Skip to main content

Antara topik sensitif untuk dibincangkan dalam konteks pekerjaan selain daripada pembayaran gaji adalah berkaitan pemberhentian (resignation). Perkara ini boleh mendatangkan perasaan tidak senang sama ada untuk pekerja mahupun majikan.

Selalunya kita dengar pekerja hantar surat resign, berhenti 24 jam ataupun berhenti tanpa notis. Tetapi bagaimana pula untuk kes pekerja yang majikan berhentikan tanpa notis? Adakah majikan berhak untuk berhentikan pekerja tanpa notis? Adakah pekerja boleh buat tuntutan atas pemberhentian tanpa notis?

Jadi artikel kali ini kita akan lihat hak pekerja dan majikan apabila melibatkan pemberhentian berdasarkan penetapan undang-undang kerja, Akta Kerja 1955 dan hak pekerja untuk kes yang melibatkan majikan berhentikan tanpa notis.

Jenis-Jenis Pemberhentian Pekerjaan

Terlebih dahulu penting untuk kita faham istilah-istilah pemberhentian pekerjaan. Secara asasnya pemberhentian pekerjaan ini membawa maksud menamatkan hubungan pekerjaan diantara majikan dan pekerja. 

Kata kuncinya adalah menamatkan hubungan pekerjaan. Seperti yang kita semua tahu hubungan pekerjaan terjalin apabila pekerja menandatangani perjanjian kontrak kerja dengan majikan. Dan untuk menamatkan hubungan pekerjaan ini mana-mana pihak boleh menyuarakan hasrat resignation.

Berbalik ke topik asal, sebelum membuat keputusan untuk berhenti terdapat beberapa istilah pemberhentian pekerjaan yang anda perlu fahami. Hal ini kerana setiap jenis pemberhentian ini berbeza dan memilik haknya tersendiri.

  1. Pemberhentian Sukarela (VSS): Pekerja memutuskan untuk menamatkan hubungan pekerjaan secara sukarela tanpa sebarang paksaan
  2. Pemberhentian Tak Sukarela (MSS): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja tanpa sebarang persetujuan
  3. Pemberhentian Atas Sebab (Dismissal): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja atas kesalahan disiplin atau pelanggaran kontrak
  4. Pemberhentian Perlanggaran Kontrak (Termination): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja selepas satu tempoh matang tamat
  5. Pemberhentian Berlebihan Pekerja (Layoff/Retrenchment): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja untuk mengurangkan jumlah tenaga kerja

Apa Kata Akta Kerja Tentang Pemberhentian?

Mari kita buka buku Akta Kerja 1955 sebenar.

Pada Seksyen 12 (1) Akta Kerja 1955 ada mengatakan bahawa notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak kepada pihak satu lagi, pada bila-bila masa untuk maklumkan niat bagi menamatkan kontrak perkhidmatan.

Kemudian pada Seksyen 12 (2) pula menyatakan setiap pemberhentian ini memerlukan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja mengikut tempoh yang diperuntukan dan syarat-syarat yang dibuat secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan.

Tempoh-tempoh yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 adalah seperti berikut:

  • 4 minggu notis jika pekerja bekerja kurang 2 tahun pada tarikh notis diberikan
  • 6 minggu notis jika pekerja bekerja 2 tahun tetapi kurang 5 tahun pada tarikh notis diberikan
  • 8 minggu notis jika pekerja bekerja lebih 5 tahun pada tarikh notis diberikan

Berdasarkan penetapan yang diterangkan di atas, jelas bahawa pekerja yang ingin berhenti mesti menghantar notis berhenti dan lalui tempoh notis ditetapkan. Ini juga diguna pakai terhadap majikan yang mengeluarkan notis kepada pekerja.

Kejap, majikan boleh keluarkan notis berhenti kepada pekerja?

Betul, majikan turut memiliki hak untuk mengeluarkan notis penamatan kerja kepada pekerja. Situasi di mana majikan mengeluarkan notis penamatan kerja kepada pekerja ini biasanya melibatkan VSS dan layoff/retrenchment. Selain itu majikan juga berhak untuk berhentikan pekerja bagi kes salah laku (dismissal) dan kadang-kadang termination.

Jadi Bolehkah Majikan Berhentikan Pekerja 24 Jam Atau Tanpa Notis?

Bagi menjawab soalan ini, kita mesti terlebih dahulu faham tentang hak majikan. Di sini majikan sebenarnya tidak boleh memberhentikan pekerja tanpa sebarang sebab, sama seperti majikan tidak boleh potong gaji pekerja sesuka hati.

Pada kebanyakan kes pekerja yang hantar surat resign untuk berhenti, tetapi ini tidak bermakna majikan tidak boleh memberhentikan pekerja atas sebab salah laku disiplin atau sebarang pelanggaran kontrak kerja.

Contohnya, pekerja A didapati hadir ke pejabat lambat dan telah berkali-kali diberi surat amaran. Jadi di sini majikan boleh mengeluarkan notis penamatan kontrak kepada pekerja untuk memberhentikannya.

Dalam situasi contoh di atas, pekerja tersebut perlu jalani tempoh notis dan jika pekerja mahu berhenti serta merta maka pekerja itu perlu membayar ganti rugi notis. Ini juga terpakai andai majikan inginkan pekerja untuk berhenti serta merta.

Pengiraan untuk pembayaran notis adalah seperti di bawah.

Gaji pekerja RM2,500 dan diberhentikan pada Ogos 2024. Pekerja itu pula bekerja kurang 2 tahun dan tempoh notis ditetapkan adalah 4 minggu. Maka, 

RM2,500/31 = RM80.64

7 Hari Seminggu x 4 Minggu Notis = 28 Hari

RM80.64 x 28 Hari = RM2,257.92 (Ganti notis) 

Tetapi bagaimana pula untuk kes majikan berhentikan tanpa notis?

Jawapannya TIDAK BOLEH. Majikan tidak boleh sesuka hati memberhentikan pekerja tanpa sebarang sebab apatah lagi berhentikan tanpa notis. Perbuatan majikan yang berhentikan pekerja tanpa notis ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Uruskan Segala Masalah Pekerja dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, majikan tidak boleh sesuka hati memberhentikan pekerja apatah lagi berhentikan tanpa notis. Ia sama juga untuk kes pekerja yang ingin resign perlu menghormati penetapan undang-undang kerja.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat! 

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

72 Comments

  • Mira says:

    bolehkan majikan memberhentikan pekerja 24jam atas salah laku tak wajar contoh bukan kes polis atau jenayah.. perlantikan tetap dan dlam
    Surat perlantikan pun tiada tulis boleh ditamatkan kontrak serta merta

    • Zahin Byond says:

      Boleh, jika salah laku tersebut adalah kesalahan berulang yang telah diberikan surat amaran atau prestasi pekerja yang tidak memberangsankan atau pekerja gagal hadir bekerja 2 hari berturut-turut tanpa sebab.

  • Nizilawati Binti Mohd Fauzi says:

    Saya di berhenti kan kerja tanpa notis Dan surat tawaran juga tidak di beri ketika mendapat tawaran berkerja, Adakah kes saya boleh di rujuk dekat PEJABAT buruh

  • Mohd Eaisraf says:

    Sekiranya syarikat saya memberhentikan pekerja dengan notis sebulan gaji sebagai pampasan bg pekerja yg telah berkhidmat lebih setahun, adakah dibenarkan?

  • shahira says:

    hi , majikan saya berhentikan saya tanpa notis atas sebab pekerja lama sebelum ni mahu kembali berkerja.
    , sewaktu mula berkerja saya tidak mendapatkan tawaran berkerja . bolehkah saya buat aduan pada pejabat buruh.

    • Zahin Byond says:

      Sebarang pemecatan tidak adil seperti memecat tanpa membayar pampasan ganti rugi notis boleh membuat aduan ke saluran yang betul seperti Jabatan Buruh.

      • zulkifli says:

        bolehkah seorang pekerja ditamatkan tanpa notis….
        dimana pertuduhanyg dikenakan tiada didalam mana2 arahan atai jika ada arahan yg tidak kena mengena dgn fakta kes…mohon pencerahan tuan…

  • Izan says:

    Sekiranya majikan melakukan kesalahan etika seperti mengarahkan HR utk tidak membayar komisyen pekerja, adakah HR itu boleh berhenti kerja 24 jam tanpa notis kerana tidak mahu mengikut arahan majikan yg menyalahi undang2?

  • Watie says:

    Bolehkah majikan memberhentikan pekerja yang bekerja lebih 5 tahun tapi kerap datang lambat dan kerap melakukan sesilapan pada kerja yang dilakukan. Pekerja telah diberi peluang berulang kali, kaunseling dan surat amaran. Perlukan Majikan membayar pampasan kepada pekerja terbabit @ hanya bg notis sahaja sudah memadai. Terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak sama ada majikan atau pekerja. Ini bermakna bukan pekerja yang ingin berhenti sahaja boleh beri notis, tetapi majikan yang ingin berhentikan pekerja juga boleh berikan notis berhenti.

  • Muhammad afiq haizatt says:

    Assalamualaikum.. saya nak tanya jika kita bekerja tanpa ada isi borang dan akhirnya dia berhentikan kita tanpa notis boleh ambil tindakan undang2 kepada majikan?

    • Zahin Byond says:

      Majikan wajib menyediakan kontrak kerja apabila menggajikan pekerja, ia adalah sebagai bukti hitam putih yang membuktikan pekerja diambil bekerja.

      • nabihah says:

        pekerja probation dan baru bekerja 3 hari kemudian berikutnya gagal hadir selama 3 hari berturut. atas alasan pening kepala dan ada masalah keluarga . kemudian diberhentikan kerana kehadiran tidak mencukupi. juga sebelum ini pernah melakukan kesalahan tatatertib seperti merokok di dalam kawasan office dimana boleh merisikokan keselamatan sudah beri amaran tetapi tanpa black n white. pekerja juga tidak memberikan maklum balas selepas diberhentikan. perlukah majikan membayar gaji pekerja berdasarkan situasi ini.

      • HAMBA says:

        Asim tuan sy telah bekerja dlm 1 syarikat selama 6tahun dan pernah mendapat surat Warning Letter pasal cuti pd 2021.mingu lepas sy telah cuti tanpa beritahu dan majikan telah memberhentikan sy serta merta tanpa sebarang notis.boleh ke sy tuntut pampasan dr majikan?

        • Zahin Byond says:

          Berapa harikah cuti tanpa memaklumkan kepada majikan tersebut? Jika ia 2 hari berturut-turt, maka majikan boleh memberhentikan pekerja serta merta kerana ia merupakan kesalahan berat ya.

  • Nurul Izzati says:

    Hi Sye nak tanya jika saya dipecat tanpa notis 24jam macam mana ya?… Dan bayar gaji juga?…

  • Zhafran says:

    Pekerja gagal menepati masa melebihi 3 kali walaupun sudah diberitahu untuk menepati waktu bekerja dan pekerja juga selalu UPL ( unpaid leave ) sebanyak 2 ke 3 kali setiap minggu dengan memberi alasan yang bermacam macam .. adakah pekerja itu boleh dibuang oleh majikan tanpa notis atau 24 jam ?

    • Zahin Byond says:

      Pemecatan pekerja boleh dibuat majikan atas salah laku, jenayah atau penutupan syarikat. Sekiranya pekerja memiliki masalah disiplin yang berulang dan diberikan surat amaran berkali-kali, ia oleh dianggap masalah disiplin berulang, dan boleh diberhentikan.

  • Siti rafidah says:

    Hi saya nak tanya..majikan berhentikan perkerja tanpa notis 24 jam dengan alasan syarikat shutdown..perlukah saya ambik tindakan undang-undang

  • naz says:

    pekerja dalam tempoh probation tak lapor diri (tak sampai semiggu bekerja) dan tidak inform majikan sebab tidak datang kerja boleh di berhentikan serta merta tak? dan macam mana caranya.

  • nurul says:

    saya dberhentikan dan diberi notis sebulan. tetapi majikan tidak membenarkan saya bekerja dalam tempoh notis, dan adakah saya akan dapat pampasan ?

  • Saya ditawarkan VSS tp syarikat cuma mrmberi pampasan 2.5 bulan gaji sedangkan saya berkhidmat dlm syarikat tersebut lebih dari 16 tahun. Saya rasa imbuhan tersebut tidak adil & rasa dianiaya majikan kerana melalui banyak tawaran VSS syarikat lain mereka ambil kira tempoh perkhidmatan bekerja. Sedangkan saya cuma diberi 0.5 bln gaji utk tambahan bekerja lebih dari 10 tahun.

  • husna says:

    hye saya nak tanya… jika majikan ingin berhentikan pekerja dan diberi notis sebulan untuk mereka.. adakah majikan perlu bayar pampasan

    • Zahin Byond says:

      Jika inginkan pemberhentian segera iaitu 24 jam maka ia perlukan ganti rugi notis. Bagi kes VSS pula majikan perlu membayar pampasan seperti yang dipersetujui bersama pekerja.

  • husna says:

    bagai mana kiraan pampasan bagi pekerja kurang dari 2 tahun dan juga 4 tahun bekerja.

    • Zahin Byond says:

      Pengiraan bayaran ganti rugi notis adalah seperti berikut:

      Gaji Pekerja/ Jumlah Hari Dalam Bulan = n
      7 x tempoh notis (4 minggu untuk kurang 2 tahun atau 6 minggu untuk kurang 5 tahun) = a
      (n) x (a) = ganti rugi notis

  • husna says:

    adakah pekerja perlu bekerja dalam tempoh notice sebulan tersebut..

  • qisya says:

    jika majikan memberikan notis sebulan ,beserta gaji sebulan adakah pekerja tersebut perlu hadir bekerja selama tempoh notis tersebut

  • KRISHNA rao says:

    Saya ada cuti tahunan dan tidak hadir ke kerja
    Ingin apply cuti tahunan tapi dibagi tau ia adalah absent dan warning letter dikeluarkan
    Apa perlu saya buat?

  • Nurin says:

    Saya dah habis kontrak pada bulan 8…jikalau majikan saya memberhentikan saya pada hujung tahun bulan 12 nih…tanpa notis..adakah saya akan dapat pampasan dan ganti rugi..saya dah bekerja dalam 2 tahun 3 bulan…bila saya tanya bila nak sambung kontrak,dia mcam asyik tangguh2…

  • Saya diberi notis gantung kerja hampir ebulan lebih ..kes saya bergaduh dlm wasaap group..dan tido kerana saya tak sihat deman ..boleh kah majikan buang kerja saya

  • SHAH says:

    Saya bakal diberhentikan kerja kerana ada orang yg diambil untuk menggantikan saya atas alasan lokalisasi di Brunei. Saya akan diberikan pampasan biasa iaitu sebulan gaji untuk notis, sebulan gaji untuk servis dan baki cuti. Adakah saya masih boleh tuntut dan failkan di jabatan buruh?

    • Zahin Byond says:

      Jika bekerja di Brunei maka ia akan mengikut undang-undang kerja di Brunei, sebaliknya jika syarikat bertapak di Malaysia dan berdasarkan situasi yang diberikan majikan dilihat mengikuti peraturan dengan menawarkan pampasan dan membayar baki cuti.

  • JJ says:

    Bolehkah pekerja baru berstatus kontrak diberhentikan dengan notis kurang dari satu bulan disebabkan prestasi kehadiran dan bekerja yang tidak memuaskan? Kaunseling telah dibuat dan surat amaran pertama telah diberikan.

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja didapati melanggar persetujuan kontrak, melakukan kesalahan disiplin berulang, dan diberi notis untuk pemberhentian maka majikan memiliki hak untuk memberhentikan pekerja.

  • Naniey says:

    Hi, majikan saya ingin berhentikan pekerja atas sebab gangguan kerja antara pekerja sesama sendiri yang melibatkan ke mahkamah. Tetapi majikan tidak pernah bagi notis amaran kepada pekerja tersebut, hanya berbicara melalui mulut sahaja. Bolehkah majikan bagi notis 24jam kepada pekerja-pekerja tersebut?

  • ara says:

    kalau partime contrack selama 3m dikira jgk tak ? sy kerja baru sebulan & supervisor cakap hq taknak ambik partime dah tapi still dalam contrack lagi baki 2m tu & yes takde bg notice apa2 & berhenti dlm masa 24jam jgk .. alasan supervisor ckp company taknak dah partime

  • Salleh says:

    KALAU DIBERHENTIKAN TANPA PERSETUJUAN PIHAK PEKERJA DAN TIADA SURAT DARI MAJIKAN .ADAKAH SYARIKAT ITU MELANGGAR PERATURAN DAN UNDANG UNDANG.. SEDANGKAN BARU BEKERJA 3 BULAN..SETAHU SAYE JIKA KITA TIADA DAPAT SURAT AMARAN ATAU SEBALIKNYE, WALAUPUN ADE MELAKUKAN KESALAHAN KECIL YANG TIDAK MELIBATKAN KES POLIS SEPERTI LEWAT DATANG KERJA,AKAN TETAPI PIHAK TUAN EMPUNYA BADAN TIADA DAPAT SURAT DARI PIHAK MAJIKAN.ADAKAH ITU MELANGGAR PERATURAN DARIPADA SYARIKAT KEPADA PEKERJA

    • Zahin Byond says:

      Jika kesalahan tersebut melanggar polisi, persetujuan kontrak kerja dan kesalahan berulang yang sudah diberi amaran maka majika boleh menamatkan perkhidmatan pekerja ya.

  • Safuan says:

    Pertanyaan.boleh ke Majikan memperhentikan perkerja 24jam atas sebab tidak hadir dalam masa 4hari di atas alasan tidak sihat tanpa MC..tidak kehadiran kerja telah dimaklum..tanpa ada Surat warning letter boleh ke Majikan berhentikan perkerja serta merta bersama Surat diberhentikan.

Leave a Reply