Bagi mereka yang pernah bekerja dalam industri perkhidmatan pelanggan seperti perhotelan atau penyediaan makanan pasti sudah lali dengan waktu kerja tidak tetap dan berpanjangan. Ada yang kerja dari malam sampai pagi, dan ada yang kerja dari tengah hari ke malam.
Walaupun waktu kerja normal adalah 8 jam sehari, kira-kira masuk kerja pukul 9 pagi dan habis kerja jam 5 petang, tetapi sesetengah pekerjaan menetapkan tempoh waktu bekerja yang berbeza mengikut kesesuaian tugasan.
Oleh itu, wujud satu terma kerja dipanggil jadual kerja shift yang menyaksikan pekerja masuk bekerja secara bergilir-gilir dalam tempoh waktu kerja sehari.
Kenapa Wujud Jadual Kerja Shift?
Kerja shift adalah jadual kerja yang dilakukan secara bergilir-gilir dan diguna pakai syarikat untuk kumpulan pekerja berbeza-beza mengikut waktu. Contohnya sesetengah pekerja akan bekerja pada waktu pagi kemudian sesetengah lain akan gantinya pada waktu petang.
Perlaksanaan jadual kerja shift ini tertakluk kepada keperluan tugasan tersebut, di mana ada sesetengah yang mungkin bekerja shift 8 jam sehari pada waktu berbeza dalam seminggu atau bekerja shift tiga hari berturut-turut selama seminggu dan cuti untuk baki 4 hari lagi.
Asalnya, kerja shift ini adalah untuk menampung tugasan perkerjaan yang bersifat berterusan seperti perkhidmatan kesihatan yang dibuka 24 jam seminggu sebagai persediaan andai berlaku sebarang kecemasan.
Anda juga mungkin akan kaitkan pekerja shift dengan individu yang bekerja sebagai separa masa (part-time). Di sini anda mungkin tidak salah tetapi lebih tepatnya adalah kedua-dua mempunyai perbezaan ketara dari segi tempoh waktu kerja.
Pekerja part-time adalah individu yang waktu kerjanya antara 30% ke 70% kurang daripada pekerja tetap lain, sementara pekerja shift masih bawah waktu kerja normal 8 jam cuma pada syif berbeza seperti waktu pagi atau waktu petang.
Apa Kata Akta Kerja Tentang Pekerja Shift?
Di bawah Seksyen 60C, Akta Kerja 1955 mengatakan pekerja shift boleh bekerja lebih 8 jam dalam mana-mana satu hari atau lebih 45 jam dalam mana-mana minggu, tetapi purata jam bekerja dalam mana-mana tempoh, atau apa-apa tempoh lebih 3 minggu sebagaimana yang diluluskan hendaklah tidak melebihi 45 jam seminggu.
Dalam erti kata lainnya pekerja shift adalah sama seperti pekerja lain dalam konteks waktu bekerja normal iaitu 8 jam sehari dan tidak melebihi 45 jam seminggu, melainkan jika mendapat kelulusan Ketua Pengarah baru majikan boleh mintak pekerja kerja lebih waktu penetapan tersebut.
Selain itu, hak-hak lain yang diterima pekerja tetap adalah sama dan masih diguna pakai terhadap pekerja shift. Ini bermakna pekerja shift layak untuk terima gaji minimum dan dapat faedah caruman KWSP, PERKESO dan SIP.
Macam Mana Kerja Shift Berfungsi?
Jadual kerja shift bergantung kepada majikan dan keperluan tugasan syarikat. Jika sesuatu syarikat itu memerlukan pekerja untuk bekerja secara berterusan dan bergilir-gilir, maka pilihan terbaik adalah dengan memperkenalkan jadual shift.
Terdapat beberapa jenis shift yang diguna pakai untuk pekerja shift antaranya,
- Day shift – biasanya merujuk kepada tempoh waktu bekerja shift dari pagi ke petang, kira-kira dari jam 9 pagi sampai jam 5 petang
- Afternoon shift – biasanya merujuk kepada tempoh waktu bekerja shift dari tengah hari ke malam, kira-kira dari jam 4 petang sampai tengah malam
- Night shift – biasanya merujuk kepada tempoh waktu bekerja shift dari malam ke pagi, kira-kira dari tengah malam sampai jam 8 pagi esoknya
- Spilt shift – biasanya tempoh waktu kerja dipisahkan kepada 2 dalam sehari, kerja dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari kemudian rehat 4 jam dan sambung kerja dari jam 4 petang sampai 8 malam
- Fixed shift – biasanya tempoh waktu bekerja tetap pada hari dan jam tertentu setiap minggu, biasanya waktu kerja dan hari telah ditetapkan sama untuk sesuatu minggu
- Rotating shift – biasanya tempoh waktu kerja ini mengikut jadual yang ditetapkan pada kadar minggunan dan bulanan, ada yang bekerja malam untuk seminggu kemudian minggu seterusnya pagi
- On-call shift – biasanya tempoh waktu bekerja berdasarkan tugasan semasa yang perlu diselesaikan atau apabila perlu, contohnya pekerja akan bekerja apabila dipanggil untuk bekerja sahaja
Seperti yang dikatakan awal tadi, jadual kerja shift ini bergantung kepada keperluan tugasan syarikat yang memerlukan pekerja bekerja secara berterusan. Ada kebaikan serta kelemahannya bekerja shift ini tetapi bergantung kepada individu itu sendiri.
Jika anda perlu bekerja shift jangan khuatir kerana disebalik corak tempoh waktu bekerjanya yang berbeza, anda masih dilindungi Akta Kerja dan layak menerima segala faedah yang dinikmati pekerja lain.
Saya bekerja dlm shif, sekiranya manager saya buat meeting semasa saya offday, wajib ke hadir meeting tersebut?
Setiap pekerja berhak mendapatkan off-day sekurang-kurangnya 1 hari dalam seminggu. Perkara ini telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 sendiri, jadi ini bermakna pekerja tidak perlu melakukan sebarang tugasan semasa hari bercuti tersebut. Andai majikan minta pekerja untuk bekerja, maka pekerja layak menerima bayaran kerja lebih masa (OT).
Perlu berapa jam reheat sebelum tukar shift ?
Cth jika pekerja terbabit bekerja shift petang 3pm-11pm Isnin – Sabtu dan sambung kerja lebih masa pada hari cuti rehat (Ahad).
Keesokan hari nya (Isnin) beliau mulakan shift pada 7am.
Jarak masa rehat cuma 8jam.
Adakah salah dari segi akta ?
Akta Kerja 1955 menetapkan tempoh waktu bekerja di mana pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit dan tidak lebih 45 jam seminggu.
Berapa lamakah minimum waktu rehat antara satu shift ke satu shift yang lain untuk seseorang pekerja
Sebagai contoh boleh kah seseorang bekerja
Hari pertama 3ptg – 11.30 mlm
Hari kedus. 6.30pg – 3 ptg
Akta Kerja 1955 telah menetapkan bahawa pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit dan tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.
Mohon pencerahan berkaitan jadual tugasan saya di klinik bukan 24jam: Adakah jadual ini bole diguna pakai dlm akta kerja shift?
isnin-khamis: 8:30am – 3:30pm (shift pagi)
: 3:30pm – 10:30 (shift petang)
Jumaat: 8:30am – 4:30pm (shift pagi)
:2:30pm – 10:30pm (shift petang)
sabtu & ahad : 8:30am – 10:30pm
(full without ot)
* seminggu cuti satu hari sahaja antara sabtu atau ahad.
* masa rehat majikan tidak tetap masa (rehat hanya dapat digunakan sekiranya tiada pesakit)
Setiap syarikat memiliki polisi masing-masing dan mungkin berbeza dengan yang lain. Sila rujuk semula polisi berkaitan waktu bekerja syarikat anda. Namun, Akta Kerja 1955 ada menetapkan bahawa tempoh waktu bekerja seminggu mesti tidak lebih 45 jam dan kerja lebih bayar melayakkan pekerja untuk menerima OT.
Saya bekerja ditempat baru dengan masa bekerja….shift pagi 8am – 4.30pm dan shift petang 4pm – 12.30 pm…rehat 12pm -1.00pm. bekerja 6 hari seminggu..adakah jumlah masa kerja ini tidak menyalahi undang2 buruh.
Akta Kerja 1955 menetapkan tempoh waktu bekerja seminggu mesti tidak melebihi 45 jam seminggu dan majikan mesti berikan 1 hari cuti (off-day) dalam temph 7 hari bekerja.
nak tanya adakah basic and fixed elaun termasuk dalam pengiraan ot ( overtime ), boleh tak tolong jelaskan
Untuk pengiraan Overtime (OT) boleh dirujuk pada artikel berkaitkan Cara Kira OT MySyarikat
Saya bertugas shift, saya diarahkan mengikuti kursus pada hari Khamis, jumaat dan Sabtu. Adakah saya tidak layak untuk mendapatkan HK untuk minggu tersebut.
Jadi saya kena berkerja dari hari Ahad hingga Selasa dan terus menghadiri kursus.
Saya telah memohon HK pada hari rabu tetapi pihak atasan mengatakan saya tidak layak mendapat HK pada minggu tersebut.
Menghadiri kursus/seminar tidak dikira sebagai bekerja. Bagi mengelak sebarang kekeliruan sila rujuk semula polisi syarikat berkaitan dengan cuti gantian.
Saya bertugas Waktu Pejabat (WP)- Ahad hingga Khamis.
Pada hari Jumaat dan Sabtu saya diarahkan untuk bertugas shift malam (9pm-7am)
Soalan saya:
1- Adakah saya layak mendapat gantian untuk HK dan HKS ?
2- Untuk tugas malam (2 malam) adakah saya layak mendapat 1 hari Kelepasan Malam?
Bergantung kepada sektor, bagi yang bekerja sektor swasta boleh rujuk Akta Kerja 1955. Dalam Akta Kerja 1955 menyatakan sebarang pengantian untuk cuti tertakluk kepada polisi syarikat. Bagi mengelak sebarang kekeliruan sila rujuk semula polisi syarikat.
andai kata dalam roaster / jadual telah ditetapkan saya kena keja 13 jam ( 8 jam shift dn 5 jam casual worker ) hari hari , dn saya pilih utk bekerja 8 jam shaja , adakan HOD atau majikan boleh ambil tindakan terhadap saya ?
Pekerja shift boleh dikehendaki untuk bekerja lebih 8 jam satu hari tetapi tidak melebih 45 jam dalam seminggu. Jika lebih, perlu dibayar OT. Jika terdapat keadaan atau urusan yang menjadikan perlu oleh syarikat, pekerja kena ikut tertakluk kepada syarat ditetapkan Tetapi, dinasihatkan untuk pekerja berbincang dengan syarikat jika terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimanakah formula kiraan OT bagi pekerja shift yang normal hari bekerjanya adalah 4 hari kerja, 4 hari cuti dengan jumlah jam normal bekerjanya untuk 1 hari adalah 12 jam?
adakah
gaji pokok / 26 / 12
atau
gaji pokok / 16 /12
?
Bagi pengiraan tersebut gaji pokok akan dibahagi kepada 16/12
Majikan tidak bayar double pay sewaktu public holiday bagi staff yg berkerja shift. Polis bantuan atau pun keselamatan. Majikan Pula badan kerajaan….. Negeri Sabah.. boleh ke MCM Tu???
Untuk pekerja sektor awam adalah dinasihatkan untuk rujuka semula dengan majikan dan polisi yang diamalkan kerajaan.
saya bekerja kilang (12jam rotating shift 4hari kerja 3hari cuti)
scenario: pekerja di suruh buat OT 6 ‘atau’ 12 jam shj selain dri itu jika pekerja melanggar peraturan (OT 7-11jam) pekerja boleh diekenakan tatatertib oleh pihak HR.
persoalan saya disini, setelah saya semak handbook syarikat tiada dinyatakan sebarang had aatu kawalan masa yang ditulis utk buat OT seolah olah pihak syarikat tak nak bayar ‘double pay’ utk pekerja yang buat OT lebih dari separuh hari hari waktu bekerja.
Pekerja perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak majikan sebelum melakukan kerja lebih masa. Pekerja tidak boleh melakukan kerja lebih masa tanpa kelulusan dan persetujuan majikan. Walaupun tiada ditetapkan didalam polisi syarikat, hak meluluskan kerja masa adalah hak majikan.
kalau pekerja yang bekerja shift,, offday pada public holiday,, adakah dia dapat cuti gantian? dan sekiranya dapat cuti gantian, berapa lama tempoh cuti gantian yang boleh dibawa, atau perlu digunakan pada hari berikutnya?
