Skip to main content

Pada awal tahun ini Kabinet Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan penjawat awam baharu berstatus tetap kini tidak akan menerima pencen. Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri.

Pada kenyataan sama juga beliau menyarakan penjawat awam baharu untuk membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Oleh itu, penting untuk pegawat awam mengetahui cara untuk membuat caruman tersebut pada gaji bulanan yang diterima.

Perkhidmatan Caruman KWSP Kepada Penjawat Awam

Untuk makluman, KWSP atau dalam bahasa English Employee Provident Fund (EPF) merupakan satu badan pengurusan dana persaraan utama di Malaysia. Visi utama KWSP ini adalah untuk membantu ahlinya mencapai persaraan selesa melalui caruman sebahagian daripada gaji yang diterima setiap bulan.

Sebenarnya, pihak KWSP sudah lama memperkenalkan perkhidmatan caruman ke dalam dana persaraan bagi mereka yang bekerja di sektor perkhidmatan awam. Rujukan lebih lanjut untuk perkhidmatan ini boleh dibuat pada bahagian Pekerja Berpencen dan Persaraan Pilihan.

Menurut penetapan tersebut ia mengatakan bahawa ahli KWSP berdaftar yang bekerja di sektor awam dibenarkan untuk membuat pengeluaran selepas mencapai taraf berpencen di bawah bahagian Perkhidmatan Pekerja Berpencen.

Sementara itu, ahli KWSP berdaftar yang memilih untuk bersara awal dan diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau pekerja kerajaan yang bersara atas pilihan di bawah penswastaan tetapi masih bekerja boleh membuat Pengeluaran Persaraan Pilihan.

Ringkasan lanjut mengenai Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Persaraan Pilihan adalah seperti berikut:

  1. Pekerja Berpencen
  • Umur bawah 55 tahun
  • Pekerja dalam sektor awam
  • Pekerja dalam Kementerian Pertahanan
  • Pekerja dalam Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  • Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
  1. Pesara Pilihan 
  • Umur bawah 55 tahun
  • Bersara dari Perkhidmatan Awam secara pilihan
  • Telah menerima bukti pengesahan tarad pesara
  • Berkhidmat dengan agensi Kerajaan dan telah bersara secara pilihan di bawah penswastaan/ pengkorporatan tetapi masih bekerja dengan agensi berkenaan

Melalui perkhidmatan ini ia jelas menunjukkan bahawa KWSP turut membenarkan pekerja yang bekerja di sektor awam membuat caruman sebahagian daripada gaji mereka bagi mana-mana pekerja yang menolak pencen kerajaan.

Kelebihan Skim KWSP Kepada Pekerja Awam

Jika diikutkan kelebihan mencarum KWSP kepada penjawat awam dan pekerja swasta tiada perbezaannya. Hal ini kerana mencarum ke dalam dana persaraan adalah sama seperti membuat satu tabung simpanan untuk masa jangka panjang.

Antara kelebihan mencarum ke dalam KWSP adalah seperti berikut:

  • Boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu

KWSP menawarkan beberapa jenis pengeluaran khas kepada ahlinya seperti untuk tujuan perubatan, pendidikan, pembayaran rumah atau membina rumah. Tentunya pengeluaran ini hanya boleh dibuat daripada Akaun 2 sahaja.

  • Faedah pelepasan cukai

Antara faedah yang diterima ahli KWSP adalah pelepasan cukai pendapatan yang boleh dinikmati setiap tahun. Seperti umum mengetahui bahawa setiap tahun pekerja wajib membayar cukai dan pelepasan yang ditawarkan dapat mengurangkan jumlah bayara.

  • Boleh memilih jumlah caruman

Salah satu kelebihan mencarum ke dalam KWSP adalah pekerja boleh membuat pilihan jumlah caruman sama ada 11% atau 13% bergantung kepada keinginan sendiri. Satu perkara yang pasti adalah jumlah caruman majikan tetap iaitu pada 13% setiap bulan.

  • Mudah untuk memantau jumlah caruman

Melalui perkhidmatan atas talian (online) dan app KWSP i-Akaun, pekerja boleh memantau jumlah caruman yang dibuat setiap bulan. Selain itu, melalui perkhidmatan ini juga ia membolehkan pekerja untuk menukar jumlah caruman mengikut pilihan.

  • Pilihan pengeluaran yang pelbagai

Khas untuk pekerja awam yang memilih skim KWSP, terdapat 2 jenis pengeluaran yang diberikan kepada pekerja sebagai mencapai taraf persaraan. Jadinya bagi mereka yang memutuskan untuk bersara awal ia dapat membantu menampung kehidupan.

  • Faedah dividen

Tidak dilupakan juga bahawa setiap ahli yang mencarum KWSP layak untuk menerima faedah dividen setiap tahun. Ini bermakna setiap simpanan yang dibuat akan bertambah melalui dividen yang diperoleh hasil dari keuntungan KWSP setiap tahun.

Automasikan Caruman KWSP Dengan MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia!

Adakah sedang mencari HR software terbaik yang boleh automasikan pembayaran caruman KWSP/PERKESO/SIP pekerja setiap bulan? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply