Skip to main content

Adakah anda pernah terdengar tentang cuti peristiwa tetapi tidak pasti sama ada ia wajib diambil atau tidak? Sebagai pekerja atau majikan, memahami hak dan tanggungjawab berkaitan cuti ini adalah penting untuk mengelakkan salah faham.

Artikel ini akan membincangkan secara mendalam tentang cuti peristiwa, termasuk definisi, jenis, dan sama ada ia wajib diambil atau tidak.

Apa Itu Cuti Peristiwa?

Cuti peristiwa merujuk kepada cuti yang diberikan kepada pekerja berikutan peristiwa tertentu atau diwartakan oleh kerajaan atas satu perayaan seperti:

  • Kemenangan pasukan bola sepak
  • Pengisytiharan oleh Sultan/ kemangkatan Sultan
  • Berlaku detik bersejarah

Ia berbeza dengan cuti umum (seperti Hari Raya atau Tahun Baru), cuti peristiwa bersifat bergantung pada polisi syarikat. Pada sesetengah kes ia boleh jadi cuti cuti wajib jika diperintahkan sedemikian.

Perbezaan Cuti Peristiwa dan Cuti Umum

AspekCuti PeristiwaCuti Umum
SebabBerlaku peristiwa tertentuHari kebangsaan/keagamaan
KewajipanBergantung kontrak/syarikatWajib diberi oleh majikan
Tempoh1 hari (mengikut pengumuman)5 hari cuti wajib dan 6 hari cuti pilihan

Adakah Cuti Peristiwa Wajib Diambil?

Persoalan utama ramai pekerja dan majikan: Adakah cuti peristiwa wajib diambil? Jawapannya bergantung pada:

  • Akta Kerja 1955: Tidak menyatakan cuti peristiwa sebagai wajib, tetapi kebanyakan syarikat menyediakannya sebagai hak pekerja.
  • Kontrak Pekerjaan: Jika termaktub dalam kontrak, majikan wajib memberikan cuti.
  • Polisi Syarikat: Setiap syarikat mempunyai peraturan berbeza.

Apa yang Perlu Dilakukan Jika Majikan Tidak Memberi Cuti Peristiwa?

Jika majikan enggan memberikan cuti peristiwa walaupun ia termaktub dalam kontrak, pekerja boleh:

  • Rujuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk aduan rasmi.
  • Buat rayuan secara bertulis kepada HR syarikat.
  • Semak semula kontrak pekerjaan untuk pastikan hak dipatuhi.

Baca juga: Hari Cuti Umum Yang Syarikat Wajib Berikan

Kesimpulannya, cuti peristiwa adalah hak pekerja, tetapi kewajipannya bergantung pada kontrak dan polisi syarikat. Sebagai majikan, memberikan cuti ini boleh meningkatkan moral pekerja. Sebagai pekerja, pastikan anda memahami hak anda.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply