Cuti merupakan sebahagian daripada hak pekerja. Faedah cuti ini telah digariskan pada beberapa seksyen di dalam Akta Kerja 1955. Menerusi pindaan dibuat pada 2022, parlimen juga telah memperuntukkan jumlah cuti minimum tertentu yang semua syarikat di Malaysia perlu patuhi.
Jika dilihat pada kalendar tahun 2024, terdapat banyak tarikh hari cuti umum yang diwartakan. Dan mengikut takwim senarai-senarai hari cuti umum tersebut terdapat 5 hari cuti WAJIB yang majikan perlu berikan dan 6 hari cuti PILIHAN yang boleh dipilih.
Jenis Cuti Layak Untuk Pekerja
Sebagai majikan mahupun pekerja, penting untuk difahamkan terlebih dahulu jenis-jenis cuti yang berhak untuk pekerja. Jenis-jenis cuti ini adalah cuti berbayar yang digariskan dalam perundangan kerja negara, Akta Kerja 1955.
Jenis-jenis cuti yang berhak untuk pekerja adalah,
- Cuti Rehat Mingguan
- Cuti Umum
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit
- Cuti Bersalin
- Cuti Paterniti
Senarai di atas adalah faedah cuti pekerja yang majikan tidak boleh tolak ganti. Jika majikan meminta pekerja untuk bekerja pada mana-mana hari cuti yang dinyatakan atas, maka pekerja berhak untuk dibayar overtime (OT) mengikut kadar yang ditetapkan.
Suka juga diingatkan bahawa jenis-jenis cuti di atas juga memiliki syaratnya. Bergantung kepada tempoh perkhidmatan (jangka masa seseorang pekerja itu bekerja) jumlah cuti yang diterima mungkin berbeza-beza.
Apa Itu Hari Kelepasan Am?
Hari Cuti Umum, atau disebut sebagai Hari Kelepasan Am dalam Akta Kerja 1955 adalah hari cuti yang majikan wajib berikan tanpa mengira industri. Terdapat 5 hari yang wajib dan 6 hari pilihan, menjadikannya minimum 11 hari kelepasan am yang syarikat perlu peruntukkan setiap tahun.
5 hari wajib tersebut adalah seperti berikut:
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
- Hari Keputeraan Yang DIpertuan Negeri atau Hari Wilayah (Wilayah Persekutuan)
Untuk 6 hari pilihan pula majikan boleh pilih dari senarai hari-hari cuti yang diwartakan dalam kalendar. Selalunya hari yang dipilih adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Maudilur Rasul atau Hari Wesak.
Penting diingatkan untuk majikan memaklumkan senarai hari-hari kelepasan am yang dipilih melalui notis kepada pekerja sebelum bermulanya tahun kalendar baru setiap tahun. Jika terdapat cuti bersempena yang diumumkan kerajaan, majikan juga perlu memaklumkannya kepada pekerja secepat mungkin.
Hari-Hari Cuti Umum 2024
Berikut merupakan senarai-senarai hari cuti umum yang ditakwimkan dalam kalendar tahun 2024. Tarikh-tarikh berikut mengikut kalendar Gregorian yang digunakan di seluruh dunia. Sebarang perubahan atau penambahan dari pihak kerajaan atau negeri akan di kemas kini.
- Januari
- 1 Januari – Tahun Baru
- 14 dan 15 Januari – Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
- 25 Januari – Thaipusam
- Februari
- 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan
- 8 Februari – Isra dan Mi’raj
- 10 dan 11 Februari – Tahun Baru Cina
- Mac
- 4 Mac – Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
- 12 Mac – Awal Ramadan
- 23 Mac – Hari Keputeraan Sultan Johor
- 28 Mac – Nuzul Al-Quran
- 29 Mac – Good Friday
- April
- 10 dan 11 April – Hari Raya Aidilfitri
- 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu
- Mei
- 1 Mei – Hari Pekerja
- 17 Mei – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis
- 22 Mei – Hari Wesak / Hari Hol Pahang
- 30 Mei – Pesta Kaamatan
- Jun
- 1 Jun – Hari Gawai
- 3 Jun – Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
- 17 dan 18 Jun – Hari Raya Aidiladha
- 30 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah
- Julai
- 7 Julai – Awal Muharram
- 13 Julai – Harijadi Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang
- 22 Julai – Hari Kemerdekaan Sarawak
- 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang
- Ogos
- 24 Ogos – Harijadi Yang Dipertuan Negeri Melaka
- 31 Ogos – Hari Kebangsaan
- September
- 16 September – Maulidur Rasul
- 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan
- Oktober
- 5 Oktober – Harijadi Yang Dipertuan Negeri Sabah
- 12 Oktober Harijadi Yang Dipertuan Negeri Sarawak
- 31 Oktober – Hari Deepavali
- November
- 1 November – Hari Keputeraan Sultan Perak
- Disember
- 11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor
- 25 Disember – Hari Krismas
Urusan Cuti Kini Lebih Mudah Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, cuti merupakan salah satu hak pekerja sebaik menandatangani kontrak kerja. Pekerja memilik hak untuk berehat dan majikan perlu menghormatinya. Andai majikan mahu pekerja bekerja semasa dalam cuti, maka perlu diberi bayaran overtime (OT).
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Bagi syarikat yang berdepan masalah pekerja menguruskan cuti pekerja, fungsi Leave Management – MySyarikat dapat automasikan permohonan dan approval cuti dengan sekali tetapan sahaja!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!