Umumnya, majikan yang menggajikan pekerja wajib membayar gaji dalam bentuk gaji bersih setiap bulan. Ini bermakna gaji yang dikreditkan tersebut mesti sudah ditolak dengan potongan-potongan wajib seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955.
Jika dirujuk pada Seksyen 24, Akta Kerja 1955 ia menyatakan bahawa tiada potongan boleh dibuat majikan daripada gaji seorang pekerja selain daripada yang terkandung dalam Akta. ini bermakna majikan hanya boleh buat potongan pada gaji pekerja untuk,
- Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Caruman Skim Insurans Pekerjaan (SIP)
- Potongan Cukai Bulanan (PCB) jika ada
Perihal melibatkan potongan-potongan pada gaji ini perlu difahami bukan sahaja oleh majikan tetapi pekerja itu sendiri. Hal ini kerana jika terdapat sebarang kesalahan pembayaran gaji, sama ada terkurang bayaran, semua pihak akan mengetahui hak masing-masing.
Tetapi bagaimana pula jika kesalahan pembayaran itu dibayar lebih? Tentunya jika gaji yang dikreditkan lebih majikan boleh ambil sahaja jumlah berlebihan tersebut namun andai pembayaran caruman pula yang terlebih, terdapat prosedur khas untuk kembalikannya.
Kadar Minimum Caruman-Caruman Wajib
Sebelum mempelajari cara mengembalikan lebih bayaran potongan-potongan wajib daripada gaji, adalah lebih baik untuk difahamkan terlebih dahulu jumlah kadar minimum yang ditetapkan untuk pencarum.
1. KWSP
Menerusi Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, setiap pekerja tanpa mengira tangga gaji wajib berdaftar dan mencarum dalam KWSP. Caruman KWSP ini dibuat sebagai tabung simpanan persaraan pekerja dan akan dipotong terus dari gaji setiap bulan.
Jumlah caruman untuk KWSP ini pula adalah sebanyak 11% dari pekerja dan 13% dari majikan, menjadikan kesemuanya sebanyak 23% daripada gaji pokok bulanan pekerja. Pengeluaran simpanan KWSP ini boleh dibuat selepas pekerja mencapai usia persaraan.
2. PERKESO
Perihal berkenaan PERKESO boleh dirujuk pada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang menerangkan kewajipan pekerja untuk mencarum sebagai persediaan untuk melindungi pekerja andai berlaku kemalangan di tempat kerja.
Konsep caruman PERKESO sama seperti KWSP namun jumlah carumannya berbeza. Untuk PERKESO ia dilihat pada tangga gaji seseorang pekerja itu dan tiada peratusan jumlah yang tetap. Semuanya jumlah caruman telah dikeluarkan dalam Jadual Akta 4.
3. SIP
Berada di bawah penguatkuasaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, caruman dalam SIP juga merupakan sebahagian daripada potongan gaji yang dibenarkan daripada gaji pekerja. Ia diperkenalkan untuk ganti skim Orang Berinsuran (OB) yang kehilangan pekerjaan.
Jumlah caruman untuk SIP pula ditetapkan pada 0.2% untuk kedua-dua pekerja dan majikan. Selain itu, kadar caruman untuk SIP juga boleh dilihat pada Jadual Kedua Seksyen 18, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
Macam Mana Nak Buat Kalau Terlebih Bayar?
Walaupun jarang untuk berlaku kes majikan terlebih bayar potongan untuk KWSP, PERKESO dan SIP namun ini tidak bermakn ia tidak boleh berlaku. Manusia cenderung untuk membuat kesilapan lebih-lebih lagi apabila melibatkan data yang banyak.
Ini adalah cara untuk kembalikan wang jika terlebih bayar untuk mana-mana caruman KWSP, PERKESO dan EIS.
- KWSP
- Isikan Borang 14 KWSP
- Sediakan surat penerangan dengan butiran kesilapan bayaran
- Hantar dokumen ke mana-mana kaunter cawangan KWSP
- PERKESO
- Log masuk portal Assist PERKESO
- Pergi be bahagian MySite, pilih Inspection dan tekan butan BBC
- Isikan butiran pada Refund APPLICATION – PKS(K)50 dan tekan ‘Save & Continue’
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan ‘Save & Continue’
- Selepas selesai buat semakan tekan ‘Submit’
- SIP
- Lengkapkan Borang Senarai Semak (Lampiran A), PKS(K)50 SIP dan PKS(K)50A SIP (Lampiran B)
- Hantar borang-borang berserta dokumen sokongan diperlukan di kaunter cawangan PERKESO
Automasikan Caruman dan Gaji Serentak Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, majikan dan pekerja perlu ambil maklum tentang cara untuk mengembalikan wang jika berlaku lebihan caruman. Tidak usah menunding jari mencari pihak mana yang salah kerana sifat manusia terdedah untuk melakukan kesilapan.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat mengautomasikan gaji termasuk caruman-caruman wajib secara serentah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!