Secara umumnya, pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan atau juga disebut sebagai kontrak kerja sama ada bertulis atau tidak layak untuk menerima faedah cuti seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955.
Turut digariskan dalam Akta Kerja 1955 adalah peraturan waktu-waktu kerja di bawah Seksyen 60A, di mana ia mengatakan pekerja juga layak untuk mendapatkan tempoh waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh 5 jam bekerja.
Waktu-Waktu Kerja
Jika dirujuk dalam buku perundangan bekerja negara, terdapat satu seksyen khas yang menerangkan tentang peraturan waktu bekerja bagi pekerja di Malaysia. Perlu difaham sini bahawa peraturan ini sebenarnya terpakai kepada semua sektor temasuk penjawat awam.
Di bawah Seksyen 60A, Waktu kerja dan bekerja pada waktu malam dalam Akta Kerja 1955 mengatakan bahawa seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki di bawah kontrak perkhidmatannya bekerja:
- Lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa tempoh kelapangan tidak kurang daripada jangka masa 30 minit
- Lebih daripada 8 jam dalam satu hari
- Lebih tempoh masa 10 jam dalam satu hari
- Lebih daripada 45 jam dalam tempoh seminggu
Berdasarkan penetapatan tersebut, boleh disumpulkan bahawa seorang majikan perlu memberikan pekerja tempoh waktu rehat paling kurang 30 minit sehari selepas bekerja sekurang-kurangnya 5 jam.
Dan kebiasannya di Malaysia, tempoh waktu rehat pekerja ditetapkan untuk 1 jam dari pukul 1 sehingga pukul 2 petang. Namun, berdasarkan polisi syarikat tempoh waktu rehat ini boleh diawalkan pada pukul 12 tengahari atau dipanjangkan sehingga 1 jam 30 minit.
Namun, apa yang pasti majikan tidak boleh mengurangkan tempoh waktu rehat sehari pekerja contohnya 15 minit sahaja melainkan jika tugasan tersebut memerlukan ia dijalankan atau pemerhatian secara berterusan.
Akan tetapi bagi kes tugasan kerja yang memerlukan ia dijalankan atau pemerhatian secara berterusan ini pula ada diterangkan pada sub-seksyen (1)(d)(ii) di mana,
“Seseorang pekerja yang terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan dan yang memerlukan perhatiannya yang terus-menerus boleh dikehendaki bekerja selama 8 jam berturut-turut termasuk tempoh atau tempoh-tempoh yang tidak kurang dari 45 minit kesemuanya di mana dalam tempoh itu dia mempunyai kesempatan untuk makan;”
Waktu Rehat Termasuk Cuti Rehat Mingguan
Terdapat banyak kes di mana majikan sama ada mengganggu waktu rehat harian atau waktu cuti rehat mingguan pekerja. Hal ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk sama ada majikan memberi tugasan tambahan atau menelefon pekerja semasa sedang berehat.
Pada dasarnya majikan tidak boleh mengganggu waktu rehat pekerja ini, sama ada waktu rehat harian atau waktu rehat mingguan. Ini termasuk juga luar waktu bekerja pekerja, di mana Seksyen 60A(9) mengatakan bahawa
“Waktu-waktu kerja ertinya jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakannya sendiri.”
Jadi berdasarkan penetapan tersebut boleh disimpulkan bahawa majikan tiada kuasa untuk memberi tugasan kepada pekerjanya di luar waktu-waktu kerja ditetapkan. Contohnya seperti pekerja sedang bercuti atau ketika berehat di rumah pada waktu malam.
Andai majikan meminta pekerja untuk membuat tugasan semasa diluar waktu bekerja ditetapkan, contohnya semasa pekerja sedang cuti rehat mingguan maka pekerja itu layak untuk menerima pembayaran kadar kerja lebih masa (overtime).
Hak Pekerja Untuk Dapat Rehat
Sebenarnya, Akta Kerja 1955 telah digubal secara adil untuk menjaga hak pekerja dan majikan. Setiap seksyen dalam Akta Kerja 1955 bukan sahaja dirangkan untuk memberi manfaat pekerjaan tetapi faedah kesihatan dan keselamatan kepada semua.
Antara manfaat, terutamanya melibatkan cuti, yang setiap pekerja dan majikan perlu cerna adalah,
- Seksyen 59 (Hari rehat)
- Seksyen 60 (kerja pada hari rehat)
- Seksyen 60A (waktu kerja dan bekerja pada waktu malam
- Seksyen 60D (Hari kelepasan)
- Seksyen 60E (Cuti tahunan)
- Seksyen 60F (Cuti sakit)
- Seksyen 60FA (Cuti paterniti)
Kesimpulannya, mengetahui hak-hak yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 ini bukan sahaja tanggungjawab majikan tetapi pekerja itu sendiri. Jika semua pihak mencerna dan mengetahui hak masing-masing tidak akan timbul masalah gangguan waktu rehat pekerja.
Selaraskan Waktu Kerja, Waktu Cuti dan Gaji Pekerja Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah memproses cuti pekerja? Perlukan sistem pengurusan cuti yang efisien untuk selesaikan masalah permohonan cuti berperingkat-peringkat (multi-layer approval)? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!