Cuti tahunan adalah sebahagian daripada cuti bergaji yang layak untuk pekerja, selain dari cuti rehat mingguan dan cuti umum. Faedah cuti tahunan ini adalah hak pekerja dan digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Bahagian XII, Seksyen 60E.
Bergantung kepada tempoh perkhidmatan, jumlah cuti tahunan boleh capai 16 hari bagi pekerja yang bekerja 5 tahun atau lebih. Tapi bagaimana pula jika anda berhenti kerja dan baki cuti tahunan masih banyak? Adakah cuti tahunan anda burn begitu saja?
Cuti Tahunan, Akta Kerja 1955
Secara asasnya, seorang pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan layak untuk terima faedah cuti tahunan berdasarkan tempoh bekerja seperti berikut:
- 8 hari setahun untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun perkhidmatan
- 12 hari setahun untuk pekerja yang bekerja lebih 2 tahun tapi kurang 5 tahun perkhidmatan
- 16 hari setahun untuk pekerja yang bekerja lebih 5 tahun perkhidmatan
Di sini penting untuk pekerja ambil maklum bahawa kelayakan cuti tahunan pekerja dikira pada asas tahunan, iaitu kitarannya bermula 1 Januari tahun kalendar. Nama pun cuti tahunan kan!
Contoh mudahnya pekerja layak dapat 12 hari cuti tahunan, maka ini bermakna pekerja dapat 1 hari cuti sebulan. Kemudian pada 1 Januari tahun berikutnya kelayakan cuti akan ditetapkan semula (reset) jika ia tidak dibawah ke depan (carry forward).
Andai pekerja sertai syarikat pada pertengahan tahun contohnya mula bekerja pada 1 Julai dan diperuntukan 12 hari cuti tahunan, maka cuti tahunannya akan diprorata. Ini bermakna pekerja itu layak dapat 6 hari cuti tahunan bagi tahun itu.
Cuti Tahunan Tidak Dipakai
Kadang-kala pekerja terlalu rajin bekerja sampai tidak guna faedah cuti tahunan yang diberikan. Pada kes ini terdapat 2 pilihan yang boleh pekerja dan majikan lakukan terhadap lebihan cuti tahunan terkumpul itu.
Namun, penting untuk anda faham yang penetapan Seksyen 60E mengatakan jumlah cuti tahunan perlu digunakan dalam tempoh 12 bulan dan andai tidak digunakan lebihan cuti akan tidak dikira (burn).
1. Carry forward Cuti Tahunan
Seperti yang dinyatakan tadi kitaran cuti tahunan akan reset setiap 1 Januari tahun kalendar. Jika terdapat lebihan cuti tahunan, pekerja boleh carry forward sebahagian kecilnya ke tahunan depan bergantung kepada polisi syarikat.
Contohnya, polisi syarikat benarkan pekerja untuk carry forward 5 hari baki cuti tahunan ke tahun depan dan perlu digunakan sebelum 30 April. Pekerja pula layak dapat 12 hari cuti setahun tetapi guna 2 hari saja.
Di sini lebihan 5 hari cuti tahunan daripada 10 hari boleh carry forward ke tahun depan, bermakna 17 hari cuti (5 carry forward + 12 yang layak) untuk tahun depan tetapi dengan syarat baki 5 hari tersebut perlu digunakan sebelum 30 April.
2. Bayaran untuk Cuti Tahunan
Pilihan lain jika cuti tahunan tidak carry forward adalah dengan syarikat bayar lebihan cuti. Pilihan ini biasanya digunakan bagi pekerja yang ingin berhenti kerja tetapi ada lebihan cuti tahunan yang tidak digunakan.
Dalam kes ini, syarikat perlu bayar lebihan cuti tahunan pekerja sebagai ganti baki pada kadar gaji biasa atau Ordinary Rate Pay (ORP).
Contohnya ORP sehari pekerja sebanyak RM90 dan lebihan cuti tahunan yang tak digunakan adalah sebanyak 12 hari. Maka, majikan perlu bayar RM1080 (RM90 x 12 hari) sebagai ganti cuti tahunan tersebut.
