Skip to main content

Selepas mencapai usia tua, semestinya setiap pekerja mempunyai perancangan persaraan tersendiri. Mungkin ada yang memilih untuk bercuti ke luar negara atau membeli kenderaan mewah dan sebagainya. 

Dengan itu, usai menjelang umur 50 ke 60 tahun pekerja akan mula memikirkan strategi kewangan demi menampung kehidupan selepas bersara. Terutamanya bagi mereka yang masih mempunyai keluarga tanggungan. 

Jadinya penting untuk pekerja memiliki simpanan persaraan yang baik seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih-lebih lagi kini penjawat awam baru tidak akan menerima pencen selepas tamat perkhidmatan mereka.

Persediaan Sebelum Bersara

1. Buat Pelaburan 

Hal melibatkan kewangan ini tidak dinafikan adalah perkara berat untuk dihadam, terutamnya dalam kalangan individu yang tidak berpengalaman kendalikan duit. Namun, demi memastikan persaraan selesa, pengurusan wang adalah sangat penting. 

Oleh itu, dalam merancang strategi persaraan selesa membuat pelaburan janka panjang adalah cara terbaik. Bak kata orang, pelaburan merupakan ‘long term investment‘ yang boleh membawa pulangan yang lumayan melaui dividen dan sebagainya. 

2. Menyelesaikan Hutang

Jika kita ingin bersara dengan selesa, perkara paling penting semestinya menyelesaikan hutang-hutang yang tertunggak. Hutang tersebut adalah seperti bayaran kereta, rumah, dan pinjaman pendidikan contohnya PTPTN.

Tambahan lagi, hutang yang tertunggak boleh merisikokan penyitaran aset dari pihak bank. Maka, penting untuk lunaskan hutang sebelum bersara jika mahukan kehidupan persaraan yang selasa dan bebas kebimbangan. 

3. Jana Pendapatan Pasif

Cara terbaik untuk individu bersara menjana wang adalah melalui kaedah pendapatan pasif. Kaedah ini bukan sahaja dapat memastikan pekerja boleh nikmati waktu bersara tetapi turut menjana pendapatan sambil berehat misalnya, menyewakan aset seperti rumah dan kereta. 

Selain itu, bekas pekerja yang memiliki kemahiran tertentu boleh memanfaatkannya dengan menawakan perkhidmatan kepada orang lain secara freelancing. Contoh mudah adalah seperti tawarkan perkhidmatan membaiki kenderaan atau pertukangan. 

4. Merancang Perbelanjaan

Salah satu kesilapan yang sering dibuat orang ramai adalah membelanja tanpa merancang. Sebenarnya, kita perlu merancang serta tetapkan antara keperluan dan kemahuan agar tidak berbelanja melebihi pendapatan sehingga terjadinya hutang.

Di samping itu, perbelanjaan yang dirancang rapi dapat mengurangkan sebarang risiko isu kewangan lain misalnya, bankrap atau terpaksa menggunakan wang simpanan persaraan lebih awal dari sepatutnya.

Bagaimana KWSP Bantu Bina Persaraan Selesa? 

Kerajaan kini mewajibkan semua pekerja untuk mencarum sebahagian kecil daripada gaji bulanan yang diterima ke dalam KWSP. Tujuan caruman ini adalah sebagai langkah persedian kepada pekerja selepas mencapai usia persaraan. 

Sebagai makluman KWSP bertindak sebagai akaun simpanan yang boleh digunakan pada masa persaraan untuk tujuan seperti,

  • Memberi Perlindungan Wang Semasa Waktu Emas 
  • Bertindak Sebagai Sumber Pendapatan Semasa Bersara
  • Unit Pelaburan Selamat Untuk Jangka Masa Panjang
  • Bekalan Wang Simpanan Untuk Tampung Perbelanjaan Keluarga
  • Melangsaikan Berhutang Yang Masih Tertunggak

Selain itu, KWSP juga merupakan cara terbaik dan selamat untuk membuat simpanan kerana ia menawarkan pulangan dividen setiap tahun selagi pekerja masih mencarum. Ini secara tidak langsung memberi jaminan kewangan untuk tempoh masa panjang.

Malahan kini penjawat awam yang baru dilantik tidak akan menerima pencen. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh kerajaan dengan memutuskan bahawa penjawat awam baru tidak lagi akan menerima pencen dan dinasihatkan untuk mencarum ke dalam KWSP.

Sehubungan dengan itu, melalui caruman ke dalam KWSP penjawat awam baru juga tidak perlu bimbang lagi tentang isu pencen dan turut sama layak untuk dapatkan persaraan yang lebih selepasa selepas tamat perkhidmatan.

Kesimpulannya, dalam menempuhi waktu-waktu persaraan penting untuk pekerja membuat persiapan bermula dari muda lagi. Dengan memiliki kemahiran pengurusan wang yang baik, dan dibantu dengan simpanan ke dalam KWSP pekerja layak untuk mendapatkan persaraan yang selesa.

Automasikan Gaji Dan KWSP Dengan MySyarikat!

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat automasikan pembayaran gaji setiap bulan sekali dengan caruman-caruman wajib seperti KWSP!

Menariknya lagi sistem MySyarikat juga boleh jana slip gaji secara automatik setiap bulan apabila menyusun payroll. Selain itu, kemampuan sistem MySyarikat untuk menyelaraskan potongan wajib pada gaji pekerja juga dapat memastikan tiada kesiapan pembayaran dibuat!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply