Skip to main content

Musim percukaian tiba lagi dan bagi individu yang layak dikenakan cukai, wajib untuk membuat pemfailan cukai pendapatan, atau turut juga dipanggil sebagai pengisytiharan. Bagi yang belum pernah membuat pemfailan cukai pendapatan mungkin merasakan ia satu cabaran yang besar.

Namun, pada zaman digitalisasi kini segala pengurusan dapat dibuat secara atas talian (online) di hujung jari sahaja. Ini termasuk membuat pemfailan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Wajib Ke Buat Pemfailan Cukai Pendapatan?

Sebelum ini pernah dibincangkan tentang kategori individu layak dikenakan cukai, di mana pekerja dengan pendapatan melebihi RM34,000 setahun wajib mengisytiharkan diri sebagai pembayar cukai.

Penetapan tersebut telah dikeluarkan sendiri oleh LHDN setiap tahun berdasarkan perundangan sedia ada pada Akta Cukai Pendapatan 1967, dan jumlahnya mungkin berbeza-beza. Rujukan lanjut boleh dibuat di laman rasmi LHDN sendiri.

Bagi yang belum pernah membuat pemfailan cukai pendapatan, pembayaran cukai ini adalah WAJIB. Hal ini kerana hasil yang dikutip daripada pembayar cukai ini akan digunakan semula oleh kerajaan untuk pentadbiran dan pengurusan negara.

Kerajaan akan mengagihan kutipan cukai tersebut untuk perbelanjaan pada palbagai sektor termasuk keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah dan bagi tujuan pembangunan ekonomi seperti pada sektor kebajikan.

Cara Buat e-Filing LHDN

Bermula 1 Mac 2024 tempoh hari individu yang layak dikenakan cukai sudah boleh mula membuat pemfailan, atau turut dipanggil sebagai e-filing melalui sistem ezHASiL oleh LHDN. Tarikh akhir untuk membuat pemfailan adalah pada 30 April 2024.

Sebagai makluman e-Filing ini adalah satu kaedah yang diperkenalkan LHDN untuk memudahkan pengguna menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara online tanpa memerlukan individu pergi ke kaunter.

Sungguhpun penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan secara manual masih diterima, pihak LHDN menggalakkan pengguna untuk menggunakan sistem ezHASiL yang lebih memudahkan.

Di bawah adalah tutorial mudah untuk membuat e-Filing melalui sistem ezHASiL. Suka diingatkan tutorial ini adalah ringkasan sahaja, rujukan lanjut untuk sebarang pembayaran cukai dinasihatkan untuk melawat laman rasmi LHDN.

  1. Daftar Akaun LHDN

Untuk yang kali pertama membuat pemfailan perlulah membuat pendaftaran akaun LHDN sama ada secara online atau melawat ke cawangan LHDN terdekat. Bagi cara online, layari portal rasmi eDaftar.

Kemudian pengguna perlu dapatkan nombor Pin untuk tujuan pendaftaran e-filing. Kegunaan nombor Pin ini akan digunakan semasa log masuk ke dalam laman rasmi ezHASiL nanti. Sebaik memasuki ezHASiL pengguna perlu tandatangan Sijil Digital dan cetakkan pengesahan penerimaan e-Borang.

  1. Layari MyTax 

Selepas selesai pendaftaran tadi, pengguna kini sudah boleh mula membuat pemfailan cukai pendapatan dengan melayari portal MyTax. Langkah seterusnya adalah seperti berikut:

  • Log masuk dengan isikan nombor kad pengenalan
  • Pergi ke bahagian e-Filing dan pilih e-Borang yang diperlukan
    • e-E: Majikan
    • e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
    • e-B: Individu warganegara yang ada punca pendapatan perniagaan
    • e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekrja Berpakaran warganegara Malaysia
    • e-P: Perniagaan perkongsian
    • e-M: Individu bukan warganegara
    • e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakran warganegara Malaysia
  • Isi dan lengkapkan maklumat borang
    • Maklumat Individu
    • Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
    • Pelepasan /Rebat/ Tolak Cukai/ Pelepasan Cukai
    • Rumusan
  • Semak segala maklumat kemudian tekan ‘Tandatangan & Hantar’

Automasikan Pengiraan Cukai Dengan MySyarikat!

Akhir kata untuk yang pertama kali membuat pemfailan cukai pendapatan tidak perlu bimbang kerana sistem diperkenalkan LHDN kini telah diperkemas dan dipertingkatkan. Pekerja hanya perlu dapatkan EA Form dari majikan sebelum mula buat pemfailan.

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat menjana EA Form pekerja dengan panas dan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply