Skip to main content

Mengurusakan perkerja merupakan salah satu tugasan yang sangat berat untuk bahagian sumber manusia. Hal ini kerana ia bukan sahaja melibatkan pengurusan dan penyimpanan data penting seperti maklumat gaji tetapi merangkumi segala aspek yang melibatkan perkembangan pekerja.

Atas faktor itu bahagian sumber manusia sangat memerlukan peralatan pengurusan seperti HR software untuk membantu kekal produktif, meningkatkan efisiensi dan melancarkan tugasan harian. Ini merupakan beberapa fungsi (features) utama HR software yang diperlukan oleh setiap syarikat.

5 Feature HR Software HRMS

  1. Sistem Storan Pengawanan

Dalam dunia digitalisasi, sebarang dokumen atau data kini dijana secara atas talian (online) dan disimpan dalam format digital. Pengenalan kepada dokuemn atau data dalam format digital ini adalah untuk mengurangkan risiko kerosakan dan memastikan kemudahan akses kepada semua pihak yang memerlukan.

Ekoran daripada itu memiliki storan pengawanan (cloud storage) sangat penting, lebih-lebih lagi bagi bisnes yang mementingkan penggunaan teknologi untuk kekal berdaya saing dalam pasaran semasa.

Maka, tidak hairan kebanyakan sistem HR software kini menawarkan fungi stroan pengawanan mereka sendiri. Ia bukan sahaja menjadi kemudahan akses semula sebarang dokumen atau data dengan mudah tetapi memastikan segalanya kekal dalam satu kawasan selamat yang tidak memakan ruang fizikal banyak.

  1. Sistem Penggajian

Antara fungsi utama yang ditawarkan oleh kebanyakan HR software adalah kemampuan untuk mengautomasikan pengiraan gaji pekerja. Perlu difahamkan bahawa pengiraan gaji ini bukan hanya upah semata-mata tetapi turut merangkumi elaun, bonus dan komisen.

Dalam konteks di Malaysia, gaji adalah subjek kepada caruman-caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Setiap caruman ini perlu dibuat pada gaji yang diterima pekerja setiap bulan dan kadar bagi setiapnya pula berbeza-beza.

Lantaran daripada itu, HR software menawarkan kemudahan pengiraan dan mengautomasikan pembayaran gaji bagi memastikan pekerja menerima upah tepat pada masa, dalam jumlah yang betul. Ia juga boleh memastikan kadar caruman dibayar terus daripada gaji diterima.

  1. Sistem Automasi Masa dan Kehadiran

Perkara yang berkait rapat dengan gaji adalah masa dan kehadiran pekerja. Hal ini kerana pengiraan gaji akan dibuat berdasarkan jumlah masa pekerja bekerja dan kehadiran mereka. Perkara ini juga ada diterangkan dalam Akta Kerja 1955 berkaitan tempoh upah.

Jadinya antara fungsi utama yang ditawarkan oleh HR software adalah kemampuan untuk mengautomasikan masa dan kehadiran pekerja terus dengan gaji bulanan diterima. Ini secara tidak langsung mengurangkan masalah pengiraan secara manual dan risiko kesalahan pengiraan.

  1. Sistem Pengurusan Prestasi

Prestasi merupakan perkara yang sangat dititik beratkan dalam sebarang jenis bisnes. Tanpa mengira jenis perniagaan yang dijalankan setiap daripadanya memiliki KPI dan OKR tersendiri untuk menentukan perkembangan serta hala tuju.

Mengenal pasti kepentingan prestasi kepada bisnes HR software yang menawarkan fungsi pengurusan prestasi menjadi pilihan ramai majikan. Fungsi pengurusan prestasi ini bukan sahaja boleh memastikan hala tuju syarikat kekal pada landansan tetapi turut membantu perancangan perkembangan syarikat.

  1. Sistem Penjejak Jadual Kerja

Setiap syarikat memiliki jadual kerja tersendiri sama ada mengamalkan jadual kerja biasa mahupun jadual kerja shift. Tidak dilupakan juga jadual kerja ini berkait rapat dengan cuti yang menjadi hak pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.

Jadi tidak hairan HR software mengutamakan fungsi penjejak jadual kerja pekerja. Kemampuannya untuk mengira, menyelaras dan mengesahkan permohonan cuti sangat membantu syarikat untuk merancang jumlah tenaga kerja dan meningkatkan output.

MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia Yang Lengkap Dengan Segala Feature Diperlukan!

Berita baik kepada anda yang mencari HR software yang menawarkan semua feature utama diperlukan syarikat dalam satu sistem sahaja kerana MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran, rekod prestasi dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply