Gaji didefinisikan sebagai sebarang bayaran yang diberikan majikan kepada pekerja atas perkhidmatan yang ditawarkan. Boleh jadi ia diberikan secara tetap setiap bulan atau mingguan, bergantung kepada persetujuan dalam kontrak pekerjaan yang ditandatangani.
Seperti faedah cuti yang menjadi hak pekerja, gaji juga merupakan hak mutlak pekerja yang dilindungi di bawah undang-undang kerja iaitu Akta Kerja 1955 dan diselia Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan Perintah Gaji Minimum 2022.
Oleh itu, penting untuk anda sebagai pekerja mahupun majikan mengetahui cara pengiraan gaji termasuk pembayaran gaji per jam, per hari, dan bulanan agar jumlah yang dibayar adil serta mengikut penetapan undang-undang kerja di Malaysia.
Definisi Gaji dalam Akta Kerja 1955
Di bawah Seksyen 2, Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) gaji disebut sebagai ‘upah’ dan ia didefinisikan sebagai apa-apa bayaran dengan ‘wang tunai’ yang diberikan majikan kepada pekerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatan.
Perihal mengenai gaji juga ada dinyatakan pada Seksyen 18 yang menerangkan bahawa pembayaran gaji perlu dibuat untuk tempoh tidak lebih 1 bulan, dan jika tidak dinyatakan dalam kontrak mengenai tempoh gaji ini ia tetap dianggap untuk 1 bulan.
Selain itu, tempoh pembayaran gaji juga telah ditetapkan. Pembayaran gaji mesti dibuat tidak lewat dari 7 hari selepas hari terakhir tempoh upah. Oleh itu, majikan perlu mengkreditkan gaji ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan.
Jenis Gaji
Tahukah anda, gaji yang diterima setiap bulan itu adalah dalam bentuk gaji bersih? Ya, majikan perlu memastikan pembayaran gaji kepada pekerja dibuat dalam bentuk gaji bersih, namun majikan dan HR perlu menyediakan gaji kasar setiap bulan.
Ringkasan jenis-jenis gaji adalah seperti berikut:
- Gaji Kasar
- Gaji asas + elaun tanpa potongan wajib yang majikan perlu sediakan setiap bulan.
- Gaji Bersih
- Gaji asas + elaun selepas potongan wajib yang majikan perlu kreditkan setiap bulan.
Penting: Gaji kasar adalah jumlah yang majikan dan pegawai HR perlu sediakan setiap bulan, manakala gaji bersih adalah jumlah yang pekerja terima setiap bulan selepas potongan wajib dibuat.
Formula Pengiraan Gaji Pekerja
Mari lihat cara pengiraan gaji kasar dan gaji bersih berdasarkan contoh di bawah.
Gaji Kasar = Gaji Asas + Elaun (jika ada)
Gaji Bersih = Gaji Asas – Potongan Wajib
Contoh: Syazwani bekerja sebagai Designer dan menerima gaji sebanyak RM2,000 serta elaun pengangkutan sebanyak RM200 setiap bulan. Caruman EPF adalah sebanyak RM242, SOCSO sebanyak RM10.75, dan EIS sebanyak RM4.40. Jadi pengiraannya adalah seperti berikut:
Gaji Kasar: RM2,000 + RM200 = RM2,200
Gaji Bersih: RM2,200 – (RM242 + RM10.75 + RM4.40) = RM1,942.28
Berdasarkan jumlah tersebut, pengiraan gaji hari dan jam yang Syazwani terima adalah seperti di bawah.
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
Andai kata Syazwani bekerja 8 jam sehari selama 5 hari seminggu, maka pengiraannya adalah seperti berikut:
ORP: RM2,200 / 26 = RM84.61
HRP: RM84.61 / 8 = RM10.57
Suka diingatkan bahawa formula pengiraan ini akan digunakan dalam situasi mengira jumlah bayaran kerja lebih masa (OT). Untuk mengira kadar bayaran OT ia akan ikut standard yang ditetapkan iaitu 1.5x untuk hari biasa, 2x untuk hari rehat, dan 3x untuk hari cuti umum.
Baca juga: Bagaimanakah Kiraan Kadar Kerja Lebih Masa/Overtime (OT)?
Kesimpulannya, sebagai pekerja mahupun majikan atau pegawai HR adalah penting untuk kita mengetahui cara pengiraan gaji yang betul. Kegagalan untuk membayar gaji dengan betul atau gagal untuk membayar tepat pada masanya boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jadi pastikan anda memahami cara pengiraan ini dengan betul untuk memastikan anda menerima gaji secara adil, selaras dengan hak anda sebagai pekerja!
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Kenapa ORP kena bahagi dengan 26 eh? Jumlah hari kerja ke?
Penhiraan tersebut adalah berdasarkan formula yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.
Walaupon bekerja seminggu 5 hari ORP tetap kira 26 eh ?
Ya, benar!
Mana2 sektor pekerjaan kerajaan atau swasta memang kira 26hari ke?
Ya.
Kalau pekerja berhenti pada pertengahan bulan, perlu ambil jumlah hari dia bekerja pada bulan itu kemudian bahagi dengan 26 ke?
Untuk kes ini akan ikut pengiraan gaji untuk bulan tidak lengkap berdasarkan formula di bawahl:
Gaji Bulanan / Jumlah Hari Dalam Bulan* x Bilangan Hari Pekerja Bekerja
*bilangan hari dalam bulan bergantung kepada 28,29,30,31
Hai kalau staff baru masuk 4hb – 20hb dan cut off date 20hb utk payroll adakah Gaji semasa bahagi dengan 26 hari atau 30@31 hari?
Bergantung kepada jumlah hari pekerja bekerja ya.
Mengikut formula yang dinyatakan Akta Kerja 1955, ORP perlu dibahagikan dengan 26 hari. Adakah ini bermaksud sesebuah syarikat boleh menjadikan hari Sabtu sebagai hari bekerja walaupun sebelum ini syarikat menetapkan bahawa waktu bekerja hanya Isnin-Jumaat. Adakah pekerja mempunyai hak untuk ‘bising’ sekiranya syarikat tiba-tiba menetapkan bahawa hari Sabtu perlu kerja kerana formula pengiraan gaji yang perlu dibahagikan dengan 26 hari?
Dalam Akta Kerja mengatakan dalam seminggu majikan perlu beri satu hari rehat (rest day), selalunya Ahad. Amalan di Malaysia biasanya memberi hari cuti (off day) pada Sabtu. Dalam kes ini jika waktu kerja seminggu tidak lebih 45 jam maka majikan boleh mengamalkan hari bekerja Isnin hingga Sabtu.
kalau bulan tu kerja 28hari…baki 2 hari kerja di kira atau tetap dikira 26 hari
Formula tersebut adalah yang ditetapkan dalam Akta Kerja.
Macam mana nak tahu perlu bahagi 26 hari atau 30/31 hari?
Bahagi 26 adalah formula untuk pengiraan OPR iaitu gaji per hari.
Dalam bidang f&b, pekerja di beri gaji rm3000 berkerja selama 10jam. Adakah kiraan nya 10jam atau pun 8jam selebihnya 2 jam itu overtime?
Jam bekerja normal adalah 8 jam sehari, dan kerja lebih masa adalah dikira OT. Waktu kerja ini turut diguna pakai untuk pekerja shift.
Saya nak tanya, untuk kiraan Overtime, bolehkah majikan tentukan rate sendiri sebagai contoh gaji rm2000 sepatutnya RM2,000/26 hari(contoh) = RM10.25/jam tetapi majikan set rm7/jam.
Tidak. Pengiraan OT mesti dibuat berdasarkan gaji sejam pekerja dan didarab dengan jumlah jam OT.