Perlu diingatkan bahawa pembayaran ganti lebihan cuti tahunan ini tidak boleh diguna pakai terhadap pekerja yang diberhentikan tanpa notis atas kesalahan tingkah laku kerja seperti yang tersenarai pada Seksyen 14, Akta Kerja 1955.
Penting untuk majikan dan pekerja faham bahawa pilihan yang disenaraikan atas adalah berdasarkan polisi syarikat yang ditetapkan dalam kontrak pekerja. Akta Kerja 1955 tidak sebut tentang lebihan cuti tahunan pekerja boleh carry forward atau dibayar.
Walau apa pun pilihan, anda sebagai pekerja dan majikan perlu ambil maklum berkenaan baki serta jumlah kelayakan cuti tahunan yang diperuntukan. Gunakan cuti tahunan anda sebaiknya dan manfaatkan faedah cuti untuk dapat rehat yang diperlukan.
Hi, saya ada soalan nk tnye… Saya ada balance cuti tahunan 5hari, saya baru bekerja selama 7 bulan dan saya akn behenti pada bulan 5 kerana dpt kerja baharu…. so saya ada apply cuti tpi ditolak dan takboleh digunakan.. adakah balance 5 hari tu dikira burn ?
Cuti merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja boleh menggunakan cuti tersebut mengikut jumlah ditetapkan. Bagi pekerja yang ingin berhenti, cuti tersebut boleh dihabiskan atau jika memiliki baki majikan perlu membayarnya.
Saya nak tanya kalau saya nk resign notice saya 2 bulan, saya hantar pada 13/3/2024 dan berakhir pada 14/5/2024. Tapi saya ada AL sebanyak 5 hari untuk berhenti awal. Jika saya guna 5 hari tu adakah saya masih terima bayaran untuk 5 hari tu?
AL merupakan hak pekerja, sekiranya pekerja ingin berhenti dan masih mempunyai baki AL maka pekerja dinasihatkan untuk menggunakannya namun jika tidak digunakan syarikat perlu membayar lebihan cuti tersebut.
Hi,Saya nak tanya
Boleh ke majikan guna annual leave kita untuk ganti public holiday yg mereka tk mahu kasi double?
Cuti tahunan merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja layak menggunakan cuti tahunan yang diberikan mengikut penetapan yang dibenarkan, dan andai pekerja berhenti dan memiliki baki cuti majikan perlu membayarnya dalam bentuk wang.
salam,nk tnya jika sy cuti tahuan pada cuti ummu maji kena bayar atau tk perlu bayar
Cuti tahunan yang jatuh pada cuti umum tidak perlukan sebarang bayaran.
saya telah diberhentikan..majikan membayar bayaran cuti tahunan saya sebanyak RM1033.00 dan carry forward leave RM 794.81..tetapi semua bayaran ni telah ditolak dengan kwsp dan cukai..bolehkah majikan buat sebegitu?
Setiap pembayaran yang dikreditkan sebagai gaji adalah subjek kepada caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Rujukan lanjut untuk jenis pembayaran yang menjadi subjek kepada caruman gaji boleh rujuk pada portal rasmi KWSP dan PERKESO.
saya hantar notis perletakan jawatan ( satu bulan notis ) pada 15/07/2024 hingga 14/08/2024..
kemudian pada 16/07/2024 saya apply cuti tahunan 30/07/2024 hingga 14/08/2024.. ada ka saya berhak apply cuti tahunan dalam tempoh notis perletakan jawatan saya tengah berjalan..
Cuti tahunan merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ini bermakna pekerja berhak untuk menggunakannya walaupun dalam tempoh notis. Andai masih terdapat lebihan cuti yang tidak digunakan maka wajib membayar baki cuti tersebut dalam bentuk wang.
sekiranya majikan ingin membayar baki cuti tahunan berasingan dengan gaji bulanan, adakah perlu penolakan cukai, perkeso & kwsp?
