Menurut penetapan pada Akta Kerja 1955, individu yang memasuki kontrak perkhidmatan atau juga dikenali sebagai kontrak kerja layak mendapat faedah-faedah cuti tanpa mengira status walaupun semasa dalam tempoh percubaan (probation period)
Faedah-faedah cuti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 adalah,
- Cuti Rehat Mingguan
- Cuti Umum
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit
- Cuti Bersalin (Perempuam)
- Cuti Paterniti (Lelaki)
Menariknya lagi adalah setiap cuti yang dinyatakan atas merupakan faedah cuti bergaji. Ini bermakna pekerja masih layak menerima gaji seperti biasa walaupun sedang bercuti, dengan syarat mendapat kelulusan atau kemukakan bukti pengesahan (bagi cuti sakit, cuti bersalin, dan cuti paterniti).
Bukti Pengesahan Cuti Sakit
Jika dilihat pada Seksyen 60F Akta Kerja 1955, cuti sakit didefinisikan sebagai tempoh cuti yang diambil oleh pekerja untuk tidak hadir bertugas atas faktor masalah kesihatan selepas pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar seperti berikut:
- Pengamal perubatan yang dilantik majikan
- Pengamal perubatan yang tidak dilantik majikan tetapi berada dalam masa dan jarak munasabah atau bergantung kepada keadaan tertentu
- Dorktor gigi yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971
Berdasarkan penetapan atas boleh dikatakan pekerja yang ingin bercuti sakit disebabkan masalah kesihatan mesti mendapatkan pengesahan sijil cuti sakit atau medical leave (MC) dari klinik panel syarikat atau mana-mana institusi kesihatan lain yang berdaftar.
Kegagalan pekerja untuk kemukakan MC bagi permohonan cuti sakit boleh dianggap sebagai tidak mematuhi penetapan Seksyen 60F dan pekerja dikategorikan gagal hadir bekerja tanpa kebenaran majikan.
Suka diingatkan bahawa jika pekerja gagal hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa mengemukakan sebarang sebab atau tidak memaklumkan ketidakhadiran kepada majikan, ia boleh menyebabkan kontrak kerjanya terbatal.
Sijil MC Palsu dan Cara Tanganinya
Apabila bercakap tentang MC pasti tidak lari daripada kes pekerja memalsukan sijil sakit, dan ada juga sesetengahnya pihak klinik sendiri yang menjual sijil sakit palsu. Kesalahan ini bukan sahaja melanggar Akta Kerja 1955 tetapi turut sama salah disisi undang-undang.
Jika pekerja didapati bersalah memalsukan MC, mereka boleh dibuang kerja serta-merta kerana dianggap melakukan kesalahan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan (g) Peraturan-Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk pekerja awam, sementara yang di swasta bergantung kepada polisi syarikat.
Bagi pengamal perubatan yang menjual MC palsu pula boleh dikenakan tindakan undang-undang, dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Selain itu, sijil perubatan pengawai pengamal perubatan itu juga boleh ditarik.
Oleh itu, penting untuk majikan serta pekerja kenal pasti dan tangani masalah MC palsu ini dengan betul. Antara cara paling mudah untuk mengenal pasti MC palsu adalah,
- Pastikan Pengamal Perubatan Berdaftar Secara Sah
Pada asasnya hanya pengamal perubatan seperti doktor berdaftar sahaja yang boleh mengeluarkan sijil cuti sakit sama ada MC ataupun pengesahan surat hospitalisasi. Ini bermakna bukan sebarang sijil atau surat boleh dikeluarkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.
- Lihat dan Sahkan Maklumat Pada MC
Untuk mengenal pasti sama ada MC adalah sah atau palsu, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat seperti:
- Nama dan nombor IC pesakit
- Tarikh sijil cuti sakit dikeluarkan (issued)
- Tarikh dan durasi cuti sakit diberikan
- Nama dan alamat klinik berdaftar
- Nombor MMC doktor
- Nombor siri
- Hubungi Klinik Untuk Pengesahan
Akhirnya sekali, untuk kenal pasti sama ada sijil MC diberikan itu sah atau tidak adalah dengan menghubungi klinik tersebut sendiri untuk pengesahan. Selalunya syarikat yang memiliki panel klinik akan melaporkan sebarang MC pekerja secara terus kepada majikan.
Cuti Sakit? Cuti Hospitalisasi? Uruskan Sebarang Cuti Dengan MySyarikat!
Ternyata terdapat banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan majikan untuk mengenal pasti sama ada sijil MC diberikan sah atau tidak. Bagi pihak pekerja pula jika tidak sihat secepat mungkin maklumkan kepada syarikat dan mohon cuti dengan cara yang betul.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat memudahkan proses permohonan cuti dari cuti tahunan kepada cuti sakit, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!