Skip to main content

Antara faedah terbesar pekerja yang memasuki kontrak pekerjaan adalah hak bercuti. Perihal cuti ini juga telah dijelaskan dalam Akta Kerja 1955 sendiri pada Bahagian XII dan diterangkan pada 6 seksyen berbeza.

Rujukan jenis-jenis cuti ini boleh dibuat pada Seksyen 59, Seksyen 60D, Seksyen 60E, Seksyen 60F dan Seksyen 60FA. Melaluinya juga dapat disimpulkan jika majikan minta pekerja bekerja pada hari bercuti, pekerja layak terima bayaran kerja lebih masa atau overtime (OT).

Namun, satu persoalan yang sering timbul apabila melibatkan cuti ini adalah sama ada lebihan atau baki cuti tahunan pekerja yang tidak digunakan boleh bawa kehadapan (carry forward) atau dibayar dengan nilai tunai.

Fahami Faedah Cuti Tahunan

Bagi mana-mana pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan, mereka layak untuk terima faedah cuti tahunan seperti yang dinyatakan pada Seksyen 60E, Akta Kerja 1955. Jumlah hari bagi cuti tahunan yang diterima pekerja pula bergantung kepada tempoh perkhidmatan berikut:

  • 8 Hari Cuti Tahunan Setahun bagi pekerja dengan kurang 2 tahun tempoh perkhidmatan 
  • 12 Hari Cuti Tahunan Setahun bagi pekerja dengan lebih 2 tahun tetapi kurang 5 tahun tempoh perkhidmatan
  • 16 Hari Cuti Tahunan Setahun bagi pekerja dengan lebih 5 tahun tempoh perkhidmatan

Perlu difahamkan bahawa setiap pekerja berhak dapat faedah cuti tahunan ini, malah ada sesetengah syarikat di luar sana tawarkan sehingga 14 hari cuti tahunan setahun untuk pekerja dan ada juga yang berikan 20 hari cuti tahunan setahun.

Di sini tidak jadi kesalahan untuk majikan tawarkan faedah cuti tahunan sehingga 14 hari ke 20 hari setahun. Semuanya bergantung kepada polisi syarikat, cuma majikan tidak boleh beri cuti tahunan kurang daripada yang dinyatakan pada Seksyen 60E, Akta Kerja 1955.

Dalam pada itu, pengiraan jumlah hari cuti tahunan dikira mengikut asas tahunan iaitu kitarannya bermula 1 Januari setiap tahun. Mengambil contoh jumlah 8 hari cuti tahunan, ini bermakna pekerja layak untuk menggunakan cuti tahunan mereka bermula 1 Januari.

Bagi situasi di mana pekerja menyertai syarikat pada pertengahan tahun pula, jumlah hari cuti tahunan mereka akan diproratakan. Formula pengiraan cuti tahunan prorata adalah seperti berikut:

Kelayakan Cuti Tahunan / 12 x Bulan Lengkap = Prorata

Baki Cuti Tahunan Carry Forward Atau Burn Atau Dibayar?

Jika diikutkan penetapan digariskan dalam Akta Kerja 1955, kitaran cuti tahunan pekerja bermula pada 1 Januari dan akan ditetapkan semula (reset) pada tahun berikutnya. Ini bermakna perlu gunakan cuti dari 1 Januari sehingga 31 Disember sahaja.

Pada asas penerangan di atas boleh dikatakan bahawa jika pekerja tidak menggunakan cuti tahunan atau memiliki baki cuti, maka cuti tahunan tersebut akan dikira burn apabila kalendar reset semula tahun berikutnya.

Namun, suka diingatkan sekali lagi bahawa cuti tahunan adalah hak pekerja jadi lebihan atau baki cuti tersebut sebahagiannya akan carry forward ke tahun berikut. Selalunya, polisi syarikat akan benarkan 3 hari lebihan cuti tahunan carry forward ke tahun berikutnya.

Contohnya, pekerja A layak terima cuti tahunan 8 hari setahun dan hanya menggunakan 2 hari sahaja faedah cuti tersebut pada tahun ini. Jadinya baki 3 hari daripada 6 hari tersebut boleh carry forward ke tahun depan, sementara 3 hari lagi akan dikira burn.

Sementara itu, untuk kes di mana pekerja berhenti tetapi memiliki lebihan baki cuti tahunan pula pihak majikan WAJIB untuk membayarnya pada nilai tunai. Majikan perlu membayar lebihan cuti tahunan tersebut berdasarkan kadar gaji biasa atau Ordinary Rate Pay (ORP).

Penting sebenarnya untuk majikan dan pekerja memahami hak-hak masing-masing apabila melibatkan faedah cuti ini. Dalam Akta Kerja tidak disebut tentang carry forward, ia bergantung kepada polisi syarikat semata-mata.

Tetapi untuk kes pembayaran tunai untuk baki cuti tahunan pula, walaupun tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 ia majikan masih perlu membayarnya kerana faedah cuti tahunan merupakan hak pekerja sama seperti menerima gaji.

Kesimpulannya, pekerja dinasihatkan untuk memanfaatkan sebaiknya faedah cuti tahunan sebaik mungkin supaya baki cuti tersebut tidak dikira burn apabila tidak digunakan. Majikan juga perlu peka terhadap faedah cuti pekerja dan bantu mereka manfaatkannya.

Automasikan Cuti Tahunan Dengan Mudah Gunakan MySyarikat

Adakah anda alami masalah pengurusan cuti pekerja, atau berdepan proses permohonan cuti yang merumitkan? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk automasikan pengiraan dan permohonan cuti dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply