Skip to main content

Tempoh hari pihak MySyarikat ada kongsikan tentang struktur pampasan kerja, di dalamnya ada sentuh sedikit berkenaan gaji secara asas. Memahami proses pembayaran gaji adalah sangat penting sebelum memulakan mana-mana jenis perniagaan di Malaysia.

Oleh itu, sebagai majikan dan pegawai HR anda dinasihatkan untuk memahami struktur gaji lebih-lebih lagi dengan adanya potongan/ caruman dan sumbangan yang wajib dibuat bagi pekerja termasuk untuk pihak syarikat.

Secara asasnya, peraturan penggajian pekerja ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan. Penetapannya juga telah digazet menjadi undang-undang pada buku peraturan seperti berikut:

  • Akta Kerja 1955
  • Akta Cukai Pendapatan 1967

Menurut penetapan undang-undang pembayaran gaji mesti dibuat tidak lebih dari 7 hari pada kitaran bulan penggajian berikutnya. Mudah kata gaji mesti dibayar dalam tempoh masa 7 hari pertama setiap bulan.

Pada kebanyakan kes di Malaysia gaji pekerja akan dibayar pada hari terakhir setiap bulan, namun ada juga yang membayarkannya pada tarikh 26 haribulan ke 28 haribulan. Bagi mereka yang bekerja di sektor awam pula tarikh penggajian telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Fahami Caruman dan Sumbangan Wajib Gaji Pekerja

Antara caruman (turut disebut sebagai potongan) dan sumbangan wajib yang perlu dibuat pada gaji bulanan pekerja adalah seperti berikut:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Caruman wajib yang perlu dibuat pada gaji pekerja dan pihak majikan dengan kadar syer pekerja antara 9% ke 11% sementara syer majikan tetap pada 12%  
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): Caruman wajib yang perlu dibuat pada gaji pekerja dan pihak majikan sebagai persediaan jika berlaku kecederaan atau kematian ke atas pekerja
  • Skim Insurans Pekerjaan (SIP): Pembayaran wajib yang perlu dibuat pada gaji pekerja dan sumbangan majikan sebagai bantuan kewangan jika pekerja hilang pekerjaan dan semasa mencari pekerjaan baru
  • Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF): Potongan wajib dibayar oleh majikan pada sektor pembuatan, perkhidmatan, perlombongan dan penggalian dengan kadar 1% daripada gaji bulanan pekerja
  • Potongan Cukai Bulanan (PCB): Pembayaran cukai pendapatan pekerja secara ansuran melalui potongan gaji bulanan pekerja yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Segala caruman/ potongan dan sumbangan yang dinyatakan di awal perlu dibayar oleh majikan kepada badan-badan berkanun seperti KWSP, PERKESO, HRDF Corp dan LHDN selewat-lewatnya pada 15 haribulan setiap bulan.

Kegagalan mana-mana pihak sama ada pekerja atau majikan untuk membuat pembayaran boleh dikenakan denda dan penjara, mengikut penetapan undang-undang yang digariskan dalam akta badan berkanun masing-masing.

Gaji Minimum Pada Tahun 2024

Memahami berkenaan caruman dan sumbangan sahaja tidak cukup jika majikan dan pegawai HR tidak mengetahui tentang kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Bermula 1 Mei 2022 lalu kadar gaji minimum telah ditetapkan pada RM1,500 untuk majikan dengan 5 orang pekerja atau lebih.

Pematuhan kadar gaji minimum ini telah digazetkan pada Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Mei 2022 lalu. Dan setakat sehingga tahun 2024 ini tiada perubahan yang dibuat, maka ini bermakna kadar gaji minimum masih pada RM1,500.

Jika majikan didapati gagal untuk mematuhi penetapan kadar gaji minimum tersebut, terdapat beberapa penalti yang akan dikenakan.

  • Denda tidak lebih RM10,000 untuk setiap pekerja bagi kesalahan pertama
  • Denda tidak lebih RM10,000 untuk setiap pekerja bagi penalti am
  • Denda harian tidak lebih RM1,000 untuk setiap kesalahan bagi penalti berterusan
  • Denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun bagi penalti berulang

Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bagi mereka yang bekerja di sektor awam pula tarikh pembayaran gaji telah ditetapkan dalam surat pekeliling oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tarikh-tarikh rasmi yang diwarta untuk pembayaran gaji penjawat awam adalah seperti berikut:

  • Januari – 24/01/2024 (Rabu)
  • Februari – 23/02/2024 (Jumaat)
  • Mac – 25/03/2024 (Isnin)
  • April – 25/04/2024 (Khamis)
  • Mei – 24/04/2024 (Jumaat)
  • Jun – 13/06/2024 (Khamis)
  • Julai – 19/07/2024 (Jumaat)
  • Ogos – 23/08/2024 (Jmaat)
  • September – 25/09/2024 (Rabu)
  • Oktober – 24/10/2024 (Khamis)
  • November – 25/11/2024 (Isnin)
  • Disember – 19/12/2024 (Khamis)

Pembayaran Gaji Mengikut Undang-Undang Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, sebagai majikan dan pegawai HR penting untuk memahami struktur pembayaran gaji pekerja dari tarikh pembayaran sehingga ke cara pembayaran. Penting juga diingatkan pembayaran perlu dibuat mengikut penetapan undang-undang sedia ada.

Kegagalan mana-mana pihak untuk mematuhi penetapan pembayaran gaji termasuk potongan dan sumbangan wajib boleh dikenakan tindakan. Jika anda mencari cara pembayaran gaji yang bagus gunakan MySyarikat untuk automasikan pembayaran gaji dan potongan wajib dengan lebib mudah.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma! 

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply