Skip to main content

Suatu masa dulu kebanyakan syarikat lebih cenderung untuk memilik pekerja tetap kerana ia adalah proses pengambilan pekerja yang paling berkesan, sementara pekerja juga lebih menyukai pekerjaan stabil untuk menampung kos sara hidup jangka panjang.

Namun, dengan perubahan dinamik dunia pekerjaan kini pengambilan pekerja kontrak dilihat semakin popular dan menjadi pilihan terutama untuk projek jangka pendek serta syarikat-syarikat permula (start-up) di Malaysia.

Persoalannya adakah trend pengambilan pekerja kontrak ini lebih baik berbanding pekerja tetap dan adakah mengambil pekerja tetap jauh lebih menjimatkan daripada mengubah pekerja kontrak?

Perbezaan Pekerja Tetap dan Pekerja Kontrak

Sama seperti namanya, pekerja tetap ini adalah pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan dan bersetuju untuk memberi khidmat tanpa sebarang kekangan tempoh masa. Pengambilan pekerja tetap ini merupakan proses biasa untuk kebanyakan syarikat yang stabil.

Sebaliknya, pekerja kontrak pula merujuk kepada pemberi khidmat yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan untuk satu tempoh masa tertentu seperti bekerja untuk setahun dan perkhidmatan mereka boleh diperbaharui selepas tamat tempoh.

Penggunaan pekerja kontrak ini sering berkait dengan mereka yang bekerja di dalam ekonomi bebas (gig economy), mereka yang bebas bekerja tanpa pengawasan majikan dan boleh membuat keputusan dengan sendiri.

Jangan disalah faham pula maksud membuat keputusan dengan sendiri tersebut. Ia membawa maksud pekerja kontrak itu boleh menentukan jumlah gaji, cuti, waktu kerja dan tempoh kerja dengan sendiri sebelum mula bekerja.

Sungguhpun begitu ini tidak bermakna pekerja kontrak ini bebas dan tidak dikawal selia oleh perundangan kerja negara, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Mereka yang pekerja kontrak juga masih dilindungi akta cuma faedah yang diterima mungkin berbeza dengan pekerja tetap.

Fahami Konsep Pekerja Tetap dan Pekerja Kontrak

Agak sukar untuk mengatakan pekerja tetap jauh lebih baik daripada pekerja kontrak, dan adalah tidak adil untuk mengatakan juga pekerja kontrak lebih bebas membuat keputusan berbanding pekerja tetap.

Setiap jenis pekerjaan ini memilik kelebihan dan kekurangan tersendiri apabila melibatkan cara bekerja.

  • Kestabilan Kerja

Jaminan pekerjaan merupakan perkara yang paling utama dipertimbangkan oleh mana-mana pekerja. Tentunya kebanyakan pekerja mahukan pekerjaan yang tetap tetapi bergantung kepada situasi mungkin bekerja secara kontrak adalah pilihan lebih baik.

  • Pekerja Tetap : Tempoh masa tetap dan tidak berubah, jika pekerja ingin berhenti perlu menghantar notis penamatan kontrak dan jalani tempoh notis
  • Pekerja Kontrak : Tempoh masa bergantung kepada penetapan dalam kontrak, pekerja kontrak boleh perbaharui kontrak selepas tamat tempoh jika mahu
  • Kemahiran Kerja

Pekerja kontrak mungkin memilik lebih banyak kemahiran dan lebih berpengalaman di dalam pelbagai jenis industri berbeza berbanding pekerja tetap tetapi ini tidak bermakna mereka yang bekerja dengan syarikat sama tiada kemahiran diperlukan.

  • Pekerja Tetap : Kemahiran boleh bertambah dari masa ke semasa
  • Pekerja Kontrak : Kemahiran luas dan berpotensi memiliki kemahiran baru
  • Pajek Faedah

Bagi pekerja tetap pakej faedah yang ditawarkan selalunya banyak dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955, namun banyak syarikat yang mengambil pekerja kontrak turut menawarkan perkara yang sama untuk semua pekerja.