Majikan saya mengira gaji harian seperti berikut (Gaji Kasar / Jumlah hari dlm bulan tersebut), jika Januari 31 hari, Februari 28 hari, dan seterusnya. Adakah ianya salah di sisi akta buruh?
Untuk pengiraan gaji harian adalah berdasarkan formula berikut:
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
bulan feb ada 28hari jadi tetap bahagi 26 juga kah?
Ya, formula tersebut adalah berdasarkan Akta Kerja 1955.
gaji per jam bahagi 8 atau 7.5 jika sehari bekerja 7.5 jam?
Bahagi dengan jam bekerja, dalam kes ini 7.5 jam.
Asslamualaikum. Saya nak tanya tentang cara bagaimana nk bayar gaji pekerja yang cuma bekerja 2- 3 jam sehari ? Adalah perlu mengikut gaji minima 1700 sebulan atau ada formula kiraan gaji?
Tidak perlu ikut kadar minimum, pengiraan gaji adalah berdasarkan kadar gaji darab jam bekerja pekerja.
bagi pekerja sambilan kiraan gaji di kira 30hari atau 26hari?
Ia dikira berdasarkan jumlah hari pekerja itu bekerja.
mengikut basic rm1700, Sekiranya waktu bekerja dari pukul 7 pagi – 7 malam (12 jam), berapakah waktu jam yang dikira sebagai jumlah jam OT pekerja? adakah 11 jam, 10.25 jam atau lain-lain untuk tempoh 7 pagi – 7 malam ni
Akta Kerja tetapkan waktu bekerja sehari adalah 8 jam, dan jika lebih daripada itu dikira sebagai OT.
waktu kerja normal adalah dr pukul 7 pagi – 7 malam, Isnin hinggga jumaat.
Soalan saya, untuk per hari, adakah kiraannya ialah waktu kerja normal 7.5 jam + OT 3 jam ataupun waktu kerja normal 7.5 jam + OT 3.5 jam?
Akta Kerja tetapkan waktu bekerja sehari adalah 8 jam, dan jika lebih daripada itu dikira sebagai OT.
hi, tender surat resign 25/1 kerja sampai 25/2, kiraan tetap 26 hari?
Pengiraan tersebut adalah untuk mendapatkan jumlah Hourly Rate Pay (HRP) bagi pengiraan OT. Pengiraan gaji adalah seperti berikut ‘Gaji Bersih = Gaji Pokok – Potongan Wajib’
hI..jika gaji basic 1700 dan jika untuk bulan feb ttp ÷dgn 26 jgk ye..
Ya, perlu.
hi.. kalau basic 1800/22 hari bekerja.
sbb skrg ni kira macam ni..
basic 1800 / 22 / = 81.81 per dys
Nor OT 1800 / 22 / 8 X 1.5 = 15.34 per hrs
Sun OT 1800 / 22 / X 2.0 = 20.45 per hrs
PH OT 1800 / 22 / 3.0 X 30.65 per hrs
Soalan sy.. jika bekerja pada PH .. Bayaran untuk kerja hari tersebut kira bagaimana.. Bayar basic Rm81.81 + Ot Rm30.65 x jam ot .. atau bayar mengikut jam kerja rate Ph? Contoh kerja 12 jam bayar Rm30.65 x 12 jam = RM367.80
Untuk pengiraan OT mesti dapatkan kadar ORP dan HRP terlebih dahulu. Formulanya adalah seperti berikut:
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
HRP x Jam OT x Kadar OT = Jumlah OT
Basic rm1800 sebulan(6hari kerja)
Saya Nak tny…Jika sebulan 31hari ..off day 4 Hari..Hari bekerja 27hari…Jika pekerja kerja penuh 27 Hari…perlu Bayar 1 Hari extra ke?sebab kebiasaan nya 26 hari..
Dan bagaimana Pula Jika 31hari off 4 Hari 27hari bekerja..TAPi Upl 1 Hari…perlu tolak GAJI sehari atau Masih full basic..
Pembahagian 26 adalah untuk mengira Ordinary Rate Pay (gaji sehari) bagi tujuan pengiraan OT. Formula ini adalah berdasarkan penetapan yang dibuat Akta Kerja. Bagi Upl majikan boleh membuat pembayaran gaji untuk tidak cukup bulan.
hi sir,
bila start rm1700 minimum basic? kalau staff saya 1 hari 5 jam, satu minggu kerja 5 hari, dia dikira half day atau fullday worker? macam mane kiraan untuk gaji sebulan?
Apakah status pekerja tersebut? Boleh rujuk dalam kontrak sama ada status pekerja tersebut adalah pekerja sepatuh masa atau sepenuh masa. Jika sepenuh masa dan syarikat cukup syarat maka wajib berikan kadar gaji minimum RM1,700.
hi..saya start bekerja 15.04.2025..gaji basic rm1700…saya bekerja 5hari seminggu..macamna cara pengiraan gaji saya pada bulan April ini.
Terima Kasih.
Pengiraan gaji akan dibuat untuk jumlah hari pekerja bekerja sahaja. Jadi di sini pekerja mungkin tidak akan mendapat bayaran gaji penuh untuk bulan April.
Hi, saya ada 2 soalan.
1. Cara nak kira gaji hari untuk staff yang ada basic salary bagaimana?
2. Cara tersebut tertakluk pada staff ‘part time’ juga?
1. Cara pengiraan gaji adalah berdasarkan formula di bawah.
Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
2. Ya, ia tertakluk pada semua jenis pekerja.
Saya ingin tahu, pekerja lapor diri 5.5.2025 dan disini tidak cukup sebulan dia bekerja, perlukah saya kira sekali dengan hari sabtu dan ahad? Atau hanya kira isnin hingga jumaat? Iaitu 20 hari?
Untuk pengiraan apa? Jika untuk gaji boleh gunakan pengiraan tidak cukup bulan.
Hi Sya nak tanya berapa kah kiraan gaji untuk pekerja part time yg berkerja 4 jam setiap hari, seminggu 6 kali dan 1 kali seminggu offday adakah
1700/30hari/8jam atau 1700/26hari/8jam
Persoalan Sya berapa kah gaji untuk part time per jam ?
Untuk pengiraan gaji part time boleh buat rujukan di sini: Cara Kira Gaji Pekerja Part Time
Hi,
saya nk tanya cara pengiraan gaji pekerja partime ni,
pekerja hanya bekerja 4 jam 1 hari ,so cara kira tu macam ni ke?
=RM1700/(22hari x 4jam)
=RM1700/88jam
=RM19.32
Gaji Per Jam = Gaji Bulanan ÷ (Bilangan Hari Kerja Sebulan x Jam Kerja Sehari)
Betul. Bagi pekerja part-time yang diupah pada kadar kerja ikut jam, pengiraan gaji mesti dibuat mengikut kadar bekerja pekerja tersebut.
kalau gaji basic pekerja adalah RM 4,000 sebulan.
hari bekerja adalah isnin – sabtu. (Sabtu separuh hari).
Dia masuk kerja bermula 12 Mei.
gaji hari sabtu tetap dikira rate harian kah walaupun bekerja separuh hari?
atau utk hari sabtu perlu dibahagi dua dari ORP?
Hari Sabtu tetap dikira sebagai satu hari kerja penuh walaupun hanya bekerja separuh hari, melainkan kontrak nyatakan sebaliknya. Maka untuk bulan Mei, pengiraan gaji pekerja dari 12 Mei hingga 31 Mei perlu ambil kira Sabtu sebagai hari penuh, selagi dia hadir bekerja.
Hi saya nk tanya
Jika pekerja masuk kerja 20.5.2025.
