Skip to main content

Mencuri merupakan satu kesalahan besar di Malaysia, dan jika didapati bersalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pencuri boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Namun, untuk kes kecurian di tempat kerja pula buku perundangan bekerja negara iaitu Akta Kerja 1955 tidak mengetengahkan sebarang akta berkaitan mencuri di tempat kerja. Akan tetapi ini tidak bermakna tindakan mencuri di tempat kerja tiada hukumannya.

Kes Kecurian dan Salahlaku di Tempat Kerja

Sebagai pengetahuan, salah laku di tempat kerja adalah satu tindakan di mana pekerja mengambil bahagian dalam tingkah laku yang tidak sesuai atau bertentangan dengan polisi ditetapkan oleh syarikat.

Mudah kata salah laku adalah perkara yang melanggar persetujuan syarat perjanjian kontrak kerja antara pekerja serta majikan, ini termask tindakan seperti mencuri di tempat kerja atau membocorkan rahsia syarikat kepada umum.

Secara asasnya terdapat 2 jenis salah laku yang sering terjadi di tempat kerja iaitu,

  1. Salah Laku Umum – kesalahan yang tidak disengajakan dan tidak memberi kesan besar seperti merosakkan reputasi mahupun imej syarikat
  2. Salah Laku Besar – kesalahan yang disengajakan dan boleh memberi kesan besar seperti merosakkan reputasi mahupun imej syarikat

Pada dasarnya dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 tidak memberi sebarang tafsiran khusus kepada istilah ‘salah laku’ (misconduct), apatah lagi memberi definisi kepada kecurian. Perkataan salah laku juga hanya disebut sekali pada Seksyen 14(1) di dalam Akta Kerja 1955.

Akan tetapi ini tidak bermakna kecurian di tempat kerja dibenarkan. Hal ini kerana berdasarkan seksyen tersebut salah laku yang berlawanan dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat membolehkan majikan untuk,

  • Memecat pekerja tanpa notis
  • Menurunkan pangkat pekerja
  • Mengenakan hukuman ringan yang disifatkan adil dan patut seperti penggantungan tanpa gaji untuk tempoh tidak lebih 2 minggu

Jadi berdasarkan penerangan di atas boleh dikatakan bahawa majikan memiliki hak untuk menjatuhkan hukuman kepada sebarang salah laku termasuk mencuri kepada pekerja seperti memberhentinya atau menggangtung pekerja tersebut. 

Cara Berdepan Dengan Salah Laku Pekerja

Untuk kes salah laku sama ada kes kecurian atau masalah disiplin dalam kalangan pekerja, terdapat beberapa prosedur yang majikan perlu ikuti sebelum membuat keputusan mengenakan hukuman kepada pekerja.

Hal ini kerana jika hukuman yang dibuat didapati tidak adil, maka pekerja boleh membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan majikan pula yang akan dikenakna hukuman.

Langkah terbaik dalam berdepan dengan salah laku pekerja adalah seperti berikut:

  1. Bersemuka dengan pekerja

Sebelum mengambil sebarang tindakan, majikan dinasihatkan untuk bersemuka dengan pekerja terlebih dahulu. Tindakan ini adalah untuk memberi amaran kepada pekerja mengenai salah laku yang mereka lakukan.

  1. Mengemukakan fakta bukti

Semasa bersemuka dengan pekerja, majikan perlu mengemukakan fakta-fakta bukti mengenai salah laku pekerja tersebut. Dalam langkah ini majikan boleh keluarkan surat amaran sebab kepada pekerja sebagai pengmakluman tentang salah laku tersebut.

  1. Bersedia mendengar dan menilai

Jika salah laku yang dilakukan adalah kesalahan umum yang tidak memerlukan masa untuk membuat penilaian, majikan boleh terus dengarkan apa yang pekerja ingin katakan. Sebaliknya, bagi kesalahan besar majikan wajar minta pekerja untuk tulis surat tunjuk sebab (show cause letter)

  1. Menetapkan hukuman sepatutnya

Selepas mendengar alasan dan sebab yang mendorong pekerja untuk lakukan salah laku, majikan berhak untuk memutuskan hukuman kepada pekerja. Namun, suka diingatkan hukuman tersebut mesti adil dan tidak menzalimi hak pekerja yang lain.

  1. Mengadakan mesyuarat

Sebaik keputusan dibuat majikan wajib memaklumkannya kepada pekerja sama ada melalui notis atau mengadakan mesyuarat susulan. Di sini majikan boleh beli teguran akhir atau membuang pekerja jika kesalahan dilakukan melanggar persetujuan kontrak.  

Kecurian Adalah Kesalahan Besar

Kesimpulannya, mencuri merupakan salah laku besar yang membolehkan pekerja untuk dibuang oleh majikan. Walaupun Akta Kerja 1955 tidak memperuntukan akta mengenai kecurian di tempat kerja, tetapi ini tidak bermakna kesalahan tersebut boleh dilakukan.

Malah, kes kecurian di tempat kerja dirujuk kepada perundangan Kanun Keseksaan yang membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pastikan Pengurusan Syarikat Anda Patuh Akta Kerja 1955 Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah untuk mengikut penepatan yang ditetapkan Akta Kerja 1955? Perlukan sistem pengurusan yang patuh perundangan kerja di Malaysia? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply