Amalan standard di Malaysia bagi pekerja yang ingin mohon cuti adalah dengan menyertakan sekali alasan bagi permohonan tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 mengenai keperluan untuk berikan alasan semasa mohon cuti, sesetengah syarikat menjadikannya satu polisi yang perlu pekerja ikuti.
Tidak kira walau apa pun alasan yang diberikan pekerja untuk memohon cuti, ia sangat diperlukan bahagian sumber manusia (HR) sebagai rekod dokumentasi andai berlaku sebarang kemalangan ketika pekerja sedang bercuti.
Faedah Cuti Dalam Akta Kerja 1955
Sebenarnya, terdapat beberapa faedah cuti yang digariskan oleh perundangan di dalam Akta Kerja 1955. Antara faedah cuti yang menjadi hak dan boleh dimanfaatkan oleh pekerja adalah,
- Cuti Rehat Mingguan (Seksyen 60, Akta Kerja 1955)
- Cuti Umum (Seksyen 60D, Akta Kerja 1955)
- Cuti Tahunan (Seksyen 60E, Akta Kerja 1955)
- Cuti Sakit (Seksyen 60F, Akta Kerja 1955)
- Cuti Paterniti (Seksyen 60FA, Akta Kerja 1955)
- Cuti Bersalin (Bahagian IX, Akta Kerja 1955)
Malah, dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 turut menyatakan juga bahawa setiap syarikat yang berdaftar di dalam Malaysia perlu mengambil minimum 11 hari cuti dalam setahun. Ia terbahagi kepada 5 hari cuti WAJIB dan 6 hari cuti PILIHAN.
Suka dimaklumkan di sini bahawa faedah cuti ini telah diberikan bagi memberi manfaat kesihatan mental dan fizikal pekerja. Tentunya mendapatkan rehat yang diperlukan sangat membantu pekerja untuk kekal produktif dan meningkatkan kualiti kerja.
Menariknya lagi Akta Kerja 1955 juga memperkenalkan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang membenarkan pekerja untuk mohon perubahan tempat bekerja, waktu bekerja dan hari bekerja mengikut keperluan tetapi bersyarat.
Namun, tidak kira sama pekerja mahu memohon cuti atau AKF ia perlu dikemukan sekali dengan alasan kukuh. Hal ini kerana syarikat memerlukannya sebagai rekod dokumentasi andai berlaku kemalangan semasa sedang bercuti.
Contoh mudah untuk menerangkan keperluan alasan bagi sebarang permohonan adalah bila pekerja menggunakan cuti tahunan (annual leave) untuk pulang ke kampung dan terlibat dalam kemalangan, jadi di sini ia akan memudahkan proses tuntutan PERKESO apabila terdapat rekod dokumentasi yang membuktikan individu merupakan pekerja syarikat.
Sebab Kenapa Alasan Perlu Diberikan Semasa Mohon Cuti
Seperti diterangkan atas, antara sebab utama kenapa syarikat meminta pekerja untuk kemukakan alasan bagi sebarang permohonan cuti adalah sebagai rekod dokumentasi yang boleh digunakan sebagai rujukan.
Pada dasarnya pemberian alasan untuk permohonan cuti tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, dan ia bergantung kepada polisi syarikat semata-mata. Namun, ia kini telah menjadi amalan standard oleh kebanyakan syarikat di Malaysia.
Tidak kira sama ada permohonan untuk cuti tahunan, cuti sakit atau cuti tanpa gaji ia perlu disertakan sekali dengan alasan. Antara alasan yang sering diberikan adalah,
- Mengalami kecederaan atau penyakit
- Menghadiri temujanji perubatan
- Berlaku kecemasan keluarga
- Berlaku kecemasan di rumah
- Atas sebab peribadi
Di sini pekerja perlu berlaku jujur dengan alasan yang diberikan. Tidak kira sama ada memohon cuti tahunan atau cuti tanpa gaji, pekerja bertanggungjawab untuk kemukakan alasan yang kukuh dan munasabah.
Perlu difahamkan juga di sini pemberian alasan ini bukan untuk menghalang pekerja daripada menggunakan faedah cuti yang diberikan, tetapi sebaliknya untuk tujuan dokumentasi dan rujukan jika berlaku sebarang masalah.
Kesimpulannya, amalan pemberian alasan untuk bercuti oleh pekerja bukan perkara baru. Ia telah lama digunakan di Malaysia dan tujuannya diperkenalkan adalah untuk kebaikan pekerja itu sendiri.
Bagi majikan pula mereka tidak berhak untuk menolak cuti yang dimohon pekerja tanpa mengira alasan yang diberikan, hal ini kerana faedah cuti adalah hak pekerja yang utama. Jika terdapat lebihan cuti pekerja berhak dibayar atau carry forward cuti tersebut.
Automasikan Cuti Pekerja Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah memproses cuti pekerja? Perlukan sistem pengurusan cuti yang efisien untuk selesaikan masalah permohonan cuti berperingkat-peringkat (multi-layer approval)? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!