Setiap badan seperti KWSP dan PERKESO memiliki definisi tersendiri untuk membuat potongan pada caruman gaji pekerja. Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi KWSP atau PERKESO untuk lihat jenis caruman pekerja yang lebih lengkap.
saya ingin bertanya. vacation leave pay (VLP) daily rated pekerja selalu dibayar pd hujung tahun semula..sekiranya pekerja tersebut adalah pekerja kontrak..adakah pekerja kontrak itu layak untuk mendapat VLP tersebut?
Akta Kerja tiada mengatakan dengan vacation leave pay jadi adalah dinasihatkan untuk rujuk semula kontrak dan polisi yang mengatakan layak serta kelayakan cuti tersebut.
Hi, adakah wajib untuk setiap syarikat membayar atau membuat carry forward cuti tahunan? sekiranya syarikat meminta para pekerja untuk menghabiskan cuti pada tahun yang sama, tidak boleh di bring forward atau tidak akan dibayar sekiranya ada balance cuti. Bolehkah peraturan sebegitu digunakan?
Jika mengikut Akta Kerja 1955 cuti tahunan perlu dimanfaatkan pekerja dalam tempoh 12 bulan dan andai pekerja tidak menggunakannya cuti tersebut akan dianggap tidak digunakan (burn). Pembayaran cuti tahunan biasanya dibuat apabila pekerja ingin berhenti kerja dan memiliki baki cuti lebihan.
Hi, saya menghantar notis berhenti pada 30 Jun dan akan berakhir pada 30 August. Cuti tahunan saya sebanyak 14 hari dan cuti yang telah digunakan adalah sebanyak 8 hari. Soalan saya, dengan berbaki 6 hari cuti tahunan saya itu, adakah saya boleh menggunakan kesemua cuti (6 hari) tanpa perlu meninggalkan cuti untuk 4 bulan (sept – dec) baki dari tahun tersebut?
Boleh. Melainkan jika cuti tersebut prorate maka jumlah cuti yang diterima mungkin berbeza.
Saya nak tanya pasal cuti tahunan.saya sudah bekerja 11 tahun, sepatutnya cuti tahunan saya 16 hari,tapi majikan cuma bagi 7 hari cuti tahunan sejak awal masuk kerja.
Situasi sekarang majikan saya mahu kecilkan kilangnya dari besar jadi kilang kecil.jadi nama kilang pun bertukar dari MANUFACTURE(kilang besar) ke kilang SDN BHD(kilang kecil)
Persoalan saya disini adakah baki cuti tahunan saya yang lalu(kilang besar)masih boleh buat tuntutan baki cuti tahunan?
Soalan ke 2.Pertukaran nama syarikat boleh mempengaruhi tak tuntutan cuti tahunan kami?
Dalam Akta Kerja, bagi pekerja yang dah lebih 5 tahun cuti tahunan adalah 16 hari. Jika menerima surat tawaran baru, perlu mengikut yang baru dan jika tak, tidak perlu. Boleh berbincang dengan HR berkaitan cuti tahunan dan apa yang diberikan daripada kilang lama kepada kilang baru.
Maksudnya kalau ikut yang baru,baki cuti tahunan yang lama tidak dapat claim sudah ka.?
Maw jumpa HR pun,dia mgelak kalau tanya pasal cuti tahunan.
Kalau ikut Akta Kerja sebenarnya cuti tahunan tidak boleh carry forward, tetapi bergantung kepada polisi syarikat sesetengahnya membenarkan lebihan cuti carry forward to tahun depan. Tetapi untuk pekerja yang berhenti dan ada baki cuti, terdapat pilihan untuk menghabiskannya atau majikan membayar cuti tersebut.
Saya ada soalan lagi.saya sudah lama bekerja 10 tahun dan dari start masuk kerja sehingga la sampai 10 tahun cuti tahunan kami majikan beri cuma 7 hari saja.jadi sekiranya saya nak tuntut baki cuti tahunan saya selama 10 tahun saya bekerja tu. adakah ada tarikh luput untuk tuntutan cuti tahunan tersebut sebabkan suda lama 10 tahun.
Adakah boleh tuntut semua baki cuti tahunan selama 10 tahun bekerja?
