Skip to main content

Selain daripada memiliki sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) bagi melancarkan operasi perniagaan, syarikat juga memerlukan sebuah buku panduan pekerja (employment handbook) yang lengkap untuk memastikan pengalaman pekerjaan terbaik.

Kewujudan buku panduan pekerja ini amat penting dalam mendidik dan memastikan para majikan, pekerja serta pegawai di bahagian sumber manusia (HR) mengetahui akan hak-hak termasuk garis panduan bekerja.

Walaupun tiada perundangan di Malaysia yang mewajibkan syarikat untuk wujudkan buku panduan pekerja, namun memilikinya sangat membantu dalam membimbing dan membentuk sesebuah organisasi perniagaan.

Apa Itu Buku Panduan Pekerja?

Pada definisi buku panduan pekerja adalah sebuah dokumen yang menggariskan misi, visi, polisi dan jangkaan syarikat kepada pekerja. Ia juga berperanan untuk menerangkan segala hak-hak utama pekerja yang terkandung dalam Akta Kerja 1955.

Mudah kata buku panduan pekerja ini umpama nota rumusan yang menerangkan hak-hak asas pekerja, kod tatakelakuan (code of conduct) dan dasar-dasar utama syarikat kepada pekerja supaya mudah akses semasa untuk dibuat rujukan.

Di sini perlu difahamkan bahawa buku panduan pekerja dan kontrak kerja adalah dua perkara yang berbeza. Banyak syarikat di Malaysia kini meletakkan penerangan hak-hak asas pekerja di dalam kontrak kerja, seterusnya menjadikan ia sama seperti buku panduan pekerja.

Namun, jika dilihat definisi kontrak kerja ia merupakan sebuah dokumen ikatan persetujuan di antara pemberi khidmat dan majikan. Kontrak kerja berperanan sebagai hitam putih persetujuan yang dikuatkuasa oleh undang-undang.

Apa Perlu Ada Dalam Buku Panduan Pekerja?

Seperti diterangkan atas, buku panduan pekerja adalah sebuah dokumen yang menggariskan misi, visi, polisi dan jangkaan syarikat kepada pekerja. Mudah kata ia adalah prosedur operasi standard (SOP) bekerja dengan syarikat.

Uniknya, buku panduan pekerja ini boleh diubah mengikut keperluan tanpa mendapatkan kelulusan oleh badan perundangan. Akan tetapi antara perkara-perkara wajib yang perlu diletak dan tidak boleh diubah sesuka hati adalah,

  1. Hak Cuti Pekerja
    1. 6 Cuti Yang Berhak Untuk Pekerja
    2. Hari Cuti Umum Yang Syarikat Wajib Berikan   
    3. Cuti Leave In Lieu / Time Off
    4. Cuti Kecemasan
    5. Cuti Tanpa Gaji (Unpaid Leave)
  2. Hak Pembayaran Gaji Pekerja
    1. Cara Pembayaran Gaji
    2. Sistem Pembayaran Gaji
    3. Potongan Gaji Yang Majikan Boleh Buat
  3. Hak Bekerja Pekerja
    1. Peraturan Waktu Kerja dan Waktu Rehat
    2. Tempoh Waktu Kerja Shift
    3. Aturan Kerja Fleksibel   
    4. Notis Berhenti Kerja

Apa Lagi Yang Perlu Ada Dalam Buku Panduan Pekerja? 

Selain daripada memiliki maklumat-maklumat ringkasan hak pekerja, sebuah buku panduan pekerja juga perlu disertakan polisi dan code of conduct tertentu seperti:

  • Polisi permohonan cuti
  • Polisi tempoh waktu bekerja
  • Polisi kenaikan pangkat / gaji
  • Polisi Disiplin
  • Prestasi kerja
  • Faedah-faedah kerja lain
  • Pampasan berhenti kerja

Perkasakan Handbook Anda Dengan HRMS MySyarikat!

Kesimpulannya, walaupun tiada perundangan yang mewajibkan buku panduan pekerja namun memilikinya sangat berguna kepada semua pihak termasuk majikan. Perlu diingatkan memiliki buku panduan pekerja ini dapat membantu untuk melancarkan lagi pengurusan pekerja.

Tingkatkan kelancaran operasi syarikat anda dengan aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) yang efektif dan automatik!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024
Tips HR

Tip Cegah Masalah MC Palsu

Zahin ByondZahin ByondApril 8, 2024

Leave a Reply