Dalam kes seperti ini pekerja layak dan boleh diganti pada tempoh yang dirasakan munasabah tetapi dalam tahun yang sama.
Saya kerja seemingly shift 11 malam ke 7 pagi. Lepas saya offday Shift Saya kasih shift 11malam ke 7 pagi, adakah Iya boleh stay jadi satu kesalahan
Boleh. Bergantung kepada majikan untuk menetapkan tempoh shift pekerja bekerja setiap mingguan atau bulanan.
Asalamualaikum & Selamat mlm, Saya ingin Bertanya boleh kah seseorg pekerja swasta Yang terkena dari Minor stroke sdh setahun lebih Dan seumur hidup masih mengambil ubat setiap bulan dhospital kerajaan Yang kerja ikut shift Siang Dan Malam memohon untuk dipindahkan Ke Jabatan lain Kerana atas alasan sakit yang tidak menentu tekanan darah tinggi?
Bergantung kepada budi bicara dan polisi syarikat. Hanya majikan sahaja berhak untuk membuat sebarang pertukaran jabatan di dalam syarikat. Pekerja boleh cuba memohon dan kelulusan adalah bergantung kepada majikan itu sendiri. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan dan HR.
Hi,sy bekerja dalam bahagian perhotelan. Kerja with 3 shift and waktu rehat tidak diberikan atas alasan kerja sy sangatlah santai dan disuruh untuk anggap waktu guest tiada adalah waktu rehat sy. Back to my question is,sy bekerja 3 minggu berturut2 untuk night shift dan tiada rotation jadual diberikan. Dan kalau nasib sy baik mungkin sy akan bekerja 4 minggu berturut2 untuk night shift 6 hari seminggu dan total cuti rest day sy hanyalah 4 hari untuk sebulan. Adakah cara ini dibenarkan bagi sesetengah syarikat? Sy nak bertanyakan hal berkaitan jadual,masa,cuti,gaji dan banyak lagi tapi sy takut jika sy yang akan dijadikan kambing hitam dalam bertanyakan soal hak pekerja kepada HR Department sy disini. Mohon pencerahannya.
Tempoh waktu bekerja telah ditetapkan dalam Akta Kerja dan ia diguna pakai untuk setiap jenis pekerjaan termasuk intern. Di sini adalah menjadi satu penindasan sekirannya majikan tidak memberikan waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh 5 jam bekerja. Dalam pada itu, untuk jadual kerja syif pula ia bergantung kepada polisi syarikat.
jika pekerja shif, cuti pada hari sabtu, bekerja pada hari ahad, dan memandangkan hari merdeka jatuh pada hari sabtu, adakah pekerja pada hari sabtu (off day) akan mendapat replacement leave?
Jika diikutkan pekerja yang bekerja pada hari cuti umum yang menjadi sebahagian daripada hari kelepasan am, majikan wajib bayar pada kadar OT. Berkenaan replacement pula ia adalah bergantung kepada polisi syarikat.
Tuan,
Saya ingin tahu jika pekerja shift dikehendaki bekerja pada hari kelepasan am (ph),layak kah beliau mendapat cuti ganti ph tersebut pada hari lain?Atau beliau hanya layak claim ot?
Jika hari bekerja tersebut tidak jatuh pada rest day pekerja maka pekerja tiada cuti ganti diperlukan. Untuk persoalan OT pula jika cuti umum tersebut sebahagian daripada 5 cuti wajib atau 6 cuti pilihan oleh syarikat maka pembayaran OT adalah wajib.
Situasi pekerja shift mengikut jadual waktu bekerja termasuk Ahad dan Public Holiday. Jadual kerja 4 hari bekerja 1 hari cuti. Dalam sebulan akan ada 6 hari cuti. Sekiranya waktu bekerja jatuh pada hari Ahad dan Public Holiday, adakah majikan perlu membayar OT walaupun terdapat cuti tambahan 2hari dalam sebulan.
Ya, jika pekerja bekerja pada hari cuti umum atau ketika rest day maka pekerja layak untuk mendapat bayaran OT apabila diminta bekerja.
Salam. Saya bekerja di kilang dalam bahagian maintenance. Situasi sekarang manager saya hanya bagi seorang sahaja bekerja dalam satu shift pada waktu malam di department saya. Adakah saya boleh report kepada mana-mana bahagian? Dan apa tindakan yang boleh saya buat.
Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan dan pegawai HR.
SALAM… sy berkerja shift dalam sector aviation, patern shift sy 4 hari kerja 2 cuti, ade shift pagi, petang & malam. shift sekarang waktu bekerja adalah 9.5jam. Bulan depan company sy nk tukar jadi ke 10 jam. Ini bermakna dlm seminggu sy bekerja 50 jam sehari, waktu rehat tidak tentu dan tidak fix 1 jam. Persoalan sy bolehkah roster baru ini dilaksanakan dengan working hours 50 jam seminggu
Untuk pekerja shift dibenarkan oleh Akta Kerja untuk bekerja lebih 8 jam sehari. Selain itu, bergantung kepada industri jika ia memerlukan tugasan berterusan maka majikan boleh meminta pekerja bekerja melebih tempoh ditetapkan dengan syarat masih beri masa untuk pekerja berehat.
jika situasi saya yg bekrja shif mlm pada mggu ini dan baru mdpt jdual kerja utk mggu depan adakah saya boleh menyuarakn tentang diri saya yang telah mnulis surat rasmi mnyatakan saya tidak dapat bekerja 2 minggu shif malam dan penyelia saya telah menyuruh saya juga menulis sebab” di surat tersebut dan telah saya serah kepada mereka akan tetapi jadual yang mereka buat masih bercangga dengan surat yang salah berikan iaitu mereka masih kekal ka saya shif malam padahal mereka sudah tahu kenapa saya tidak boleh bekerja 2 minggu malam dan harus bertukar ganti shif dalam seminggu seperti dalam akta kerja dan disini saya harus berbuat apa agar diri saya boleh pendapat keadilan?
Dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak pengurusan dan pegawai HR.
adakah wajar bekerja selama 11.5 jam selama sebulan rehat sejam. Sebagai contoh, 9:30am – 9:00pm, 12:30pm- 12:00am dan tidak dikira sebagai ot… ot hanya dikira selepas 10.5 jam bekerja
1 jam rehat sepanjang 11.5 jam bekerja mungkin memadai bergantung kepada industri, tetapi undang-undang menyatakan bahawa pekerja tidak boleh bekerja lebih dari 5 jam tanpa rehat. Bayaran OT selepas 8 jam bekerja, bukan 10.5 jam, melainkan ada perjanjian khas yang mengubah struktur tersebut.
Salam. saya nak tanya kalau bekerja shift selama 12 jam yang ditetapkan setiap hari adakah lebih dari 8 jam bekerja itu dikira sebagai ot atau tidak?
Jika pekerja diarahkan bekerja lebih dari 8 jam sehari, sebarang masa kerja melebihi 8 jam itu secara asasnya perlu dibayar sebagai OT pada kadar sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda dari kadar gaji biasa.
bagaimana nak kira gaji pekerja sehari bekerja 10 jam termsuk rehat 1 jam dan diberi cuti selama 2 hari…die hanya bekerja 5 hari seminggu 2 hari cuti…bagaiman nak kira gaji hari dan kiraan ot?
gaji hari:gaji bulanan/26
OT:gaji bulanan/26/9xberapa jam OT
saya nak tnya husband di tukarkan jadual baru untuk company . dan ada shift baru pukul 5 pagi smpai pukul 2 walaupun husband bukan bekerja dia sektor perhotelan , perkhidmatan pelanggan , kilang atau apa apa yang beroperasi 24 jam . yang mana dia hanya lah bahagian pengambilan pesanan sahaja . Boleh ke company letak kan shift macam tu dan adakan patut ade bayaran allowence lebih sebab biasa nya sya tengok yang ade shift macam ni company ada bagi allowence atau ot .
Bergantung kepada polisi waktu kerja yang diamalkan syarikat, Akta Kerja hanya tetapkan tempoh waktu bekerja mestilah 8 jam sehari dan kurang 45 jam seminggu. Berkaitan pemberian elaun ia dalah berdasarkan polisi syarikat juga. Pembayaran OT pula hanya untuk waktu kerja lebih masa yang dipersetujui oleh pekerja dan majikan.