan patut menggunakan MySyarikat dalam pengurusan. Mengaplikasikan MySyarikat bukan sahaja memudahkan majikan tetapi pekerja dan terutama pegawai HR yang mementingkan efiseinsi kerja.

Dengan kebarangkalian untuk pegawai HR mengurangkan risiko kesalahan, banyak industri-industri di Malaysia perlu mengambil kesempatan serta manfaat yang diberikan oleh sistem HR seperti MySyarikat.

Dalam pada itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang diperlu pegawai HR untuk perkembangan pekerja seperti peralatan memantau KPI pekerja bagi meningkatkan pengurusan ke tahap yang lebih tinggi!

Sudah tiba masa untuk naik taraf pengurusan syarikat anda tanpa mengira industri dengan ‘BOOK DEMO’ bersama kali sekarang!

Leave a Reply