Cut off selalu 1hb-31hb. Dalam tempoh bulan ni dia hanya bekerja 10 hari sahaja start dari 20.5.2025.adakah betul pengiraan seperti dibawah
1700/31hari = RM54.83
RM54.83 X 10 hari bekerja = RM548.30
Betul ka cara pengiraan mcmni.. Dan rate bagi potongan kwsp/socso/sip adakah perlu ikut gaji RM1700.00 @RM548.30
Pengiraannya akan mengikut pengiraan bekerja tidak cukup bulan. Gaji tersebut juga mesti ditolak dengan caruman wajib.
Saya sekarang dibayar secara kontra tanpa potong kwsp majikan. Rate saya rm159/jam , 40jam seminggu. sekarang syarikat mahu tukar contract saya kepada gaji bulanan dengan potong kwsp majikan, ada insurance dan lain2. Bagaimana kiraan kasar utk gaji bulanan yg saya patut terima dgn anggapan tiada kenaikan pada rate semasa.
Pengiraan gaji adalah berdasarkan dengan perjanjian kontrak. Dinasihatkan untuk rujuk HR dan majikan untuk bincangkan jumlah gaji yang layak diterima.
Nak tanya, kalau gaji 2000, kerja 5 hari seminggu, 9 jam sehari, jadi pengiraannya:
> RM2000/26/9 jam = RM8.54 sejam
Betul ke?
Jam bekerja normal sehari adalah 8 jam sahaja. Jadi jumlah HRP sepatutnya adalah RM9.61
Walaupun kerja 9 jam?
Salam en,maaf ya sya nk tnya.gaji basic sya rm1700,blan 7 sekarang ada 31 hari.tpi wajib dibahagi dgn 26 hari kan.cuma sya nk tnya,blan neyh sya bkerja slama 27 hari,adakah gaji sya dikira rm1700 jgak?
Ya.
Saya nk Tanya, setiap pekerja saya di bayar ikut tahap kemahiran masing-masing.. Dan gaji di bayar ikut jam bekerja.. Bagaimana kah Cara untuk saya kira untuk caruman perkeso? Dan adakah wajib untuk caruman kwsp juga sekira nya perkeso sudah dicarum.. Ada Hari mereka akan diberi cuti sekira nya tiada job untuk di buat
Apakah kontrak pekerjaan mereka pekerja tetap atau freelance? Jika pekerja tetap wajib carum KWSP dan SOCSO, tetapi jika freelance boleh memilih untuk mencaru atau tidak.
SAYA NAK TANYA, GAJI POKOK 2000, DAN PEKERJA INI HANYA BEKERJA 5 HARI SEMINGGU KERANA SABTU DAN AHAD MERUPAKAN CUTI REHAT BAGI SEMUA PEKERJA.
CONTOH JULAI LALU JUMLAH HARI PATUT BEKERJA 23 HARI SAHAJA. DAN DIA HADIR SEBANYAK 21 HARI. BERAPAKAH GAJI YANG PATUT DIBAYAR PADA BELIAU ?
Hi, saya ada 2 soalan:
1. Untuk kira unpaid leaves staff full time, gaji pokok dibahagiakan mengikut jumlah hari dlm sebulan atau bahagi 26 hari?
2. untuk staff part time yg bekerja isnin-jumaat , sabtu (kdng2 perlu kerja and kadang2 tidak), mcm mana nk kira gaji? bahagi jumlah hari dalam bulan atau bahagi 26 atau mcm mana?
Formula pengiraan unpaid leave adalah seperti di bawah.
Cuti Tanpa Gaji = Gaji Kasar / Jumlah Hari Bekerja Sebulan x Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji
sy nk tnya, sekiranya pekerja yg bergaji hari tidak datang bekerja pada hari tersebut.. majikan terpaksa mencari pekerja & membayar gaji harian kepada pekerja ganti. bagaimana pengiraan gaji bagi pekerja yg tidak hadir itu?
Hi! sekiranya cut off date untuk pengiraan gaji adalah dari 21hb – 20hb bulan berikutnya, formula untuk penghitungan gaji seharian adalah berdasarkan 26 hari juga? ataupun perlu dibahagikan dengan jumlah hari bekerja dalam tempoh penghitungan tersebut?