Akta Kerja menyatakan pekerja yang bekerja lebih 5 tahun layak dapat 16 hari cuti tahunan. Untuk pekerja yang ingin berhenti tetapi masih ada baki cuti makin wajib bayar cuti tersebut. Untuk kes ini cuti yang boleh dituntut hanya cuti untuk tahun ingin berhenti tersebut sahaja jika memiliki baki cuti lebihan sebelum tarikh akhir berhenti.
salam nak tanya company suruh cuti tpi gaji tidak berbayar boleh ke mcm tu. tolong beri penjelasan?
Di sini syarikat tidak boleh memaksa pekerja untuk ambil cuti dan menurut penetapan Akta Kerja jenis cuti seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti hospitalisasi adalah cuti berbayar. Dinasihatkan untuk adukan sebarang masalah berkaitan kerja ke Jabatan Tenaga Kerja untuk penyelesaian lanjut.
Hi,, saya sdah bkeja hampir 3 tahun. cuti tahunan saya ada 8 hri / tahun. Syarikat yg saya berkeja skrng mnggunakan sistem prorata. soalanya , hujung bulan ni saya akan resign. tp cuti tahunan saya masih berbaki 6 hri.. tp saya hnya layak dpt 3 hri shja kerana saya akan resign akhir bulan ogos ni. balance 3 akan burn atau mcm mna ya?
Cuti tahunan adalah hak pekerja. Jadinya di sini pekerja yang ingin berhenti dan ada baki cuti boleh pilih sama ada untuk habiskannya sebelum berhenti atau majikan perlu membayar lebihan cuti tersebut.
Selamat Sejahtera, company saya tidak membenarkan kami untuk menggunakan AL di Sabtu/Ahad?
Adakah ianya suatu arahan yg sahih? company pilih hari yg boleh kita mengambil AL?
Cuti tahunan adalah hak pekerja. Di sini pekerja berhak untuk menggunakan cuti tahunan mereka pada bila-bila masa dalam setahun. Tetapi sekiranya syarikat dapati tarikh permohonan cuti tersebut tidak sesuai contohnya perlukan pekerja bekerja, maka ia boleh ditunda ke hari lain. Untuk kes seperti ini dinasihatkan untuk berbincang semula dengan HR dan majikan .
Saya dinilai sebagai staff yang incompetent dan HOD ingin meletakkan saya dalam PIP. Walaubagaimanapun sebelum PIP dijalankan saya menghantar notis 2 bulan efektif 14/8 dan saya mempunyai baki cuti tahunan 19.5 hari. Hari terakhir saya bekerja seharusnya selepas penolakan semua cuti tahunan saya adalah 13/9. Tetapi HOD melarang saya menghabiskan cuti tahunan dan ingin membayar kesemua cuti saya dengan alasan perlu menunggu pengganti saya masuk. Apakah hak saya untuk menghabiskan cuti saya dan bolehkan HOD menahan saya sedangkan dia telah menilai saya sebagai incompetent walaupun saya tidak pernah mempunyai sebarang tindakan tatatertib dikenakan sepanjang tempoh perkhidmatan saya.
Cuti tahunan merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Tetapi majikan juga memilik hak untuk meluluskan atau tidak bergantung kepada situasi syarikat misalnya jika kekurangan pekerja. Jadi baki cuti lebihan tersebut perlu dibayar sekiranya pekerja ingin berhenti.
Maaf tumpang tanya… jika pihak majikan habis kontrak tapi bayaran cuti tahunan tiada di berikan bolehka kami bekas pekerja ni (security) menuntut dgn pihak majikan,Dan brapa hari boleh di tuntut..
Cuti tahunan adalah hak pekerja, dan pekerja layak untuk menggunakan cuti tersebut dalam tempoh setahun. Andai pekerja ingin berhenti maka majikan wajib bayar lebihan cuti tahunan pekerja tersebut.
Hi, saya telah bekerja lebih dari setahun.. cuti tahunan saya masih berbaki 6 hari, majikan saya telah diberitahu secara lisan bahawa cuti tahunan hanya boleh digunakan 1 hari sahaja setiap sebulan. sekiranya saya mengambil cuti 2 hari dlm sebulan, hari kedua dikira sebagai cuti tanpa gaji. bolehkah majikan membuat arahan dan syarat sedemikian.
Jika diikutkan cuti tahunan hanya boleh digunakan selepas 1 tahun berkhidmat. Selepas tempoh itu pekerja layak gunakan cuti tahunan mengikut kouta yang diperuntukan. Untuk kes ini dinasihatkan berbincang dengan majikan kerana majikan tidak berhak menolak cuti pekerja melainkan jika memerlukan pekerja pada hari cuti tersebut.
Salam Encik. Saya telah bekerja di industri kilang Sarawak selama 5 tahun. Notis berhenti kerja adalah satu bulan. Tambahan pula, saya ada baki cuti tahunan (AL) sebanyak 12 hari. Persoalan saya, jika saya ingin berhenti kerja dan menggunakan AL 12 hari, adakah boleh atau tidak? Ataupun bergantung kepada budi
bicara HR atau majikan? Terima kasih.
Pekerja berhak guna AL sepanjang tempoh setahun, dan jika ingin berhenti tetapi ada baki cuti maka majikan wajib bayarnya. Untuk rujukan lanjut boleh dibuat pada Ordinan Buruh Sarawak.
Hi… Sye nak tanya berkenaan cuti tahunan …untuk cuti tahun majikan Sye maklum kan pada saya boleh digunakan kalau cukup 1 tahun menjadi supervisor… Tpi kalau Sye xjadi supervisor Sye xde AL ke? Dan knpe perlu tunggu satu tahun btl ke?sekira nya Sye perlu menunggu jawatan supervisor selama 1tahun bermakna saya sudah bekerja selama 1tahun 6bulan bru berhak mendapat kan cuti tahunan… Adakah ini betul mengikut akta buruh?
Ia mengikut penetapan akta. Hal ini kerana akta nyatakan cuti tahunan hanya boleh diberikan kepada pekerja setelah cukup 12 bulan perkhidmatan. Sesetengah syarikat mungkin benarkan pekerja guna cuti tahunan selepas tamat tempoh percubaan.
Hai…kalau contohnya majikan tiada buat kwsp…bolh kah kita tuntut cuti tahunan tersebut wajibkah bos bayar dgn kita…biarpun bos tiada buat kwsp,?
Majikan wajib bayar KWSP, ia merupakan hak pekerja. Jika majikan didapati tidak buat caruman boleh adukan ke KWSP. Cuti tahunan juga merupakan hak pekerja.
hai assalamualaikum nak tanya, saya sign dan masuk kerja jun. jadi cuti tahunan saya patut renew on januari every year atau setahun setiap jun?
Cuti tahunan hanya diberikan selepas pekerja lengkap 12 bulan perkhidmatan dengan majikan.
Assalamualaikum nak tanya, saya masuk pada 20 November 2023.. dan tahun ni 21 November 2024 masuk baru masuk Al saya 8 hari, tapi majikan hanya benarkan saya pakai 2 hari sahaja, adakah lagi 6 hari tu akan dikira burn ataupun dibayar?
Sepatutnya Tuan/Puan layak dapat 8 hari cuti tahunan kerana sudah cukup setahun bekerja. Jika terdapat baki tersebut majikan perlu bayarnya jika pekerja berhenti kerja.
Assalamualaikum, saya nak tanya? kalau cuti kahwin boleh pakai berapa hari untuk annual leave dalam sebulan? saya ada annual leave 8 hari? boleh ke pakai sebulan tu dalam 3 hari setengah 1/2 waktu bulan yang sama?
Cuti kahwin adalah berdasarkan polisi syarikat ya.
Hi, saya nak tanya..pihak majikan kami telah memberikan arahan untuk cuti sehari sebab kilang tidak dapat beroperasi disebabkan masalah tertentu. Dengan itu, pihak majikan juga akan memotong cuti tahunan pekerja. Adakah ini betul atau sebaliknya.
Salah. Pihak majikan tidak boleh memotong cuti tahunan pekerja disebabkan masalah syarikat. Hak pekerja tetap hak pekerja.