Skip to main content

Pada bulan Februari tahun 2022, dua lelaki dan dua wanita ditahan selepas ditangkap terlibat dalam kegiatan penjualan sijil cuti sakit palsu di Shah Alam, Selangor. Mereka dipercayai telah menjalankan kegiatan tersebut sejak tahun 2020 semasa permulaan awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa Malaysia dilanda wabak Covid-19. Keempat-empat mereka telah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sijil Cuti Sakit Palsu Tidak Sah

Jika anda rujuk kembali artikel mengenai 6 jenis cuti yang layak untuk pekerja, anda semestinya tahu bahawa jumlah cuti yang telah ditetapkan untuk cuti sakit adalah setimpal dengan keadaan semasa. Kelonggaran juga telah disediakan oleh majikan mengikut Akta Pekerja 1955 Pindaan 2022.

Jadi, sekiranya anda menggunakan sijil cuti sakit palsu, perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar Akta Pekerja 1955 dan juga Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hingga boleh menyebabkan dibuang kerja serta-merta.

Bukan itu sahaja, sekiranya sijil cuti sakit palsu itu datang dari pegawai perubatan sendiri, tindakan tegas akan diambil ke atas pegawai perubatan tersebut. Sekiranya, pegawai perubatan tersebut tidak ada kaitan dengan penjualan sijil cuti sakit palsu tersebut dan membuktikan bahawa tidak bersalah, aduan boleh dibuat ke saluran yang betul untuk diambil tindakan lanjut. Tetapi, jika tiada aduan dibuat, pegawai tersebut boleh dianggap bersubahat dan akan dikenakan tindakan tegas.

Cuti Paterniti Yang Diberikan Tidak Cukup, Salah Ke Saya Ambil Cuti Lagi?

Sekiranya cuti paterniti (untuk pekerja lelaki yang pasangannya baru melahirkan anak) yang telah ditetapkan majikan tidak mencukupi untuk pekerja tersebut, segeralah berjumpa dengan bahagian sumber manusia syarikat untuk memohon penambahan cuti.

Pengambilan cuti tidak salah tetapi yang menjadi kesalahan adalah sijil cuti sakit yang palsu yang disediakan untuk permohonan cuti. Setiap tindakan yang dilakukan selagi bekerja dibawah majikan adalah tertakluk dengan akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan semberono mengambil langkah mudah dengan membeli sijil cuti sakit palsu, tetapi, berbincanglah dengan majikan anda.

Bukan sahaja reputasi pekerja akan terjejas, malah, syarikat juga akan menerima tempias kerana organisasi sebuah syarikat memberi kesan terhadap syarikat itu sendiri. Jadi, jangan penting diri ya.

Sebagai Majikan, Apa Perlu Saya Lakukan?

Jika anda seorang majikan yang berhadapan dengan isu ini, anda boleh merujuk akta untuk tindakan selanjutnya sama ada diberi surat amaran. Tetapi, jika isu tersebut kerap berlaku, maka ambillah tindakan tatatertib yang sewajarnya seperti perlucutan jawatan atau pemberhentian kerja terhadap pekerja tersebut. Soal isu ini tidak boleh dianggap remeh kerana setiap tindakan yang dibuat oleh pekerja akan memberi tempias terhadap syarikat.

Sebagai seorang majikan yang berwibawa, anda perlu sentiasa merujuk garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan tidak kiralah dalam konteks gaji, cuti, mahu pun pengambilan pekerja.

Tanggungjawab Seorang Pekerja

Dan untuk anda yang bekerja di bawah majikan, tanamkan rasa tanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberi kerana bekerja juga merupakan satu ibadah yang dituntut dalam agama. Isu sijil cuti sakit palsu ini dikategorikan sebagai suatu pembohongan yang akan menjurus ke arah kejahatan. Elakkan dari melakukan perkara buruk ini.

Jom Jadi Pekerja Contoh

Jika anda seorang pekerja dan tidak tahu kelayakan jumlah cuti tahunan anda, rujuklah dengan bahagian sumber manusia anda. Lagi mudah sekiranya syarikat anda menggunakan Sistem MySyarikat kerana segalanya hanya di hujung jari. Marilah menjadi pekerja yang hebat dan berintegriti.

Jom langgan Sistem MySyarikat!

Leave a Reply