  • Pekerja Tetap : Pakej faedah tetap dan diselia perlaksanaan bawah Akta Kerja 1955
  • Pekerja Kontrak : Pakej faedah tidak tetap namun ada syarikat laksanakannya mengikut penetapan dalam Akta Kerja 1955
  • Bebanan Kerja

Bebanan kerja ini adalah perkara subjektif kerana mungkin ada yang berpendapat bekerja tetap lebih mudah kerana mengikut penetapan waktu kerja di bawah Akta Kerja 1955 tetapi tidak dinafikan juga pekerja kontrak turut bebas memilik waktu kerja mereka sendiri.

  • Pekerja Tetap : Tempoh waktu bekerja mengikut penetapan undang-undang 
  • Pekerja Kontrak : Tempoh waktu bekerja ditetapkan mengikut persetujuan kontrak

Proses Pengambilan Pekerja Jadi Lebih Mudah Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, pekerja tetap dan pekerja kontrak memiliki kelebihan mereka tersendiri serta kedua-duanya jika jika diuruskan dengan betul boleh memberi manfaat besar kepada syarikat untuk tempoh pendek dan panjang.

Dalam pada itu adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Sukar untuk selarakan faedah pekerja tetap dan pekerja kontrak? Berita baik kepada anda kerana MySyarikat satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

12 Comments

  • Mrs k says:

    Jika tiada offer letter dan staff berhenti 24jam gaji perlu dibayar atau tidak?

  • r.shida says:

    Pekerja kontrak yg gaji hari tu termaktub dalam gaji minimum RM1700 tak? sebab pekerja kami boleh resign 24jam and kami ikat setahun setahun sahaja

    • Zahin Byond says:

      Gaji minimum diguna pakai untuk semua syarikat yang menggajikan pekerja melebihi 5 orang. Sebarang kemas kini berkaitan kenaikan gaji minimum akan dimaklumkan nanti.

  • eyra says:

    surat pengesahan jawatan perlu diberi tak kepada pekerja kontrak yang melepasi tempoh percubaan 3 bulan?

  • FSZ says:

    Bagaimana pengiraan pampasan bagi pekerja kontrak ?ada pekerja kontrak boleh dibuang atau diberhentikan bila2 masa tanpa majikan perlu membayar pampasan dan faedah?

    • Zahin Byond says:

      Pampasan bagi pekerja kontrak adalah berdasarkan persetujuan dalam kontrak. Jika kontrak ada menyatakan pampasan atas pemberhentian maka pekerja akan dapatnya. Boleh rujuk pada kontrak perkhidmatan dengan majikan.

  • 1.Majikan memberikan tempoh 3 bulan untuk menilai tahap kerja (bln8 2024 sehingga bln11 2024).Bulan12 2024 diterima bekerja tetap kontrak 2 tahun.

    2.Potongan KWSP bulan2 2025 baru ada potongan.Gaji diterima di bawah gaji minimum iaitu RM1350 dan slip gaji akan diberikan jika pekerja memintanya.Adakah majikan telah melakukan kesalahan dgn tidak membuat potongan KWSP/PERKESO/Gaji Minimum/Cuti Umum dan sebagainya.
    Contoh:-

    a)Tempoh percubaan-Bln8 2024 sehingga Bln11 2024 (Tiada Potongan KWSP/PERKESO).

    b)Kerja Tetap(Kontrak 2Tahun)-Bln12 2024 Potongan KWSP/PERKESO bln2 2025 baru buat potongan KWSP/PERKESO.

    c)Gaji termasuk Elaun-RM1350 di bawah gaji minimum kerajaan.

    d)Cuti Umum-Kerja seperti biasa tidak dibayar cuti umum(Pekerja Pejabat bercuti).Majikan tidak memberikan cuti umum (5hari wajib) dan (6hari pilihan).

    e)Adakah Pekerja Am memang tidak layak untuk menerima cuti umum/gaji minimum dan sebagainya.Boleh ke majikan mengajikan pekerja asing pati dan menafikan hak pekerja tempatan.

    *Adakah dengan ini majikan telah melakukan kesalahan.

    • Zahin Byond says:

      Pekerja percubaan masih dilindungi oleh Akta Kerja, jadi ini bermakna mereka juga perlu dicarum KWSP/PERKESO/SIP. Jika majikan gagal untuk mencarum pekerja boleh buat aduan dan majikan boleh dikenakan tindakan.

  • Nur hidayah says:

    Umur persaraan bagi pekerja swasta berapa ye dan cuti bersalin berapa lama diperuntukkan? Terima kasih.

Leave a Reply